وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ
لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ
طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا
رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
122 : al-Taubah
Namun al-Quran mengarahkan agar umat Islam jangan menghabiskan tenaga mereka untuk berjihad sahaja, dengan melupakan perkara penting lain yang sangat diperlukan oleh sebuah ummat, kerana ummat Islam memiliki risalah ketuhanan dan kemanusian sejagat.
Oleh itu al-Quran mewajibkan sebahagian umat Islam untuk belajar memahami agama dan mendalami rahsia-rahsianya, agar setelah kembali mereka menjadi pengajar dan pendakwah.
Al-Quran menggunakan ungkapan yang cukup indah ketika menggunakan perkataan "nafar" (pergi) yang digunakan untuk jihad. Kerana mencari ilmu dan memahami agama termasuk dalam jihad di jalan Allah.
Islam sangat menghormati akal dan minda, seperti mewajibkan untuk mencari ilmu kepada seseorang mulim dan muslimah, adanya tuntutan mencari ilmu semenjak lahir hingga mati, menetapkan hukum fardu kifayah untuk mencari ilmu yang diperlukan oleh ummat, mengakui peranan akal yang mampu menghasilkan keyakinan serta menolak sangkaan dan hawa nafsu, menolak ikut-ikut secara buta (taqlid), menyeru untuk merenungi ciptaan di langit dan di bumi dan segala yang diciptakan Allah dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment