Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Saturday, October 18, 2014

halal kah arak kerana pelancongan?


Dahulu, kaum musyrikin tawaf disekeliling Kaabah, mereka bertawaf dalam keadaan bogel dan menyebut2 berhala mereka, setelah fathi Makkah, Nabi saw melarang musyrikin untuk melakukan tawaf dan haji. Maka ada sebahagian penduduk Makkah yg merasa berat ttg perkara ini, kata mereka: “kami mendapat untung daripada haji mereka, kerana mereka dtg dgn membawa manfaat dan mendapat keuntungan drpd org2 ini.
Sebagaimana kata sebahagian org di zaman kita, dgn tujuan perlancongan kita boleh mengharuskan sbhgian perkara haram atau boleh melonggarkan nilai2 murni dan syariat atas tujuan pelancongan.

Perkataan2 spt ini salah dan tertolak, bahkan Allah menolak perlancongan yg bersifat keagamaan  jika ia membawa keburukan kepada aqidah dan nilai2 murni,  firman Allah Taala:

يا أيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا وإن خفتم عيلة فسوف يغنيكم الله من فضله إن شاء إن الله عليم حكيم

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya  orang-orang musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah 28)

Juga spt apa yg Allah kata kn ttg arak dan judi:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. (al-baqarah)

Betul ada sbhgian manfaat perniagaan dan lain2, namun ini semua tidak ada nilainya dihadapan mudarat dan dosa yg lebih besar angkara arak dan judi.

No comments:

Post a Comment