1. Allah Taala
mencipta apa jua ciptaan bersama hikmah dan alasan. Termasuk juga urusan
syariat yang berupa suruhan dan larangan mempunyai sebab dan alasan tersendiri.
Maha Bijak dalam segala ciptaanNya dan perintahNya. Dia tidak akan membuat hukum
dengan sia-sia dan sewenang-wenangnya.
2. Seorang ahli
fiqh tidak berpada hanya berdiri di atas teks-teks agama, kerana ia akan
memesongkannya dari jalan lurus kemudian berburuk sangka kepada Allah dan
RasulNya.
3. Allah tidak
mengharapkan apa-apa dari hambaNya. Segala perintah dan laranganNya, halal dan
haram tidak langsung bermanfaat dan
memudaratkanNya.
4. Segala hukum
yang Allah putuskan merupakan manfaat dan maslahah untuk manusia dunia dan
akhirat, juga menjauhkan mereka dari
sebarang kerosakan dunia dan akhirat.
5. Ibn al-Qayyim
berkata: “ Dasar dan asas syariat adalah kebaikan manusia di dunia dan di
akhirat. Ia mengandungi keadilan, rahmat, kepentingan umum, dan hikmah”.
6. Apa itu maqasid
syari’ah? Ia adalah tujuan yang menjadi target teks dan hukum-hukum untuk direalisasikan
dalam kehidupan manusia, baik berupa perintah, larangan dan keharusan, untuk
kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ummat seluruhnya.
7. Mendalami
rahsia dan maksud-maksud syariat yang ada dalam agama bukanlah bererti menolak
teks atau nas-nas al-Quran dan al-Sunnah khusus, sehingga kita memegang
maksud-maksud yang umum dan mengabaikan nas-nas yang jelas.
8. Tetapi haruslah
kita memahami teks-teks syariat yang khusus dalam ruang lingkup maqasidnya yang
umum, sehingga ianya berjalan seiringan tidak secara terpisah.
No comments:
Post a Comment