Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Thursday, July 22, 2010

halal (...................) haram


عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ


Daripada an-Nu’man bin Basyir r.a. katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya halal itu jelas dan sesungguhnya haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang mengelakkan dirinya daripada perkara yang samar bermakna dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara-perkara yang samar maka dia terjerumus di dalam perkara yang haram seperti seorang pengembala yang merumput di sekitar kawasan larangan pasti dia akan merumput di dalamnya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan olehnya. Ketahuilah sesungguhnya pada tubuh ada seketul darah, bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh dan bila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati.

Tuesday, July 20, 2010

Friday, July 9, 2010


Episode 10


Selesai satu pusingan. Berjaya. Ali gembira. “Lagi” titah pegawai itu. Ali taat. Dua . Ali kembali tersenyum. Mudah. Sangat mudah. Tapi tidak semudah itu, “ SEPULUH PUSINGAN!!” sergah pegawai itu dengan suara khas rakyat Mesir, Abu yang berdiri disamping pegawai itu ketawa tidak henti, kelakar. Namun tidak pada Ali, bagi Ali jika ia di filemkan, ia akan membentuk satu plot yang kejam dan menakutkan, trauma dan mengerikan, Abu ketika itu memainkan watak seorang protagonis. Setelah Ali selesai, Abu masih belum selesai dari tawanya. Mereka pulang. Ali pulang dengan lesen di dompet dan senyum terukir di wajah, Abu tersenyum sehingga tiba.

tammat..
Episode 8

Matahari musim panas masih menegak di langit. Membakar kulit Abu. Jiwanya turut terbakar. Tapi mujur Ali datang dengan wajah ceria, katanya hampir beres. Abu turut bersyukur. Tiba ujian menunggang motor bagi pihak Ali. Tapi sial datang lagi. Pengawai pemeriksa itu pula buat hal. Dia keberatan untuk hanya melihat bagaimana Ali mengawal motor pinjam itu. Dia bagi alasan yang tak munasabah. Aduss..dengan cuaca yang sebegini memang pantas untuk membuat orang marah. Tapi mereka orang melayu. Orang perancis yang sekali dengan Ali turut kena di permainkan. Memang hebat orang mesir. Patut negara tidak maju. Hukuman tuhan. Adil. Sangat adil. Hampir sejam menanti. Akhirnya ……

Episode 9

Ali di benarkan beraksi. Orang perancis itu sekali. Tapi bergilir-gilir. Ali dahulu. Orang perancis itu tiada, ‘Umar namanya, dia pergi solat berjamaah di masjid berdekatan kerana azan baru berkumandang. Dengan topi keledar murah di kepala, Ali semakin gairah. Dia panjat ke atas motor lalu motor di hidupkan. Pegawai pemeriksa itu menyuruh pusing ke arah kon-kon yang yang mebentuk bulatan. Ali akur.
Episode 6

Mak aaii!! Pelakon wanita itu, mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya yang berwarna merah tetapi jambu, babak itu berlangsung tidak jauh dari hadapan Abu. Ketika itu, Abu, pelakon wanita itu, juru kamera, budak-budak yang mengangkat barang keperluan perfileman tidak berada di dalam pejabat. Kini mereka di luar. Betul-betul di luar pejabat. Kerana mereka sedang melakonkan situasi seorang wanita sedang membuat lesen memandu kereta. Memang dari tadi hanya pelakon wanita itu sahaja yang berakasi. Ali di dalam. Dia sedang berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkannya. Bidalan melayu ada berkata: “Patah paruh bertongkat sayap, namun gunung ku daki ku daki jua”, ia sangat relevan untuk si Ali. Lalu pelakon wanita itu meletakkan objek itu di mulutnya, Abu dihadapannya. Tidak jauh. Hanya 3 tapak dari Abu. Abu memerhatikan pelakon itu, sesekali mata mereka bertentang. Mereka ibarat sedang berlakon dalam filem yang lain. Tanpa juru kamera dan pengarah. Kini Abu menjadi pelakon tidak rasmi. Tapi sayang filem ini tidak diterbitkan.

Episode 7

Abu tidak hampa sebagaimana hampanya mendengar kisah pasport kurang ajar itu. Sebenarnya pelakon wanita itu hanya mencucuh rokok. Abu terkejut. Tapi masih kacak. Langsung tidak mengurangkan kekacakannya akibat kejutan itu. Abu tidak merokok. Wanita itu pula merokok. Selain pasport Ali, pelakon wanita itu turut kurang ajar, cetus Abu dalam benaknya. Filem itu kelihatan tidak menarik. Sebab abu hanya menonton babak itu sahaja; babak wanita itu menghantar borang di kaunter, duduk bertemu pegawai yang bertugas bagi meluluskan lesen dan akhir sekali babak wanita itu memandu kereta. Mungkin dalam filem sebenar babak ini hanya 5 minit, tapi mereka telah bekerja sebelum Abu dan Ali tiba di sana dan selesai pada jam 12 tengah hari. Bila babak-babak lakonan telah habis, Abu kembali bosan.
Episode 5

Pasport Ali ada di tangannya. Kini pasport itu tidak lagi sial. Tapi masih lagi kurang ajar. Sebab lambat. Ali menuju pantas ke kaunter yang membuat dia berbulu itu, dia dengan gah menyerahkan pasport sial itu, oopps…silap… kurang ajar. Tidak lama kemudian dia pun beredar dan pergi ke kaunter yang lain. Bangunan pejabat itu indah dan cantik, orang Mesir memang pandai dalam seni bina. Cuma sistem yang meliputi bangunan itu lapuk dan usang. Orang Mesir memang tidak pandai dalam hal ini. Maka perjalanan Ali masih panjang. Bagi Abu, dia tidak mengapa, hari itu kebetulan ada rakaman filem di situ. Abu merasa puas melihat bagaimana orang-orang seni (kononnya) melakar seni di tv. Pertama kali dia menonton secara terus. Sekali lagi dia puas. Perkara yang tidak pernah dia alami di tanah airnya, Malaysia. Terubat sedikit luka akibat pasport itu.

Saturday, July 3, 2010

Episode 3

Tercetus ide si Ali, lampu mentol yang bernyala terpancut keluar dari otaknya. ”Kita suruh orang hantar”, paksa ali kepada Abu. Abu lega. Masakan tidak, dia letih, malas, sudah 2 kali dia datang dengan orang yang sama, muka yang sama, cuma motor yang lain. Ali menelefon rakan sekuliahnya, merangkap teman sebiliknya untuk menghantar pasportnya yang durjana itu ke Tahrir. Nekad. Abu malas berbicara, tidak berbunyi suaranya kecuali bila di tanya oleh orang yang dia bawa sama menaiki motornya, tetapi tidak pasportnya. Sial betul pasport itu. Tidak bolehkah pasport itu menjerit disaat Ali meninggalkan rumah? Hanya beberapa perkataan sahaja yang pasport itu perlu laungkan: “Oiit!! Aku kat sini!”. Emm…biarlah.. pasport memang begitu.

Episode 4

Mereka tiba pada pukul 9:05 pagi, waktu Kaherah. Kini sudah hampir pukul 11 pagi, pasportnya masih belum tiba. Sekali lagi, sial punya pasport. Kau cakap Oiitt pun kira okey lah. Tidak mengapa, ia hanya sebentuk pasport. Ali entah kemana. Abu membelek buku yang di bawanya. Nasib baik ada benda yang hendak di baca, kalau tidak, sial betul pasport itu. Tiba-tiba Ali terbit dengan senyuman di muka, mukanya tidak lagi seperti ayam berak kapur, dia bersemangat kembali, sama seperti waktu mula-mula terjun dari motor pinjam awal pagi tadi.