Hidupkan Sunnah yang dilupakan oleh sebahagian besar para imam terawih!!
Baca penjelasannya di:
[Zikir Selepas Witir]
Ini merupakan antara sunnah yang dilupakan.
Membaca
عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ " كَانَ يُوتِرُ بِ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ , وَيَقُولُ بَعْدَ مَا يُسَلِّمُ : " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ " يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَهُ .
'Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat witir dengan membaca surah al-A'la, al-Kafirun, dan al-Ikhlas. Apabila selepas memberi salam, baginda membaca "Subhanal Malikil Quddus (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali. Baginda sallallahu 'alaihi wasallam meninggikan suaranya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1740]
Baginda juga akan memanjangkan bacaan itu pada lafaz kali yang ketiga sebagaimana dalam riwayat ini:
يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ
Baginda memanjangkan suaranya pada lafaz kali ketiga dan menguatkannya. [Sunan an-Nasaieal-Sughra, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, hadis no: 1743]
No comments:
Post a Comment