Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Friday, July 13, 2012

tentera terkuat أقوى جيوش


أقوى جيوش العالم تحتاج
لدقائق كي تقف بانتظام,,

و"السديس"بكلمه واحده "استووا",,
يلتف أكثر من مليون
مسلم حول الكعبه,,♥ ♥

سبحانك ربي 
tentera terkuat didunia ini memerlukan beberapa minit untuk berbaris dengan teratur.
sedangkan Sudais hanya dengan satu kalimah "استووا" lurus,
terus berpusing lebih dari 1 juta Muslim keliling Ka'bah.

Maha suci Engkau Ya Rabb ku!! 

ucap lah al-Hamdulillah

Jika seseorang dikurniakan dunia dan apa yg ada padanya, kemudian dia menyebut ALHAMDULILLAH, nescaya ilham yang Allah berikan untuknya menyebut ALHAMDULILLAH merupakan nikmat yang lebih besar dripada kurniaan dunia itu.
kerana nikmat dunia akan habis
dan ganjaran ALHAMDULILLAH, kekal.
-ibn qayyim-

Thursday, June 7, 2012

UNTUK BERILMU, JALANNYA BERLIKU


PROF DATO DR SIDEK BABA
Arwah datuk pernah berpesan, "Kita ni kalau ada ilmu, orang pandang. Tak ada ilmu, jadi orang terbuang." Kalimah keramat itu amat memberi makna kepada hidupku.
Bapa dengan rasa rendah diri seorang penoreh getah selalu memberi nasihat, "Bapak orang miskin nak. Bapak tak mampu nak tanggung kau ke sekolah. Kalau kau nak ke sekolah juga, bapak doakan kau berjaya."
Aku mengerti mengapa bapa kata begitu. Walaupun keluhuran jiwa seorang ayah amat tinngi namun realiti hidup menjadikan aku teruja. "Apalah yang dapat mak bantu kamu selain menjual kuih, menganyam tikar dan mendoakan kau berjaya." Rasa dhaif ibuku terhadap hidup amat kurasakan di samping doa yang tidak pernah putus dipanjatkan untuk kejayaanku.

Lantaran itu sewaktu tidak berduit, akau mengayuh basikal sejauh 60 kilometer pergi balik dari kampung Pulau, Masjid Tanah hingga ke Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang di bandar Melaka. Walaupun ia jauh dan meletihkan tetapi semangat untuk menuntut ilmu tidak menjadikan aku patah harap. Ada ketikanya tayar basikaklku pecah dan aku tidak berduit untuk membetulkannya dan terpaksa menolak berbatu-batu jauhnya. Aku masih kental untuk belajar walaupun sekolah tidak begitu meraikan kehadiranku.

Dihina di dalam kelas

Setiap kali aku memasuki kelas, guru kelas akan memanggil namaku untuk membayar yuran bulanan. "Sidek, where is your school fees?"

"No teacher," jawabku antara dengar dengan tidak.

"When are you going to pay?," tanyanya lagi. Semua perhatian pelajar kelas tertumpu kepadaku. Aku tunduk malu. Ada kesan psikologi kepadaku. Tapi, aku masih tidak berputus asa.

Suatu pagi, basikalku bocordalam perjalanan ke sekolah. Aku terlewat sampai. Apabila masuk ke kelas, guru bahasa Inggeris bertanya kepadaku: "Why are you late?,"

"My bicycle punctured, sir. I'm sorry." jawabku spontan.

"From now on, I'll call you Mr. Puncture." Mendengar usikan guru itu, pelajar-pelajar lain ketawa. Aku rasa terusik dalam gelak mereka yang panjang.

Semasa di kelas peralihan (Remove Class), guru bahasa Melayu bertanyakan suatu soalan yang sukar untuk dijawab. Guru itu menyuruh aku berdiri di atas kerusi. "Kamu 'kepala kohok' berdiri di atas kerusi . Selagi tak dapat jawab, jangan duduk."

Pelajar-pelajar lain memandangku. Aku rasa terhina. Terhina yang amat sangat kerana dipanggil 'kepala kohok'. Aku tetap sabar dan semangatku ntuk belajar tidak pernah mati.

Suatu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hayatku adalah apabila seorang guru matematik di Tingkatan 2D memulangkan buku kerja rumah. Aku memang susah nak faham latihan matematik. Aku menduga tentu banyak kesalahan kali ini.
"Sidek Baba, stand up!" guru itu terus memanggil namaku dan aku berdiri. Ia terus membaling buku latihan dan tepat mengenai mka dan batang hidungku.
"Hey Sidek! You better go back to kampung tanam kacang lagi baik," katanya marah.
Pelajar-pelajar lain ketawa. Sekali lagi penghinaan tertimpa kepadaku. Terasa mahu menjerit sekuat-kuatnya. Aku masih sabar dan tekadku masih tinggi untuk belajar. Tanpa kusedari, air mata mengalir di pipiku.

Tiada yang simpati

Dalam perjalanan balik aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri. Tapi apakan daya, aku tidak berdaya. Mengapa guru-guru tidak bertanyakan latar belakang keluargaku, cara aku bersekolah dan kepayahan hidup yang aku hadapi? Mengapa guru hanya meraikan murid-murid yang cerdik sedangkan aku yang lemah ini terbiar dan terus tercicir? Aku berbisik, tetapi siapa yang ingin mendengar ratapan ini? Rasanya terlalu payah untuk belajar dan menjadi orang berilmu.

Alangkah baiknya sekiranya ada guru yang tahu bahawa bapaku hanya seorang penoreh getah dengan pendapatan hanya RM 2.50 sehari. Ataupun sekiranya orang mengetahui bahawa aku mengayuh basikal sejauh 60 kilometer ke sekolah setiap hari. Apa yang aku perlukan hanya simpati. Simpati seorang guru membolehkan ia memahami anak muridnya. Dari situ pengertian yang tulus diharapkan dan pertolongan yang ikhlas dalam mendidik diberikan.

Mujur aku mendapat gred B dalam LCE (Lower School Certificate) yang membolehkan meneruskan pelajaran ke tingkatan 4. Dalam peperiksaan MCE ( Malaysian School Certificate ) aku mendapat Gred 3. Pada tahun 1964, aku menjadi guru sementara di Sekolah Umum Jeram dan masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (MPSI) (kini dinaiktaraf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris) selama dua tahun.

Di MPSI, aku mendapat RM 40 sebulan. Aku kirimkan kepada keluarga RM 20 daripadanya dan sepanjang bulan aku hanya berbelanja sekitar RM 20. Selalunya pertengahan bulan aku sudah kehabisan wang. Aku tetap bersyukur walaupun kehidupan di maktab tidak seperti orang lain.

Cita-Cita Melangit


Di MPSI, aku bercita-cita untuk pergi lebih jauh lagi walaupun terasa malu untuk menyebutnya kepada orang lain. Aku menyimpan azam, satu hari aku akan ke menara gading. Tekad ini tersemat mendalam dalam hati bahawa anak penoreh getah ini kalau diberi peluang boleh pergi lebih jauh seperti orang lain juga.

Sejak mula bekerja pada tahun 1968, gajiku hanya RM 250 sebulan. RM 100 aku asingkan untuk ibu dan ayahku. RM 100 untuk belanjaku sebulan dan RM 50 lagi aku gunakan untuk mendaftar di Stamford College Gaya Pos bagi persiapan Higher School Certificate (HSC). Pada waktu itu, tiada kelas lanjutan di tempat berdekatan. Kalau adapun di bandar Melaka, tetapi aku tidak mampu kerana masalah belanja.

Tujuh kali aku mencuba. Setiap kali, aku masih tidak mendapat Sijil Penuh. Aku tetap sabar dan tidak pernah berputus asa. Aku tahu berilmu memerlukan tingkat kesabaran dan usaha yang tinggi. Aku hanya mendapat Sijil Penuh selepas berumah tangga. Inilah rezeki perkahwinan agaknya.

Aku diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 1976. Aku tinggal di kolej, aktif dengan Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya dan Persatuan Bahasa Melayu. Pada hujung minggu aku balik ke Melaka menziarahi keluarga dan kadang-kadang aku tidak balik kerana menghabiskan masa di Kolej Kelima mendidik generasi pelajar ke arah pemahaman Islam yang lebih komprehensif. Aku terlibat aktif dalam kepimpinan pelajar dan dakwah.

Setelah tamat ijazah Pertama Universiti Malaya, aku mendaftar melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pengajian Islam, di Universiti Kebangsaan Islam selama dua tahun iaitu pada tahun 1983-1985. Kami menaiki sebuah kereta dengan kawan-kawan dari Melaka pada setiap hujung minggu berulang alik ke Bangi. Memang banyak cabarannya, tetapi aku menghadapinya dengan sabar dan cekal kerana tanpa pendidikan Islam pada tahap tinggi tidak mungkin boleh menjadi seorang pendakwah yang baik. Bagiku ilmu adalah penting. Umat Islam dengan dukungan ilmu memberi asas baik untuk maju ke hadapan.

Hijrah

Pada tahun 1985, bermulanya titik tolak yang amat bermakna dalam hidupku. Aku nerkeyakinan bahawa hijrah dan pengorbanan ialah jawapan terbaik dalam meneroka ilmu dan meningkatkan diri.
Kami sekeluarga berhijrah ke Sri Layang, Genting Highland kerana ditawarkan bertugas di Institut Aminuddin Baki. Aku tahu institut ini ada menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Isteriku berhenti kerja daripada menjadi pegawai bank.

Pada tahun 1986, aku ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran ke Amerika di Universiti Indiana, Bloomington ,melanjutkan pelajaran dalam bidang Perbandingan Pendidikan. Ini merupakan satu anugerah daripada Allah yang amat bermakna bagi kami sekeluarga kerana kerana memang tidak terbayang peluang itu ada dalam hidup kami. Inilah hikmah hijrah dan pengorbanan isteriku yang berhenti kerja kerana citi-cita tinggiku untuk belajar dan menguasai ilmu sebanyak mungkin.

Setelah tamat Sarjana Perbandingan Pendidikan, aku rasa bersyukur kerana kejayaan tertinggi ini paling tidak menjadi bekal untuk aku pergi lebih jauh dan menjadi inspirasi untuk kelapan-lapan anak-anakku untuk menjadi lebih cemerlang daripadanya pada masa depan.

Sibuk berceramah


Di Amerika Syarikat aku tidak duduk diam dengan belajar sahaja. Pada hujung minggu apabila berkelapangan, aku bertemu dengan pelajar-pelajar Melayu di seluruh Amerika memberikan ceramah kesedaran tentang Islam dan peranan umat Melayu apabila kembali ke Malaysia nanti.
Rupa-rupanya kerja sukarela aku itu mendapat perhatian Jabatan Penuntut Malaysia di Amerika Syarikat. Mereka telah membuat perakuan kepada Kementerian Pendidikan di Kuala Lumpur supaya aku menyambung pelajaran di Peringkat Doktor Falsafah supaya peranan mendidik pelajar di sana dapat diteruskan.

Aku amat terharu dan bersyukur kepada Ilahi apabila pada 14 Jun 1987, aku menerima panggilan telefon daripada Kementerian Pelajaran supaya aku terus menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. Alasannya bagi membantu pihak Jabatan Penuntut memberi nasihat dan kesedaran kepada pelajar-pelajar Melayu di sana. Syukur, hijrah dan pengorbanan isteri yang amat bermakna memberi peluang untukku belajar lagi.

Pada musim sejuk 1987 kami berpindah ke Universiti Northern Illinois, Dekalb, tidakk jauh dari bandar Chicago unutk melanjutkan pelajaran di Peringkat Doktor Pendidikan. Oleh kerana anakku ramai, pihak universiti tidak membenarkan kami tinggal di rumah universiti. Mujur kawan-kawan membantu dan pihak Pusat Islam atau masjid di universiti itu membenarkan kami tinggal di bahagian atas masjid itu.

Waktu itu umurku sudah meningkat 42 tahun. Biasiswa yang diberikan pula terhad. Tiga tahun aku belajar dengan wang yang amat terbatas, membuat kunjungan dan menerima undangan pelajar untukk berceramah di seluruh Amerika Syarikat bukanlah suatu hal yang mudah. Kadang-kadang diundang juga ke England dan Amerika Selatan untuk memberikan ceramah dan dakwah.

Syukur

Alhamdulillah, awal tahun 1991 aku berjaya memperoleh ijazah Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar dalam Pendidikan Tidak Formal dan Pendidikan Sepanjang Hayat. Memang benar, untuk berilmu, jalannya payah. Ia menuntut pengorbanan, hijrah dan tekad yang tinggi. Dan aku bersyukur di sebalik kejayaan yang aku capai aku memiliki seorang isteri yang tabah mengharungi susah payah. Ia amat memahami pentingnya ilmu sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak.

Syukur dibawah didikan dan jagaan isteriku, lapan orang anak telah tamat pengajian di universiti dan separuh daripada mereka sedang belajar di tahap doktor falsafah dan sarjana. Kami bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Mengingat masa laluku yang payah, aku mengalirkan air mata kesyukuran yang tidak terhingga. Allah Maha Besar.

Wednesday, May 16, 2012

jumpa messi


lokasi: sekitar attaba
perasaan: rasa mahu bentes/teckle budak ni dari belakang ..

IHSAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Prof Dr Sidek Baba

Ihsan adalah sumber kekuatan bagi orang yang beriman dan yakin terhadap Penciptanya. Ihsan menjadikan muslim orang yang sentiasa amanah, telus dan tulus, jujur dan adil terhadap amal perbuatannya kerana prinsip murni itu menjadikan kerjayanya lebih sempurna dan cemerlang.
Pendidik (murabbi) sentiasa menghubungkan kerjanya untuk mendapat keredaan Allah. Hasilnya ia menjadi cemerlang dan merasakan kerja mendidik manusia adalah amanah yang perlu disempurnakan dengan ikhlas dan jujur. Sifat ihsan mendorong pendidik mendekati anak muridnya seumpama mendekati anaknya sendiri. Daripadanya lahir perhatian yang tinggi supaya anak muridnya cemerlang dan tidak cicir.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pendidik akan menghubungkan setiap subjek yang diajarnya dengan nilai murni daripada Allah. Dalam pengajaran bahasa misalnya, ilmu yang terkandung di dalamnya menjadi penyuluh dan memberi cahaya kepada muridnya mengenali Allah kerana bercakap benar, melaksanakan amanah, berlaku adil, bersikap tulus dan telus adalah olahan dalam penguasaan bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa bukan sahaja memberikan asas komunikasi sesama manusia tetapi juga asas komunikasi manusia dengan Allah.

Begitu juga dengan pengajaran matematik. Ia tidak sekadar memberikan kemahiran bagaimana angka dimanipulasi tetapi juga memberikan asas falsafah mengenai maksud ketepatan, kesempurnaan, keseimbangan dan akauntabiliti yang amat dituntut dalam kehidupan manusia. Bayangkan Allah menjadikan alam ini dalam kadarnya. Konsep kadar ini adalah matematikal sifatnya.
(وخلق كلّ شيء فقّدره تقديرا)
(انّا كلّ شيء خلقناه بقدر)
Alam ini dijadikan secara matematikal dan asas itu menjadikan alam ditadbir oleh Penciptanya dengan teratur.

Mendidik anak-anak dengan subjek geografi juga tidak seharusnya hanya mengajar mereka mengenai alam nyata secara tofografik dan fizikal. Ilmuan Islam tersohor, Muhammad al-Idrisi, menyatakan maksud geografi atau ilmu alam dengan mendidik manusia mengenai alam ghaib dan alam nyata. Alam ghaib termasuk Allah adalah pencipta alam nyata. Oleh itu, mempelajari alam nyata dengan melupakan alam ghaib hanya mengkaji sebahagian dari alam. Memahami kewujudan alam ghaib dalam memahami alam nyata menyebabkan rasa keihsanan menjadi subur dan menyebabkan manusia merasai dekat dengan Penciptanya.

Begitu juga dengan pelajaran sains, pelajar bukan saja diajar mengenai kaedah ‘apa’ dalam mengkaji benda dan fenomena tetapi harus dilanjutkan untuk bertanya ‘mengapa’ kerana ia membolehkan mereka mengetahui hikmah sesuatu kejadian. Daripadanya ia membawa manusia dekat dengan Allah. Faktor air tidak saja dikaji dalam konteks hidrogen dan oksigennya, tetapi juga hikmah kejadian air boleh membawa pelajar memahami bahawa tanpa air kehidupan tidak akan ada; tanpa air manuisa, pokok dan haiwan tidak akan membiak. Dengan itu, pelajar akan bertanya, siapakah Pencipta sumber yang amat berharga ini.
Begitu juga dengan pengajaran sejarah, fokus tidak seharusnya kepada tarikh, peristiwa dan tokoh saja, tetapi pengajaran sejarah memerlukan falsafah mengenai ibrah dan sirah supaya sejarah menjadi cerminan bagi pelajar mengulangi jejak serta mengambil contoh  dan teladan. Sejarah manusia terdahulu yang dirakam melalui kisah daam Kitab Suci adalah pancaran ibrah tentang pentingnya manusia belajar daripada kejayaan dan kelemahan manusia lain kerana ia boleh berulang kembali pada hari ini.

Nilai ihsan dalam pengajaran dan pembelajaran amatpenting bagi guru dan dirasai oleh murid. Kita tidak mahu ilmu yang intergretif diajar kepada murid yang menyebabkan kefahaman mengenai pencipta hanya berlaku secara rohaniah dalam pengajaran agama tetapi tidak wujud dalam subjek lain yang menjadi sumber penting dalam membentuk cara berfikir dan kehidupan.
Kualiti ihsan yang dimiliki pendidik akan mendorongnya membentuk akal budi anak muridnya. Ketika itu, pendidik bukan saja ingin melihat anak didiknya cemerlang dalam akademik tetapi juga cemerlang dalam akhlaknya. Melihat kegagalan dan keciciran anak muridnya, pendidik akan terpanggil  untuk membantu dan melakukan sesuatu yang terbaik supaya anak didiknya menjadi manusia yang berguna pada masa depan.

Apalagi dengan ilmu integratif, perasaan dekat dengan Pencipta didalam diri anak muridnya adalah tinggi . Dengan itu, akal budi muridnya terbentuk dengan keupayaan  berfikir yang baik dan pekerti yang  terpuji. Inilah maksud pendidikan yang sebenar dalam tradisi Islam yang dirujuk dalam hadith  Rasulullah,  “Ya Allah, didiklah aku dengan pekerti yang terbaik.”
Matlamat pendidikan sebenarnya adalah menghasilkan anak yang beradab. Adab dalam tradisi Islam merujuk kepada ihsan yang tinggi. Adab, kata sesetengah sarjana, merujuk kepada disiplin minda, hati dan amal. Pekerti yang baik dan akhlak yang terpuji yang didukung oleh ilmu yang benar dan bermanfaat akan melahirkan manusia yang cemerlang.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berdiri atas rasa ihsan yang tinggi akan membentuk anak yang beradab dan mempunyai kekebalan yang tinggi terhadap pengaruh negatif. Kekebalan diri dengan nilai kerohanian yang baik diterjemahkan dalam amal yang baik akan menghasilkan manusia yang beriman. Iman yang disertai dengan amal soleh bakal membimbing manusia kearah kebaikan dan kesejahteraan.

Monday, May 7, 2012

adoiii

مايو 2
salam..jj ckp xde pn ko kim sijil asliah kt die..anas je kim sijil ijat ngan syakir..
اليوم
en..sjil ko aku da bgi kat anas..pastu aku ingat dia da antar...tpi mcm mne entah dia lupa aku pun lupa...skg ko pnye kmi xtau kat mne...ko try call ijad n syakir...mne tau ko punye terselit kat dalam dorg pnye sijil...aku pon pening kepala da ni...kalu xda aku kne wat baru lah...adooiii...
ko doa2 la jmpe blik...
aku ingt last skali..ak bagi kat anas...mase tu aku nk letak sekali muaqqatah n lain2 yg ko bgi dulu...pastu anas ckp..xyah la..yg tu ko simpan takut jadi pe2..pastu aku amik blik...kmudian ak lepas je bnde tu kt anas....
time jj bilk ari tu ak ingt dia krm skali...pastu aku post kat fb ko kn...
skali ko kta takda...
adooii

-----------------------------------------------------
sapa yg doa dia mustajab..tolong doakn..
ya rabb jumpe kn semula sijil2 tu ..ya rabb engkau tuhan org yg lemah ini.bantu lah aku..

Thursday, March 29, 2012

JENAYAH CURI DALAM FIQH ISLAM

Islam datang dengan beberapa tujuan. Selain menjaga nyawa dan maruah, Islam juga datang untuk memelihara harta. Atas dasar ini, Islam telah menetapkan hukuman terhadap sesiapa sahaja yang menceroboh harta orang lain (Fiqh Manhaji). Islam datang dengan lima maksud yang utama, al-Muwafaqat Fi Usul al-Syari’ah tulisan al-Imam Abu Ishaq al-Syathibi (790H) yang terkenal membahaskan secara terperinci tentang lima maksud syariah Islam iaitu; menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta, malah di antara para sarjana fiqh ada yang menambah menjaga kehormatan juga sebagai salah satu daripada maqasid syara’.

Mencuri السرقة

Dari sudut bahasa bermaksud mengambil sesuatu secara sulit atau sembunyi. Menurut istilah mengambil harta orang lain secara sulit tanpa sebarang hak dari tempat simpanan dengan syarat-syarat tertentu. ( أخذ المال خفية ظلما من حزر مثله بلا شبهة)

Huraian takrif

(أخذ) mengambil: sesiapa yang diberi oleh tuan harta tidak dikira sebagai mencuri.

(المال )harta: terkeluar darinya apa yang tidak dikira harta dan tidak bernilai, jika si fulan mengambil dari si fulan anjing, khinzir, atau arau umpamanya, maka tidak di potong kerana barang yang diambil bukanlah di kira sebagai harta.

(خفية) secara sulit: frasa ini menunjukkan bahawa merampas tidak termasuk dalam istilah ini, kerana perampas merampas sesuatu harta tanpa berselindung atau secara terang. Oleh itu, rampasan tidak termasuk dalam istilah mencuri dan tidak di katagorikan dalam hukuman curi.

(ظلما) tanpa sebarang hak: terkeluar dari takrif diambil atas hutang seseorang.

(بلا شبهة) dimaksudkan darinya ialah apa yang tiada keraguan padanya, contoh seorang isteri mengambil duit suaminya.

Hukum mencuri

Mencuri hukumnya haram dan ia di kira sebagai salah satu dosa besar kerana menzalimi keatas harta orang lain tanpa hak, ia haram menurut al-Kitab, al-Sunnah dan al-Ijma’

Dalil al-Kitab:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).Al-baqarah 188

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu,.Al-nisa’ 29

Dua ayat yang mulia ini jelas melarang dari memakan harta manusia secara batil dan diantara bentuk makan secara batil ialah mencuri, larangan di sini membawa maksud haram, maka dua ayat ini merupakan dalil pengharaman mencuri.

Dalil al-Sunnah:

لعن الله السارق يسرق البيضة فتقطع يده, ويسرق الحبل فتقطع يده

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam shahihnya, kitab al-hudud, dan al-Baihaqi dalam al-sunan al-Kubra8/253)

لا يزنى الزانى حين يزني وهو مؤمن ولا يسرق حين يسرق وهو مؤمن

Maksudnya: Tidak berzina seorang itu sedang dia beriman (yakni dalam keadaan sempurna iman), dan tidak mencuri seseorang itu sedangkan ia beriman.(muttafaq ‘alaih dan al-Baihaqi dalam al-Sunnan)

Dua hadith ini menunjukkan bahawa mencuri membawa kepada laknat Allah, dan laknat bermaksud di jauhkan dari rahmat Allah, manakala perbuatan yang dilaknat Allah tidak akan berlaku melainkan ia termasuk di kalangan dosa besar. ( Lajnah Min Asatizah Qism al-Fiqh bi Kulliyyah Syariah wa Qanun bil Qahirah, Jamiah al-Azhar)

Maka mencuri hukumanya adalah di potong alat yang digunakannya untuk mencuri iaitu tangan, adapun sesiapa yang mengambil harta tanpa hak selain dari takrifan mencuri tidak dikenakan hukuman potong, dinyatakan dalam al-Minhaj “Tidak di potong peragut, perompak dan pengkhianat amanah” (Matn Minhaj al-Talibin al-Nawawi 9/144), dan dalilnya daripada manqul (nas) dan ma’qul (lojik akal).

Dalil naql berkenaan peragut, perompak dan pengkhianat amanah tidak di potong tangan berdasarkan riwayat Jabir daripada Nabi saw bahawa baginda saw bersabda: “Orang yang mengkhianat, merampas dan meragut (atau menyeluk saku) tidak akan dipotong tangannya”. (Riwayat al-Tirmizi didalam sunannya dan beliau berkata: hadith ini hasan shahih, dishahihkan oleh al-Albani didalam Irwa’ ak-Ghalil 8/62, dan dishahihkan juga oleh Ibn Hajar dalam al-Talkhish 4/65)

Dan adapun dari ma’qul: Orang yang mengkhianat tidak di potong kerana dia diberi amanah untuk menjaga harta tersebut dan tempat simpanan bukanlah dari tempat simpanannya, dan orang yang merampas pula ia melakukannya dalam keadaan jelas, sedangkan mencuri dilakukan secara sembunyi dan tertutup oleh pandangan mata dan pendengaran (tidak sedar), meragut pula, walupun ia secara bahasanya sama dengan mencuri, namun ia dilakukan secara terang dan bukan secara sembunyi, dan ini semua berbeza dengan mencuri kerana ianya lebih mudah untuk dicegah dan dihalang.

Hukuman terhadap orang yang merampas dan meragut tidak dipotong tangan adalah sepakat, kecuali berlaku khilaf pada hukum orang yang mengkhianat, di antara fuqaha’ ada berpendapat tidak dipotong berdalilkan hadith tadi, dan yang lain berpendapat dipotong orang yang mengkhianat berdasarkan sebuah riwayat bahawa seorang wanita telah meminjam barang lalu ia khianatinya, maka Nabi saw memerintahkannya dipotong tangannya, ( Ihkam al-Ahkam, Ibn Daqiq al-‘eid, Musnad Ahmad dan al-Nasaie). Maka riwayat ini menunjukkan di potong tangan siapa yang mengingkari amanah dan tidak mengembalikan kepada tuannya, firman Allah Taala :

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), (Al-nisa’58)

Maka Nabi saw menghukum tangannya di potong.

Namun pendapat yang tepat ialah pandangan yang menyatakan tidak di potong tangan si pengkhianat, pandangan yang bersumberkan hadith wanita itu tidak tepat, kerana perempuan itu di anggap pencuri bukan semata sebagai pemecah amanah. Diriwayatkan dari ‘aishah r.a bahawa suatu ketika Quraisy merasa bimbang tentang nasib seorang perempuan Bani Makhzumiah yang di sabitkan mencuri, mereka berkata: “siapakah yang akan berbincang mengenainya dengan Rasullah saw? Mereka berkata: “Tiada siapa yang berani melakukannya melainkan Usamah Ibn Zaid, orang yang disayangi Rasullah saw” lalu Usamah pun berbincang…… (riwayat Muslim dalam Shahihnya dan al-Baihaqi).

Dan diriwayatkan dari al-Baihaqi bahawa Marwan ibn al-Hakam datang dengan membawa seorang yang telah ditangkap meragut barang, maka dia menghendaki hukuman potong terhadap pesalah, lalu dia utuskan Zaid ibn Thabit r.a kemudian ditanya tentang kes itu. Berkata Zaid: “Orang yang meragut tidak di potong” (al-Sunan al-Kubra 8/280) dan ini membuktikan bahawa perempuan yang di potong tangan itu adalah pencuri, namun adapun riwayat dipotong tangan orang yang pecah amanah ia adalah riwayat Abi Shalih daripada al-Laith, Khalifah ibn Wahab dan ibn al-Mubarak, dan riwayat mereka berdua lebih baik kesahihannya daripada riwayat Abi Shalih (al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi 8/281).

Walau bagaimana pun riwayat dipotong tangan orang yang pecah amanah seperti dalam riwayat wanita tadi membawa kesimpulan bahawa wanita itu melakukan kedua-dua kesalahan sekaligus iaitu pecah amanah dan mencuri, berkata al-Syafi’ie dalam menafikan di potong tangan orang yang pecah amanah: “Dan yang demikian siapa yang meminjam sesuatu barang lalu ia khianatinya atau pada dia ada barang amanah lalu ia gelapkan tidaklak mereka di potong” (al-Umm 6/139) dan berkata ibn Hajar al-Haitami: “ adapun hadith perempuan yang di potong tangan akibat mengambil barang yang dipinjam padanya bukanlah hanya pecah amanah tetapi dia diketahui mencuri sebagaimana yang telah di terangkan oleh para rawi” ( Tuhfah al-Muhtaj bisyarh al-Minhaj 9/144)

Apabila tidak dipotong selainnya (mencuri) pada pendapat yang rajih (paling tepat) dan yang demikian itu adalah pandangan dalam fiqh Syafi’e, mungkin ‘illah (sebab) tidak dipotong itu adalah kerana mereka mengambil dalam keadaan terang.

Telah berlaku ijma’ (kesepakatan) bahawa individu yang telah sabit kesalahan mencuri maka hukuman undang-undang yang akan dikenakan keatasnya ialah dipotong alat yang digunakan untuk mencuri iaitu tangan, berdalilkan al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah Taala:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah:38)

Ayat ini merupakan dalil yang putus (dalil qat’ie) bahawa pencuri di potong tangannya, didahulukan pencuri lelaki sebelum wanita berbeza halnya dengan ayat berkenaan hukuman zina, yang mana wanita didahulukan daripada penzina lelaki, dan rahsia perbezaan ini adalah dalam kes curi golongan lelaki lebih banyak melakukan jenayah ini, dan ini merupakan kebiasaannya, manakala dalam kes zina dinisbahkan kepada wanita kerana kebiasaannya zina tidak akan berlaku jika sekiranya mereka jinak. (Fath al-Bari: ibn Hajar 12/97,98)

Dalil sunnah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a : sabda Nabi saw :

لعن الله السارق يسرق البيضة فتقطع يده, ويسرق الحبل فتقطع يده

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam shahihnya, kitab al-hudud, dan Muslim )

Berkata ‘Aishah r.a : “Rasulallah saw memotong tangan pencuri yang mencuri suku dinar dan keatas” (muttafaq ‘alaih; Bukhari dalam sahihnya kitab hudud12/96, muslim dalam sahihnya kitab hudud, bab had surqah11/180)

Daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah, daripada ‘Aishah r.a daripada Rasulallah saw bersabda: “Tidak dipotong tangan pencuri melainkan suku dinar dan keatas” (muttafaq ‘alaih).

Hadith kedua merupakan sunnah amaliah (praktikal) dari Nabi saw bahawa dipotong tangan pencuri.

Manakala hadith ketiga merupakan bukti dari ucapan Nabi saw (sunnah qauliyyah).

Dan juga telah berlaku ijma’ bahawa tangan kanan yang akan dipotong, jika ada, sekalipun ia tangan yang lumpuh, ini mungkin bersumberkan qiraat (bacaan) Ibn Mas’ud: وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْمامنهُمَ (Baihaqi: sunan kubra, 8/270 daripada Ibn Najih dari Mujahid), namun qiraat ini lemah kerana sanannya terputus, seperti mana yang ditegaskan Ibn Hajar, tetapi riwayat ini dikuatkan dengan athar daripada sahabat bahawa dipotong tangan kanan, daripada Abdullah ibn Dalamah dari ‘Ali berkata: “Apabila mencuri seorang pencuri, dipotong tangannya yang kanan, kemudian jika dia ulangi lagi, kaki kirinya” (sunan al-Darimi 3/103).

Berkata al-Syafi’ie r.h: “Apabila mencuri seorang pencuri kali pertama, dipotong tangannya yang kanan, dari sendi pergelangan tangannya” (al-Umm 6/138)

Berkata al-Syirazi: “Jika ditetapkan untuk dipotong, potong tangan kanan”(al-Muhazzab).