v Kaum muslimin memiliki dua sumber yang asasi; al-Quran dan
al-Sunnah. Al-Quran merupakan perutusan Tuhan manakala al-sunnah huraian Nabawi
kepada al-Quran.
v Maka asas Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah, boleh juga kita
katakan bahawa hanya dua ini sahaja sumber bagi agama ini, kerana ijmak, qias
dan seumpamanya dari sumber-sumber hukum Islam berdasarkan al-Quran dan
al-Sunnah. Sama ada dalam isu akidah, undang-undang, bimbingan kerohanian dan
tarbiah semuanya mestilah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
v Allah memelihara ketulenan al-Quran, (sesungguhnya
kami yang menurunkan al-zikr( al-Quran ) dan kami yang akan memeliharanya).
Berdasarkan ayat ini secara langsung al-Sunnah turut dipelihara oleh Allah.
Jaminan Allah terhadap kesucian al-Quran agar terpelihara, maka terangkum juga jaminan
akan terpeliharanya al-Sunnah/hadith, kerana al-Sunnah/hadith merupakan
pentafsir dan huraian kepada al-Quran. Jika al-Sunnah hilang; dan al-Quran
kekal, bermakna al-Quran kekal tanpa huraian untuk kita fahami, jadi apa faedah
ayat-ayat keramat itu jika tidak dapat kita difahami.
v Oleh sebab itu, kita katakan bahawa al-Sunnah juga terpelihara,
sebagaimana terpeliharanya al-Quran, tetapi tingkatnya berbeza. Al-Quran
tarafnya mutawatir (dari sudut periwayatan) maka kita tidak mungkin dapat
mempertikaikan satu huruf pun dari lembaran-lebaran suci itu. Ada pun al-Sunnah
dari sudut periwayatan tidak begitu, walau pun ada sebahagiannya bertaraf mutawatir,
namun banyak darinya berstatus ahad (bukan mutawatir).
v Mutawatir adalah system penyampaian berita yang tidak
mungkin boleh di pertikaikan ketulenannya, kerana di riwayatkan dari satu
kumpulan yang ramai kepada kumpulan yang ramai sehingga mustahil mereka dari
masa dan tempat yang berbeza berpakat untuk berbohong. Sebagaimana kita
meyakini kewujudan Negara China dan Brazil sedangkan kita belum melawat dan
melihatnya. Kita juga meyakini berlakunya peperangan itu dan ini sedangkan kita
tidak menghadirinya. Namun kita meyakininya sebagaimana kita melihat dan
mendengarnya. Ada kaedah teologi menyebut; sebagaimana keyakinan itu boleh
terhasil dengan sentuhan, penglihatan dan pendengaran, keyakinan juga boleh
terhasil dengan berita yang kita yakini kebenarannya.
v Allah menyediakan tokoh-tokoh yang menyampaikan
hadith-hadith kepada kita, bermula
dengan para sahabat, yang mana mereka sangat-sangat menjaga al-sunnah. Sehingga
ada diantara mereka merantau ke Mesir dari Madinah, demikian yang dilakukan
oleh Abu Ayyub al-Ansari, menempuh
perjalan yang jauh untuk bertemu dengan ‘Uqbah ibn ‘Amir hanya untuk mencari
satu hadith, Jabir ibn ‘Abdillah pergi ke Syam untuk menuntut satu hadith dari
‘Abdillah ibn ‘Unais dan ramai lagi dikalangan para ulama’- ulama’hadith.
v Para ulama’ meletakkan istilah-istilah dalam ilmu hadith seperti
disiplin ilmu-ilmu lain, dan berkembanglah ilmu ini sehingga ada syarat dan kaedahnya
sehinggalah ia menjadi sebuah disiplin ilmu yang kukuh.
v
Antara apa yang dinyatakan
oleh para ulama’ ialah definisi hadith sahih. Hadith yang sahih ialah :
o ما اتصل سنده بنقل عادل تام الضبط من غير
شذوذ ولا علة
o Apa yang sanadnya (rangkaian periwayat) bersambung-sambung, diriwayatkan dari orang
yang adil, kuat ingatannya, dan kateria itu hendaklah di miliki oleh setiap
rawi dari awal sanad sehingga yang terakhir, serta hadith itu mestilah tidak
ada sebarang syaz dan kecacatan.
v
Hendaklah ada disana sanad;
ia merupakan keistimewaan umat ini, serendah-rendah hadith yang maqbul (yang
diterima) disisi kita, tidak dapat ditandingi oleh Taurat atau Injil. Mereka
tidak mengenal system sanad, kitab Taurat atau Injil tidak mengenal perekod
atau perawinya. Taurat umpamanya, ditulis berdasarkan ingatan orang yang tidak
dikenali latar belakangnya dan sanadnya tidak bersambung. Injil pula langsung
lenyap. Injil yang Allah turunkan kepada al-masih ‘Isa a.s hilang, yang ada
hanya kitab-kitab yang disandarkan kepada ashabnya, terangkum didalamnya
sebahagian sirah al-Masih dan sabda-sabdanya bercampur-campur, dan kitab-kitab
Injil yang empat inilah yang diakui dan diiktiraf sebagai Injil daripada 70
Injil atau lebih. Tidak ada pada mereka asanid ( sanad ). Bahkan pegangan kita:
o
الاسناد من الدين, لولا الاسناد
لقال من شاء ما شاء
o
“Sanad itu sebahagian dari agama, kalau bukan sanad nescaya akan
berkata orang apa yang hendak dia kata”
Maka sanad dalam umat ini merupakan sebuah keistimewaanya, tidak ada
pada agama lain dan ummat lain yang memiliki keistimewaan ini. Sanad merupakan
perkara yang sangat penting dan hendaklah sanad itu muttasil
(bersambung-sambung antara seorang perawi ke perawi berikutnya sehingga kepada
Rasul, fulan itu mestilah mengambil serta berjumpa sendiri dari orang yang dia
ambil.
v
Hadith sahih hendaklah perawinya tam
al-dhabt (kuat ingatan) dan ‘adalah (adil), ini dari sisi
agama dan akhlaknya, mestilah seorang perawi itu dikenali orang yang shalih
tidak dituduh sebagai orang yang buruk akhlaknya, penipu, khianat, fasiq, maka agamanya dipercayai dan akhlaknya diketahui
umum terpuji. Dari segi fizikalnya pula ingatannya kuat, akalnya cergas, dan
jika ia menulis hadith yang dihafalnya didalam kitab maka hendaklah dia
sangat-sangat menjaga kitabnya. Bahkan yang terpenting bagi ulama’ hadith,
mereka mensyaratkan hadith yang diriwayatkan selamat daripada sebarang syuzuz
(keganjilan) dan ‘illah (kecacatan). Syuzuz ialah bercanggahnya
teks hadith yang diriwayatkannya dengan teks hadith si fulan yang lebih thiqah
(dipercayai) darinya.
v
Syarat-syarat yang ketat ini dikenakan bagi memastikan ketulenan berita
yang disampaikan.
v
Dalam kajian ulama’ terhadap teks hadith, mereka dapat mengesan lemahnya
sesuatu hadith atau palsunya dengan melihat kepada teksnya, ada tanda-tanda
yang dapat dikesan oleh para sarjana hadith, kadang-kadang tandanya ada pada
rawi dan kadang-kadang ada pada marwi( hadith yang diucapkan) seperti ia
bercanggah dengan apa yang qath’ie dalam al-Quran, bercanggah dengan hadith
yang mutawatir dan hadith yang sahih, bercanggah dengan hakikat ilmu atau
sains, sejarah, apa yang disepakati akal dan manusia seluruhnya, bercanggah
dengan reality kehidupan dan sunnatullah (ketentuan alam). Kesemua ini
di kenali sebagai tanda ianya adalah palsu.