Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.
Showing posts with label sudut padang. Show all posts
Showing posts with label sudut padang. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

esok 5 mei 2013; hari undian.

PRU 13, esok mari kita mengundi, kewajipan kita selaku seorang muslim dan juga seorang warga negara.

sbgi sorg muslim Allah berfirman: 
 وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ

surah al-baqarah 282; merupakan ayat yg terpanjang dlm al-quran, dan ia membicarakan berkenaan muamalat urusan duniawi manusia.

walaupun ayat ini pd konteks nya berbicara mengenai penyaksian terhadap hutang piutang yang berlaku antara mana2 individu, supaya keadilan tertegak dan tidak berlaku sebarang penipuan, pembohongan, penindasan dll.. namun dlm konteks semasa, sistem demokrasi yg digunakan oleh mna2 negara, setiap org berhak membuang undi-memilih sesiapa yg mampu mewakilkan suara rakyat ramai sekaligus melaksanakn tugas2 yg akan diamanahkan bagi memakmurkan sesbuah negara, 

maka seorg muslim sedar akan tanggungjawabnya mebuat penyaksian dlm sesebuah undian, krn ia merupakan tnggungjwbnya, dan ia akan di pertanggungjwbkan atas apa yg di pilihnya, 

jika hasil undiannya menatijahkan sesuatu yang buruk kepda ngara-maka dia akan berdiri di hadapan Qadi Rabb al-Jalil pd akhirat kelak utk di persoalkan.

utk itu, semperna mood pilihanraya kli ni, sya mahu menaqalkan ungkapan2 yg bernas dr pelbagai individu, semoga ada manfaatnya utk masa mendatang kpd insan kerdil ini.

 
Aizam Mas'ud
Senang untuk cari pemimpin yg setakat melaksanakan amar makruf spt membina masjid, membangunkan sekolah agama, menguruskan haji, mengujudkan jabatan agama dll, tapi sukar untuk mencari pemimpin yg boleh melaksanakan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) spt membanteras penyelwengan akidah, rasuah, judi, kilang arak, dedah aurat, hiburan melampau, pusat pelacuran, pecah amanah, monopoli kroni, salah guna kuasa, korupsi, sistem riba, menipu pilihanraya & byk lagi. Kaedah fiqh mengatakan jika bertembung antara amar makruf (jalb al-masolih) dgn nahi mungkar (dar' al-mafasid), maka dahulukan nahi mungkar. Jadi, utamakanlah memilih pemimpin yg boleh mencegah kemungkaran drpd yg sekadar melaksanakan kebaikan..jika terkumpul padanya kedua-dua sekali maka itu sudah tentu lebih aula utk dipilih. Selamat mengundi!

Jadilah pengikut mana-mana parti politik yang bertaraf muttabi' bukan sekadar muqallid. Muttabi' adalah pengikut yg celik & tahu hujjah & dalil mengapa dia menyokong sesuatu parti, sebaliknya muqallid hanyalah org yang mengikut dlm keadaan membuta tuli tanpa mengetahui hujjah & dalil terhadap apa yg diikutinya...beruntunglah mana2 parti yg menyuburkan intelektual para pengikutnya hingga menjadi seorg muttabi', tetapi amat malanglah mana2 parti yg membunuh intelektual para pengikutnya sehingga cukup menjadi pak turut sampai ke mati...

*Sebaik-baik ahli politik adalah ahli politik yg "tidak berpolitik" krn politik hanyalah alat tapi ridha Tuhannya adalah matlamat...

Pandirism (saya pinjam dari Sofian Alias) adalah ancaman yang sangat besar kpd umat Islam.

Bahayanya pandirism atau mem'pandir'kan seorang ini dapat dihayati dalam kesah Pak Pandir dan Mak andeh. Saya amat meminati sastera melayu lama termasuklah kesah yang dianggap bodoh-bodoh oleh orang zaman sekarang. Sebenarnya kesah Pak pandir ini mempunyai nilai sastera yang tinggi. Sepatutnya ia tidak diajar pada kanak-kanak sebab kanak-kanak mungkin tidak dapat menangkap maksudnya. Sepatutnya kesah Pak Pandir ni dijadikan bahan rujukan ilmiah dan di ajar di peringkat Institiut Pengajian Tinggi. Apakah falsafah di sebalik kesah Pak pandir ini. Bahkan mungkin bolih dijadikan tajuk kajian projek tahun akhir bahkan pasca siswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Jangan salah anggap saya tidak memperbodoh atau mempandirkan universiti supaya mengkaji kesah Pak Pandir yang dianggap tidak bernilai selain bahan lelucon yang tiada nilai ilmiah. Sebenarnya siapa juga yang mengarang kesah Pak Pandir dia telah memberi sumbangan yang besar kepada pembentukan keperibadian bangsa melayu. Si pengarang ingin mengajak orang melayu berfikir bagaimanakah agaknya bila sindrom pak pandir menguasai cara seorang berfikir. Mungkin supaya kajian tentang Pak Pandir ini nampak relevant dan kontemperor bolih dikemukakan tajuk 'Sindrom Pak Pandir menjelang PRU13' atau 'Pendekatan politik untuk mempandirkan orang melayu'. Atau lebih meanrek lagi jika dibuat kajian perbandingan 'Dilemma melayu di antara Pluralisme dan Pandirisme'. 

Orang dulu berpandangan jauh. menukil cerita bukan sekadar penglipur lara. Kita yang merasakan cerita Pak pandir tak harus ada dalam koleksi buku-buku ilmiah kita mungkin terperangkap dalam sindrom Pak pandir yang kita 
pandang sepi dan kolot itu.

Dr Maszlee Malik
Jika anda mahukan Malaysia yang bebas rasuah, bebas korupsi, bebas kronisme, bebas monopoli, bebas rasuah, bebas politik lucah, bebas politik ganas dan juga politik membodoh serta membebalkan rakyat, mengundilah secara bijak esok. Undi anda menentukan masa depan negara. Undilah untuk perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik...ini kalilah!
Zaharuddin Abd Rahman‎‏‎‏
*Teknik kempen undi menurut langkah Syaitan disebut intinya oleh Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Nur ayat 21
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar..(Al-Nur : 21)

Justeru, apa sahaja kempen yang menggunakan hujjah seperti "jangan undi parti itu, parti ini parti agar maksiat boleh diteruskan"..." agar industri filem 'maksiat' boleh terus cari makan" etc. Maka dia adalah pengikut langkah Syaitan
* Saya juga ingin cadangkan agar untuk musim akan datang, sebahagian jawatan tertinggi SPR (mungkin timbalan pengerusi 1,2,3 etc) mestilah diisi oleh wakil berketerampilan dari parti-parti terbesar. Agar, semua selok belok keputusan SPR diyakini oleh parti-parti besar yang bertanding. Keyakinan ramai kepada SPR sangat-sangat penting. Di zaman khilafah dahulu, SPR diterajui oleh orang sehebat Abd Rahman Auf r.a. Beliau sangat dipercayai

*Tinggal 14 jam sebelum tamat tempoh berkempen. Jadilah pengundi yang mengundi dengan pendirian hasil pemerhatian 5 tahun...

Bukan 5 hari...

Bukan 5 jam...

Bukan 5 minit...

Bukan 5 saat..




Perbezaan BN dan PR dalam pilihanraya ke 13 ini
1. Kempen pihak PR bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.
Manakala kempen UMNO dan BN pula ialah video lucah, Anwar kaki liwat, Anwar al-jubori, Nurul Izzah hisap aiskrim pensyarahnya, PKR agen yahudi, DAP akan tubuhkan negara Kristian, DAP akan hapuskan hak Melayu, Nik Aziz bapa kafir, Pas ialah parti Syiah, PKR perjuangkan liberal dan LGBT, Orang Melayu akan hilang hak dan kuasa dibawah PR.
2. Seterusnya pihak BN berkempen 24 jam di TV 1, 2,3 dan semua saluran, radio, suratkhabar dan lain-lain. Menggunakan jentera kerajaan, dibantu polis dan berbuat samseng menakut-nakutkan rakyat yang menyokong Pakatan rakyat.
Sedangkan PR pula hanya dapat berkempen di jalanan, internet dan media massa alternatif.
3. Umno dan BN sibuk 'memaksa' rakyat bersyukur, bersabar dan berterima kasih kepada kerajaan kerana beri bantuan, buat pembangunan dan sediakan kemudahan kepada rakyat dengan MENGUNGKIT segala jasa dan hasil kerja kerajaan BN yang memerintah.
Manakala PR pula sibuk mendedahkan salah laku, korupsi dan penyelewengan kerajaan BN selama mereka memerintah dan rasuah, salah guna kuasa dan penindasan terhadap orang susah dan rakyat yang diabaikan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat BN yang tidak mempedulikan nasib rakyat kecuali apabila tiba musim pilihanraya.
4. Cara UMNO dan BN berkempen ialah mendedahkan keburukan lawan dan mendakwa pihak PR tak layak, jahat, kotor, dan tidak boleh memerintah Malaysia dan hanya mereka yang layak.
Cara PR berkempen pula ialah mengajak rakyat membuat perubahan dan memperbaiki keadaan dan sistem pentadbiran serta politik di Malaysia.
Kesimpulannya, orang yang rasuah akan undi parti yang memberi manfaat kepada mereka dan orang yang memperjuangkan keadilan akan mengundi parti yang mampu membawa keadilan kepada rakyat.
Tiap undian mengambarkan hasrat dan nilai seseorang !

*Kenapa saudara undi BN ? 
'Saya undi BN sebab PAS ada Syiah dan sokong Syiah ialah haram dan hal ini merupakan masalah aqeedah'- Kata seorang mahasiswa Pengajian Islam, pelajar perubatan, salafi dan kaki masjid. 

Aljawab, 'Syiah bukan agenda PAS, perlembagaan PAS pun menolak Syiah kerana dasar PAS ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Agenda PAS untuk pilihanraya kali ini ialah NEGARA BERKEBAJIKAN, TURUNKAN HARGA MINYAK, HAPUSKAN TOL, MANSUH ISA, KEADILAN, TELUS, TURUN HARGA KERETA, MARTABATKAN ISLAM DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN.' 

Manakala 'Aqeedah Islam' bukan pula agenda UMNO dan bukan pula dasar UMNO. 

Dasar UMNO ialah Melayu dan hak-hak ketuanan Melayu. Perjuangan UMNO ialah untuk menobatkan Melayu dan kroni-kroni walau terpaksa menggunakan cara yang menyalahi hukum Islam seperti memfitnah, menyebarkan video lucah dan menyekat serta menindas hak rakyat secara zalim. 

UMNO/BN sudah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan apa yang berlaku ialah Islam tidak menjadi bertambah 'cemerlang dan maju' sebaliknya semakin dicemuh, ramai orang murtad, pentadbiran agama Islam semakin menyusahkan, orang Melayu makin miskin dan tertekan, muda-mudi semakin rosak, gejala sosial semakin meningkat dan dakwah Islam terhalang serta disekat. 

Sama ada saudara mengundi PAS atau BN, penganut Syiah tetap wujud baik dalam BN dan PR tetapi jika saudara menyokong BN maka saudara akan membantu menambahkan kebencian orang ramai kepada ahli sunnah dan Islam kerana mengekalkan kerajaan yang korup, zalim dan perasuah sebagai pemimpin umat Islam. 

Manakala jika saudara menyokong PAS dan PR, lalu ada orang Syiah yang menjadi ketua atau pegawai penting dalam negara maka dia dengan mudah dapat ditukarkan dengan orang lain atau dijatuhkan jika melakukan kesilapan kerana dasar kerajaan PR ialah telus, amanah dan mengutamakan kebajikan rakyat !

Bahkan dakwah ahli sunnah akan menjadi lebih mudah dibawah dasar PR berbanding dasar BN yang menyekat penceramah dan kerja-kerja dakwah 

10 Doa yang 'BOLEH' dibaca untuk minta pertolongan ALLAH menghadapi Pilihanraya

1. Perlindungan dari berterusan 'diperbodohkan' 
أعوذ بالله أن أكون من الجاهلين - [al-Baqarah: 67] 
* Aku memohon perlindungan Allah dari termasuk dikalangan orang2 yg jahil.

2. Doa terhadap penipuan, pengundi hantu, dll
اَللَّهُمَّ آْفِنِيْهِمْ بِمَا شِئْتَ - [riwayat Muslim] 
* Ya Allah cukupkanlah bagi aku akan mereka itu dengan apa yang engkau kehendaki

3. Doa minta jangan bagi terpedaya dengan rasuah, pujukan dan 'offer' yang menarik
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب - [Ali-Imran:8]

4. Doa minta pertunjuk nak mengundi yang mana satu
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا - [al-Kahfi:10]

5. Doa selepas buang undi 
ربنا تقبل منا أنك أنت السميع العليم. ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لكل وأرنا مناسكنا وتب علينا أنك أنت التواب الرحيم - [al-Baqarah: 127-128] 

6. Mohon minta keamanan dan kebaikan kepada negara
رب اجعل هذا بلدا آمنا وارزق أهله من الثمرات من آمن منهم بالله واليوم الآخر - [al-Baqarah:126] 

7. Doa apabila kalah dan terjadi sesuatu yang tidak diingini
Baca إنا لله وإنا إليه راجعون kemudian قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ - [riwayat Muslim] 
*Allah sudah menakdirkan sesuatu yang dikehendaki dan dilakukan.

Boleh juga tambah bacaan berikut : اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ
وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا - [riwayat Muslim] 
* Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik dari musibahku.

8. Doa apabila menang atau melihat keberuntungan 
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ
صَاعِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ مُدِّنَا. - [Riwayat Muslim] 
* Ya Allah! Berilah berkah buah-buahan kami, berilah berkah kota kami, berilah berkah gantangan kami (sehingga di antara kami tidak sering mengurangi timbangan) dan berilah berkah mud kami.

9. Doa jika tersilap atau undi rosak
ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا، ربنا لا تحمل علينا إصراً كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين - [al-Baqarah:286] 

10. Doa minta selamat dari kejahatan orang zalim dan tipudaya orang kafir
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين - [Yunus:85-86]

P/s :

Ayat2 al-Quran saya tak terjemah, sebab boleh buka terjemahan sendiri dan melihat maknanya. Doa-doa ini cuma panduan, menetapkannya untuk dibaca pada sesuatu peristiwa mesti ada dalil dari sunnah, jadi pembacaan doa-doa ini pada waktu-waktu khusus seperti pilihanraya bukanlah sunnah cuma 'harus' melakukannya kerana sesuai dengan situasi yang memerlukan pergantungan kepada Allah

BN buat jalan, PR kalau memerintah pun akan buat jalan. Bezanya ialah BN buat jalanraya kos besar sbb rasuah. Poster produk 1Malaysia amat membodohkan rakyat, spt tema dulu lambat skrg cepat (contohnya pasport dll) itu semua tak ada kaitan dgn BN tp jasa teknologi dan kecekapan. Kerajaan BN dipertikaikan krn rasuah, seleweng dan membebankan rakyat 

drmaza
Habis berkempen harap perasaan rakyat kembali bertaut..maafkan dan bina kembali hubungan..hanya sehari sahaja lagi..

*..meninjau Lembah Pantai..melihat persaingan yang tidak seimbang dari sudut kekuatan kebendaan..perang poster dan harta yang dikuasai oleh sebelah pihak cuma..akhirnya terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian..

*
Baju lama jangan dibuang,
Buatkan saja kain buruk,
Sudah lama diberi peluang,
Berapa lama lagi mau duduk?

*Hadir untuk mendengar dialog Dato' Husam Musa vs DS Tengku Adnan di Putrajaya..Ku Nan tidak hadir..Dato' Husam mempunyai idea dan karisma kepimpinan yang baik..orang sepertinya perlu dalam politik Malaysia..


*  ..menziarahi Dato' Saifudin Abdullah di Temerloh tanda sokongan peribadi kepada seorang sahabat dan ahli politik yang ada prinsip dan fikrah yang baik..sokongan kepada peribadi tidak menggambarkan sokongan kepada parti..cuma tokoh yang berkemampuan dan berdisiplin dihargai..hidup perlu adil dan insaf merentasi sempadan ketaksuban..

* Dalam senyum manis dan mesra,
terkendung manja hasrat suci;
ingin kupetik Putrajaya,
biar harum di muzium hati

*   menyalami mokcik India yang setia;
ingin erat dampingi insan Islami
dan bermesra dengan rakyat senegeri.
Seakrabnya nanti, kami sama mengundi,
demi mengasas kuasa yang murni
*Wang mudah beli 
orang yang rapuh;
tak mungkin beli
insan yang kukuh


MEREKA ITU
Mereka wariskan generasi muda
dengan beban hutang beratus bilion,
lalu mengingatkan anak-anak belia
tanganilah hutangnya setekun santun.

Mereka junamkan ekuiti Melayu
dari lima puluh ke dua bilion.
Tapi, cepat mengerah seyakin qalbu,
tambahilah sendiri agar bertimbun.

Mereka nasihat Cina usah berkaum,
tapi, merekalah harimau mengaum,
mencakari 13 Mei yang terluka,
mencurah lagi cuka ‘Tanda Putera’.

Mereka bangga yang cium pipi Melayu
seolah luka batin cepat berlalu.
Sandiwara tertera amat memuntah,
tapi, ya, ya, ya, ya, itulah mereka!

Merekalah bangsawan sentiasa mewah.
Kalau pedih pun cuma lakon pepura.
Hanya kaum murbawan boleh merubah,
kini, tokoh begitu sudah tersedia
 

 undilah sarip dodol !!

sekian 

Monday, March 26, 2012

Logik:

Pada suatu hari orang memberitahunya bahawa keldainya hilang. Dia lalu sujud kebumi mengucap syukur. Bila ditanya mengapa beliau bersyukur sampai begitu? Beliau menjawab , kerana saya sangat bernasib baik. Sambungnya lagi dengan penuh perasaan "Bayangkan kalau kebetulan pada waktu keldai itu hilang saya sedang menunggangnya. Tentu sekali saya juga hilang bersamanya"

Mahmood Zuhdi Tidak. Dalam Sastera Islam, Abu Nuwas seorang penyair, bukan watak jenaka. Dalam Sastera Melayu tidak ada keldai. Itu pun satu logik kan?

Mahmood Zuhdi Dalam hidup ini kadang-kadang ada orang menyangka dia lebih cerdii dari orang lain. Dalam kes ini mimang ada logik yang sangat tinggi, iaitu kalau pada waktu keldai itu hilang dia berada atas belakang binatang itu dia pun akan turut hilang. Tapi sayanglogik itu sanagt bertentangan dengan logik lain, iaitu kalau dia berada atas belakang keldai itu binatang itu tidak dikira hilang sebab ada bersama tuannya. Demikianlah orang yang selalu melihat dari kaca matayang tidak menyeluruh. Logiknya tinggi tetapi tidak boleh dipakai kecuali oleh orang yang berfikiran dangkal sahaja.

Mahmood Zuhdi Kecerdikan dalam membuat sesuatu keputusan banyak bergantung kepada kemampuan menggabongkan semau data yang ada dalam satu kesatuan yang padat. Kesukarannya ialah bagaimana memadatkan kesatuan itu kerana antara satu data dengan data yang lain biasanya ada lompang (gap). Untuk melahirkan buah fikiran yang padat lompang ini perlu dipenuhkan dengan andaian yang bukan saja logik tetapi sesuai dengan semangat yang menyeluruh.

Mahmood Zuhdi Sila lihat satu contoh lain dimana kesimpulan dibuat berasaskan kepada satu perspektif saja dan tidak menyelluruh. Akibatnya buah fikiran itu kelihatan logik tetapi sebenarnya salah.

Mahmood Zuhdi "Apabila dia sakit tenat diwasiatkan kepada kaum keluarganya agar mayatnya nanti di tanam di kubur lama. Bila ditanya mengapa? Jawabnya hendak mengelak dari soalan Munkar Wa Nakir. Bila ditanya seterusnya beliau menjawab "Munkar Wa Nakir akan soal orang baru mati. Bila mayatnya ditanam di kubur lama dia akan diabaikan dan tidak ditanya kerana Munkar Wa Nakir akan menyangka dia sudah lama mati dan dulu sudah ditanya"

Mahmood Zuhdi Ramai orang berpendapat kalau tidak putih tentu hitam. Tanpa dia sedar antara putih dan hitam itu ada berpulu-puluh warna lagi.

Mahmood Zuhdi Mengapa D'Vono tidak setuje dengan logik, tetapi sebaliknya mahu orang berfikir di luar kotak. Kerana logik boleh terpisah dari logik yang lain. Kerana itu dalam Qawa'id Fiqh kadang-kadang perkecualian itu lebih besar daripada kaedah yang ditegakkan. Sementara orang lain menulis tentang "Kesamaan dan Keserupaan" (al-Asybah Wa al-Nazaair)al-Qarafi menulis tentang al-Furug, iaitu ketidakserupaan. Tegasnya apa yang disangkakan sama itu sebenarnya tidak serupa. Dalam pepatah Melayu pun ada dibezakan antara "Sama" dan "Serupa". Lalu dikatakan "Sama tapi tak serupa"

sumber: FB


hudud

Semoga bermanfaat apa yang ditulis oleh Dr. Yusuff al-Qaradawi berkenaan undang-undang hudud yang sedang kita keliru, akibat telah lama dijajah tanah dan juga pemikiran kita, makanan dan hasil mahsul kita dijarah, diburukkan pula wajah sebenar Islam dengan tangan musuh serta orang Islam itu sendiri (baca: jahil, bodoh,taksub), marilah kita kembali kepada Islam yang asal, sebagaimana hari yang diturunkannya dahulu keatas baginda Muhammad saw, Islam yang telah membuka Afrika dan Eropah dengan membawa harumnya keadilan dan kebebasan sebagai seorang insan.

Masyarakat tidak terbina dengan undang-undang semata.

Sesungguhnya Islam bukan syariat dan undang-undang cuma, ia meliputi aqidah, ibadah yang mendidik jiwa, akhlak yang membersihkan nafsu, kefahaman yang membetulkan gambaran, dan kecekalan yang meninggikan insan, juga kehidupan yang indah bersama adab-adab.

Jika kita teladani, ayat-ayat yang berkaitan hukum tidaklah banyak, malah ia (ayat-ayat hukum) digaul dengan acuan aqidah, diganding pula dengan galakan dan ancaman, diikat dengan segala bimbingan dan orientasi al-Quran.

Baca sebagai contoh di dalam hukum kekeluargaan, firman Allah:

الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُواْ مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلاَّ أَن يَخَافَا أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللّهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: Talak (yang dapat dirujuk) adalah dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya takut tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu takut bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. ( البقرة: 229)

Ini bukanlah undang-undang yang kontang seperti rang undang-undang, bahkan ia merupakan undang-undang, dakwah, bimbingan, tarbiah serta galakan baik dan ancaman.

Dab baca juga didalam hukum hudud, firman Allah Taala:

· وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

· فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

· أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang meeka kerjakan dan sebagai siksa dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka siapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha Kuasa bagi taiap sesuatu. (al-Maaidah: 38-40)

Disini juga kita dapati pensyariatan yang lunak, kaitan antara galakan baik dan ancaman, ia membawa ketakutan dan kematangan, bimbingan dan tarbiah, menginginkan taubat dan pemulihan, dengan menyebut nama-nama Allah yang baik: al-‘Aziz (Maha Perkasa) ketika memerintah dan melarang, al-Hakim (Maha Bijaksana) dalam apa yang di syariatkan, al-Ghafur al-Rahim (Maha Pengampun Maha Penyayang ) bagi sesiapa yang bertaubat dan berbuat islah (baik), pemilik alam, pencipta dan pentadbir, dan Ia maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Demikianlah teks kanun yang terdapat dalam al-Quran dan demikian juga di dalam Sunnah.

Maka masyarakat tidak hanya terbina dengan pensyariatan semata-mata, malah ia mesti melalui dua jalan yang lain: iaitu dakwah dan kesedaran (الدعوة والتوعية), kemudian pembelajaran dan pendidikan (التعليم والتربية) di samping pensyariatan dan perundangan, bahkan sebelum pensyariatan dan perundangan pun.

Justeru, bermulanya Islam di peringkat Makkiah – peringkat dakwah dan tarbiah – sebelum peringkat Madaniyyah, peringkat pensyariatan dan penyusunan, dan di peringkat ini kita lihat bahawa pensyariatan juga diadun bersama tarbiah.

Sesungguhnya dengan hanya mengubah undang-undang tidak akan membina masyarakat muslim yang baik. Sebenarnya mengubah pada peribadi adalah merupakan asas. Dan sebesar-besar proses perubahan itu ialah mengubah keimanan yang akan menjadikan sebuah masyarakat itu manusia yang lain.

Islam itu luas dan universal tidak terpisah berjuzuk-juzuk. Apabila kita mahu memerangi jenayah yang di sebabkan hudud, tidak hanya dengan kita melaksanakan hudud sahaja, dan tidak dengan undang-undang cuma, tetapi hudud merupakan langkah terakhir dalam usaha islah (pembaik-pulihan).

Hukuman hanya bagi mereka yang menyimpang di kalangan manusia sahaja, dan mereka bukanlah golongan yang majoriti, bukan juga teras akan tetapi keanehan dalam kebiasaan.

Sedangkan Islam datang tidak hanya membanteras orang yang melakukan jenayah, membimbing dan merawat mereka turut dituntut.

Hukuman semata bukanlah satu-satunya rawatan yang berkesan untuk membanteras jenayah pada pandangan Islam, bahkan yang lebih utama ialah menyekat sebab berlakunya kemungkaran, dan sentiasalah penjagaan itu lebih baik dari mengubati.

Jika kita lihat dalam jenayah zina umpamanya, kita akan dapati bahawa al-Quran hanya menyebut hukumannya pada permulaan surah al-Nur, dan memadai dengan satu ayat sahaja, firman Allah Taala:

لزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman (النور :2)

Tetapi surah itu sendiri meliputi ayat-ayat lain yang banyak membimbing dan memelihara dari berlakunya jenayah.

Memadai dengan firman Allah Taala:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). النور :19

Dan firman Allah Taala tentang ziarah dan etikanya, serta memuliakan rumah tangga dan meraikan kehorhatannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). النور:27

Dan firman Allah Taala berkaitan adab meminta izin bagi khadam dan anak-anak yang belum baligh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاء ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). النور:58

Dan lebih utama sekali firman Allah Taala terhadap kaum mukmin dan mukminat berkaitan kesucian akhlak, mememlihara pandangan, dan menjaga kehormatan:

· قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan النور: 30

· وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; النور: 31

Kemudian di sana ada dinyatakan faktor baru untuk menyekat jenayah zina dan masalah seks, iaitu melarang kaum wanita menzahirkan pandangan yang memberahikan, yang akan menggoda kaum lelaki, sehingga memberi kesan terhadap sahwat dan khayalan mereka, firman Allah Taala:

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

Maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; النور:31

Kemudian di akhiri ayat ini dengan firman Nya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. النور: 31

Ayat-ayat ini membawa maksud yang jelas; wajib membersihkan masyarakat daripada faktor-faktor tarikan dan fitnah serta menyekat kerosakan (سد الذرائع).

Dan lebih penting lagi, mengahwinkan lelaki dan perempuan, ia merupakan tuntutan kepada setiap lapisan masyarakat, dan juga sebagai tanggungjawab semua.

أَنكِحُوا الْأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. النور: 32

Masyarakat dan pemerintah bertanggungjawab untuk memudahkan hubungan yang halal, di samping menutup pintu kerosakan. Kehendak untuk berkahwin akan terhalang dengan tingginya mahar dan hantaran, serta pemborosan menyediakan hadiah, jemputan, majlis-majlis dan pekakas lain yang mana akan menyulitkan proses yang halal.

Realitinya hukum hadd atau hudud terhadap zina tidak mungkin berlaku jika dilihat dari syarat-syarat yang ketat, mesti mempunyai empat orang saksi yang adil, malah mereka melihat dengan jelas semasa berlakunya jenayah, dan sangat sukar untuk berlaku sedemikian melainkan pesalah sendiri membuat pengakuan di hadapan hakim dan seolah-olah tujuan syarak di sini ialah mencegah dari berlakunya penzinaan secara terang. Dan ada pun mereka yang melakukan secara sembunyi, dan terlepas hukuman dunia, urusan mereka di akhirat kelak.

(Yusuff al-Qaradawi: Malamih al-Mujtama’ al-Muslim alladzi Nansyuduh 167/171, Maktabah Wahbah Kaherah)

jangan campuri hal ehwal Islam

http://ridhuantee.blogspot.com/
(Sinar Harian 26 Mac 2012)

Minggu lalu saya telah dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah kepemimpinan baharu Prof Awang Sariyan. Tahniah! Inilah julung-julung kalinya DBP meraikan pandangan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Sebelum ini, ada segelintir pemimpin DBP sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sebenar dalam menjaga dan memartabatkan maruah bahasa jiwa bangsa.

Kami diminta memberikan input dari sudut keagamaan, walaupun ini bukanlah bidang kepakaran saya kerana saya bukanlah ustaz seperti yang digelar oleh khalayak. Saya hanya ilmuan kerdil bidang politik dan kerajaan. Itupun saya tidak berani menggelarkan diri saya pakar, kerana hanya kita sahaja tahu kemampuan diri kita sendiri. Berbanding kadangkala segelintir khalayak dengan mudah menggelar dirinya dengan gelaran pakar motivasi, sedangkan ijazah dan kepakarannya langsung tiada. Hanya kerana seseorang itu, termasuk ustaz dan ustazah pandai bercakap, maka mereka menggelarkan diri mereka pakar motivasi atau perunding motivasi. Persoalannya, siapakah yang melantik mereka? Apa kelayakannya? Apa yang nyata, dia melantik dirinya sendiri.

Saya telah membangkitkan beberapa perkara kepada DBP mengenai kedudukan bahasa Melayu daripada perspektif agama. Bahasa adalah mekanisme penting dalam merubah merubah kehidupan Melayu. Melayu asalnya menganut fahaman Buddha-Hindu, sebelum mereka memeluk Islam 600 tahun lalu. Penyebaran Islam dibawa melalui tiga penjuru, Arab, Cina dan India.

Sudah tentu dalam soal ini Islam disebarkan melalui bahasa. Bahasa adalah alat dakwah. Bahasanya sudah tentu bahasa Melayu. Mustahil pedagang Arab, Cina dan India datang ke Alam Melayu terus bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa mereka sendiri. Bagaimana mereka belajar? Bagaimana orang Melayu dapat memahami bahasa asing. Bermakna, orang asing atau orang luar kawasan terpaksa atau mesti berbahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah atau dakwahnya. Inilah yang berlaku di Alam Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca, dipelajari dan dipertuturkan seluas-luas untuk mencapai matlamat mereka yang mendatangi sesuatu tempat.

Persoalannya hari ini, kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat di kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini? Kita terpaksa berdakwah atau menyampaikan maklumat dalam bahasa ibunda mereka, bukan menggunakan bahasa rasmi negara. Dakwah tidak dapat berkembang luas kerana masalah bahasa. Lantaran, mualaf seperti kami disuruh dan dipaksa berdakwah kepada orang bukan Melayu menggunakan bahasa ibunda. Jika perkara ini berterusan, sampai bilakah mereka boleh memahami bahasa Melayu? Tidakkah mereka sepatutnya diwajibkan belajar bahasa Melayu. Akhirnya, dakwah terbantut, sehingga ke hari ini tidak sampai satu peratus bukan Melayu memeluk Islam.

Agak menjelekkan dalam satu seminar baru-baru ini di tempat saya sendiri, hanya kerana terdapat seorang pelajar Korea, secara tiba-tiba kita terus tukar medium bahasa daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kita sanggup korbankan kepentingan nasional/negara, hanya kerana seorang Korea yang berada dalam majlis tersebut. Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam negara yang berasaskan kenegaraan Melayu? Ini bukan insiden kali pertama, tetapi telah berlaku berulang-ulang kali. Hina sangatkah bahasa Melayu? Siapa yang sepatutnya belajar bahasa Melayu jika mereka berada dalam sebuah negara Melayu?

Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka. Cuma kita sahaja yang terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terluka dan berdarah, langsung tidak dipedulikan. Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu. Kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan negara. Kata-kata Malaysian first adalah satu penipuan besar dan lakonan yang amat licik, untuk menutup kelemahan mereka. Malangnya kita terus bersangka baik, kita takut negara tidak membangun, kita takut kehilangan undi, kita takut kehilangan bakat (brain drain). Bolehkah negara membangun jika rakyat tidak mempunyai semangat sayangkan negara atau kepentingan bangsa mengatasi patriotisme? Kita terlalu mengejar pembangunan, sehingga mengenepikan jati diri dan kepentingan nasional. Tidakkah kepentingan nasional dan jati diri ini yang melonjakkan pembangunan sesebuah negara? Kajilah sejarah negara-negara membangun. Jawapannya pasti ada.

Cuba lihat cara akhbar-akhbar ultra kiasu yang tidak faham agenda nasional, undang-undang dan kedudukan agama Islam. Puncanya adalah kerana masalah bahasa. Apabila bahasa tidak dikuasai mereka tidak akan dapat memahami budaya dan cara hidup sesuatu kaum, terutama kaum majoriti. Baru-baru ini seorang penulis biadab akhbar ultra kiasu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan bertindak seperti Perdana Menteri dan kabinet yang berkuasa ke atas kerajaan.

Ini berikutan dengan arahan Ahli Majlis Bandaraya Perlis yang mahu menurunkan iklan atau papan tanda perempuan yang mendedahkan aurat. Penulis biadab ini mempertikaikan, pada ayat mana pula di dalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? Sedangkan masyarakat Muslim terutama kumpulan pergerakan hak asasi kaum wanita sering mempertahankan hak wanita.

Ternyata ultra kiasu ini amat jahil mengenai kepentingan nasional dan agama Islam walaupun telah tinggal di Alam Melayu sekian lama dari generasi kepada generasi. Orang seperti perlu dihantar balik. Bayangkan jika sikap sosialisasi politik ini terus menerus diamalkan.

Perlu saya ingatkan, perkara berkaitan dengan kedudukan Islam dan adat istiadat orang Melayu berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Inilah sistem yang telah kita warisi sejak zaman berzaman apabila negara kita dijajah dan sistem ini kekal sehingga kini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tertakluk kepada orang bukan Melayu, apatah lagi ultra kiasu. Majlis Fatwa berhak untuk memberikan pandangan berhubung kait dengan kehidupan orang Islam dunia dan akhirat, perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi termasuk tarian, latihan yoga dan sebagainya seperti yang dibangkitkan.

Ini hal ehwal umat Islam. Jangan campurtangan. Kami, umat Islam tidak pernah campurtangan dalam kehidupan agama orang bukan Islam. Hormatilah, jangan biadab dan kurang ajar. Ultra kiasu ini sengaja mengundang bahaya.

Saya fikir, toleransi beragama di kalangan pemimpin-pemimpin Islam di negara sudah sampai kepada tahap maksima. Cuma kita mahu lihat sebaliknya, terutama ultra kiasu. Ada kalangan kita sanggup berada dalam majlis agama bukan Islam seperti perayaan Buddha, Thaipusam, Chinggay dan lain-lain lagi. Untuk melihat ultra kiasu memakai songkok dan baju Melayupun jauh sekali kerana mereka takut dikaitkan atau dilabelkan sebagai Melayu. Negara ini tidak akan kucar kacir dengan adanya Majlis Fatwa kebangsaan kerana Islam amat menghormati hak bukan Islam. Tetapi negara akan kucar kacir sekiranya ada ultra kiasu yang tidak menghormati, tidak berasimilasi dan terus mahu mencampuri hal-hal orang Islam, apatah lagi mengambil haknya.