Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Thursday, July 31, 2014

Monday, July 7, 2014

azan dalam gereja




dlm negara2 org islam atau dimna saja azan dilaungkan, azan merupakan 1 bentuk dakwah ' bil hikmah ' kpd non muslim, selain alunan yg menyentuh qalbu, mereka tentu tertanya2 apa makna setiap kalimah yang berulang-ulang itu, adakah utk menyihir mereka?

kita katakan: ianya merupakan penegasan terhadap prinsip2 dlm islam yg menegaskan ketauhidan kepada Tuhan yg 1, Tuhan yang berKuasa, ALLAH. juga pengakuan muslim terhadap utusanTuhan yang terakhir; Muhammad saw,

kemudian dibuktikan dgn pengabdian secara praktikal kepada Allah dalam ibadat solat khususnya dan juga segala aktiviti2 yang menatijahkan kejayaan dunia, maka hendaklah mukmin apabila selesai melakukan solat, negaranya makmur dgn segala kejayaan, mereka adalah khalifah (pengganti) Allah di muka bumi, Allah mahukan kebaikan berleluasa, dikongsi oleh semua agama dan bangsa.

الله أكبر الله أكبر
لا اله الا الله

Saturday, May 17, 2014

perang badar

perang badar berlaku pd tahun kedua selepas hijrah baginda saw

perang badar jika kita bandingkan dengan peperangan yg tercetus dlm sejarah manusia sepanjang zaman dari sudut bilangan tentera dan senjata perang yg di gunakan, ianya merupakan peperangan yang sgt kecil berbanding siri peperangan yg berlaku sepanjang sejarah manusia.

namun jika kita koreksi kesan dan akibat dari peperangn badar dan kita buatkan perbandingan dari sudut itu, badar memiliki keistimewaan yang cukup besar.

sesungguhnya ibrah (tauladan) bukanlah pada banyaknya bilangan tentera dan gahnya senjata, tetapi tauladan ada pada nataaej (kesan2 / hasil).


Friday, May 16, 2014

kenangan

ni joke time membe2 komplen sbb apa time ak ada dlm team, team x pernah dapat champion.. 

lebih 4 tahun kat mesir dan tiap tahun ada ritual pertandingn futsal antara anak2 phg, dan tiap tahun kami mempertaruhkan maruah utk menang dlm game ni.. hadiah x besar dan tournamentnye pon x berprestis pun, walaupun aku pernah join team mewakili malaysia dlm asian cup di cairo, anjuran student indonesia dan dapat johan (kecewa xdapat medal n hadiah sbgimna yg dijanjikan -fainal lwn team thailand bangkok) tapi sgt ralat kerana xpernah merasa johan dlm pahang. 

so membe2 ni pon PM aku yg kat mlysia nih, dgn suara sindiran dan penghinaan kpd watak utama dlm citer nih.ada sedikit angin iri hati mengalir dlm urat darah.geram. maka aku layangkan 1 surat utk mereka.. surat tu berbunyi:

enta jgn bangge sngt .. 

kisahnya begini: Salman Yusof brnazar atas bukit muqattam bawak gibnah kunin.. jamu jin2- dgn syarat menang game.. Wan Ibn Muhammad turut besekongkol dlm petualang ini. tp dia bawak sesuatu yg spesial. yg sgt digemari ketua jin muqattam. eish dan tokmiyyah, disuap sendiri ke mulut jin itu. 

makanya tdk heranlah bola mudah menggegar jaring lawan tanpa diduga. 

manakala Tamimi Paad n Bro Malaya tdk dpt dipasti kn adakah mereka turut trlibat dlm agenda khurafat ini. mnta unit hizbah selongkar bawah  tilam. mungkin ada bahan bukti utk disabitkan kesalahan.

hehhe..kata Ali al-Tantawi: hidup itu nostalgia, dan hidup itu seluruhnya nostalgia.

senyum lah mengingati nostalgia ini dan itu..

manfaat dari sirah nabi



sirah nabawiyyah merupakan unsur tarbawi yang terkuat, memberi kesan yang banyak pada jiwa dan akal selepas al-Quran.

Abu al-Hasan al-Nadwi; al-sirah al-Nabawiyyah

الصلاة في مسجدي

suatu ketika al-arqam ibn abil arqam bersiap2 hendak ke bait al-muqaddis, beliau merupakan antara sahabat nabi yg terawal memeluk islam, di bukit safa yg berhampiran dgn kaabah itu, terletaknya rumah beliau dan disanalah islam disebarkan secara sirr ( underground )

setelah lengkap kelengkapanya utk brmusafir, beliau pergi brjumpa nabi saw utk mgucapkan selamat tggl.

"ada hajat apa pergi ke sana, berniagakah?" tanya nabi saw.

katanya " tidak demi allah wahai nabi allah, aku ingin utk solat disana, di bait al-muqaddis".

nabi membantah dgn sabdanya: 



الصلاة في مسجدي خيرٌ من الف صلاة فيما سواه، الا المسجدٓ الحرام

"solat di masjid ku lebih baik dari solat di masjid selainnya kecuali masjid al-haram"

( diriwayat dari al-hakim dlm mustadrak dan al-tabrani dlm al kabir )

ruh

dalam badan kita ada ruh, itu lah kita sebenarnya. badan kita adalah pakaian bagi ruh, seperti pakaian lain apabila rosak dan lusuh, kita buang. maka pakaian ruh ini di buang didalam tanah yang kita namakan kubur..

ruh ini memerlukan makanan. makanannya adalah ibadah. ibadah itu luas, meliputi segala perkara kebaikan yang dilakukan insan. ketika insan melakukan kebaikan, hatta kepada binatang pun, jiwanya terasa puas, menunjukkan ruhnya telah mendapat makanan..

sebagaimana ruh gembira dgn kebaikan, ruh akan disakiti dgn kejahatan yg dilakukan. ketika kita melakukan kesalahan, jiwa
akan gusar, gelisah, takut, ruhnya tidak tenteram..

ini fitrah, semua manusia, hatta haiwan. kucing yg diberi makan akan makan dgn tenang, tetapi apabila ia mencuri ikan kita, ia akan berlari pergi dgn mata tajam.

semua manusia melakukan kesalah, bezanya besar atau kecil. banyak atau sedikit. islam mensyariatkan solat, muslim solat 5 kali sehari semalam, sebelum solat mestilah membersihkan diri, yg kita namakan dgn wuduk, kita membasuh anggota kita dari pada kekotoran yg terlekat di kulit, ia merupakan isyarat penyucian terhadap ruh itu sendiri. maka setiap muslim membersihkan ruhnya 5 kali sekurang2nya setiap hari.