Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Wednesday, February 28, 2018

indahnya

وأحسن منك لم ترَ عيني
Mata ku sama sekali tidak pernah melihat orang yang lebih baik dari mu

وأجمل منك لم تلد النساءُ
Mana-mana wanita tidak pernah melahirkan orang yang lebih indah dari mu

خُلقتَ مبراءً من كل عيبِ
Kau dicipta dalam keadaan bebas dari keaiban/kekurangan

كأنك قد خُلقت كما تشاءُ
Seakan-akan kau diciptakan sebagaimana yang kau ingini


( Hassan ibn Thabit)

Tuesday, July 7, 2015

إنا أعطيناك الكوثر


muslim ibn al-hajjaj meriwayatkn satu hadith dari Anas ibn Malik RA,
kata anas: suatu hari kami duduk bersama Nabi saw dan ketika baginda mendongak ke langit, baginda tersenyum ‏‎smile‎‏ رمز تعبيري
"apa yg membuatkn kau tersenyum wahai Rasulallah" tanya anas
"baru sebentar tadi turun kepada ku 1 surah" maka Nabi saw pun membaca:
بسم الله الرحمن الرحيم : " إنا أعطيناك الكوثر فصل لربك وانحر إن شانئك هو الأبتر "
"tahu kah kamu apa itu al -KAuthar?" jawab kami : Allah dan Rasulnya mengetahui.
jawab baginda saw " ia adalah sungai di syurga yg di janjikan Tuhan kepada ku, padanya ada kebaikan yg sgt banyak, dia adalah haudh, yg akan ku beri minum ummat ku pada hari kiamat nnt"
Ya Allah kurniakan kami syurga dan selamat kn kami & ibu bapa kmi dari neraka, dan rezeki kan kami dapat meneguk air al-kauthar/al-haudh dgn suapan telapak tgn rasul Mu Muhammad saw, dan jadikan lah surah ini berita gembira utk kami sebagaimana ianya basyarah kpd Rasul Mu.

majlis zikir vs majlis fikir.


Quran itu, ajarannya zikir dan fikir.
Namun kita itu, majlis zikir itu di anjur - anjurkan, sedangkan majlis fikir itu dikafir-kafirkan.

من غشنا فليس منا


td kat tgh2 bandar jeddah antara bgunan2 besar ada papan iklan besar tertulis;
من غشنا فليس منا
"siapa antara kita yg menipu, dia bukan dari kalangan kita"
ungkapan nabawi ini di lafazkn utk memberi amaran kpd rakyat dan peniaga2 supaya berlaku jujur dlm perniagaan. mungkin jga utk pemerintah2 dan org politik..

puasa


kalau ada kawan non muslim tanya puasa tu apa?
jawab: kami awalkan breakfast sebelum subuh, lewatkan lunch selepas matahari terbenam..
dan kami tak makan-minum dan tahan nafsu pada waktu siangnya.

Siapa yang mahu masuk dalam Kaa'bah?








dera anak


Dalam Quran sekurang-kurangnya 3 tempat Allah sifatkan kejahatan firaun yg ( dia sembelih mati baby lelaki dan membiarkan hidup baby perempuan); dalam al-Baqarah, al-Qasas dan Ibrahim..

dulu bila lalu kat ayat2 ni tertanya-tanya jugak, kenapa berulang-ulang cerita yg pasal ini,
tapi hari ni bila tengok kes budak kecik kena dera, baru perasan zalim firaun tu bukan main2.. luar biasa..

dan si pendera tu tahniah, anda setaraf firaun.