Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Monday, October 20, 2014

Pemimpin baik tak kempen perkara merosakkan



1:00PM Oct 17, 2014
Pemimpin yang baik tanpa mengira latar belakang agamanya akan menjauhi kempen ke arah perkara yang merosakkan dan merbahaya kepada rakyatnya, kata bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Menulis dalan laman sosial Facebooknya, tokoh akademik itu mengambil contoh arak dan rokok sebagai dua perkara merosakkan tersebut.

"Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok, sebaliknya kejujuran akan mendesaknya memberitahu atau mengakui bahaya rokok kepada rakyatnya.

"Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya. Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak," kata Dr Mohd Asri.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Dr Mohd Asri kedengaran berang dengan "pemimpin politik negara yang berkempen kepada arak".

"Kerajaan UK terpaksa berbelanja jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arak terhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.

"Bagaimana mungkin ada pemimpin politik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak? Atas budaya dan logik kebaikan untuk rakyat?" tulis Dr Mohd Asri.

Demokrasi tanpa faham tujuan

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk 
sekumpulan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilapor menghadiri pesta arak Oktoberfest di ibu kota baru-baru ini.

Sebelum itu, Dewan Ulama PAS membantah sekeras-kerasnya penganjuran pesta itu dan mengambil tindakan kepada pihak penganjur.

Menurut Asri, pemimpin politik perlu faham bahawa ruang demokrasi tidak perlu disalahguna untuk perkara yang merosakkan.

"Walaupun Islam akur hak bukan Muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.

"Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasi tanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi.

"Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk," tegasnya.

·          


teks asal dlm fb

PESTA ARAK
Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok, sebaliknya kejujuran akan mendesakkannya memberitahu ataupun mengakui bahaya rokok kepada rakyatnya. 
Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya. Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak. Kerajaan UK terpaksa membelanja jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arak terhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.
Bagaimana mungkin ada pemimpin politik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak?!! Atas apa budaya dan lojik kebaikan untuk rakyat?!!
Walaupun Islam akur hak bukan muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.
Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasi tanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi. Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk


comment2  dlm malaysia kini

Lee Seow Meng
Saya cuba untuk tidak beri komen berasaskan agama. Cuba kita fikirkan, sudah berapa banyak kematian akibat pengambilan alkohol berlebihan? Berapa banyak mangsa dibunuh oleh pemabuk di jalan raya? Berapa banyak rumahtangga rosak akibat alkohol? Berapa banyak anak bini dipukul oleh suami yang mabuk teruk? Anda pasti akan sokong pengharaman alkohol kalau anda atau keluarga anda pernah menjadi mangsa akibat pengambilan benda ini.

Jadi, perlukah kita mempromosikan arak melalui apa saja pesta? Tak kiralah Oktoberfest atau Novemberfest, buat apa nak pesta macam ni? Supaya orang ramai minum lebih banyak arak ke? Yang dapat faedah hanyalah syarikat arak. Yang masyarakat dapat hanyalah kaki mabuk yang berpotensi menjadi pembunuh atas jalan raya, atau mengamuk di mana-mana.

Pemimpin yang menyertai pesta macam ni akan sampaikan mesej yang salah kepada orang muda, mereka akan beranggapan minum arak itu digalakkan. Anda mahu galakkan anak anda supaya minum sepuas-puas?

Lee Seow Meng
Bagaimana agaknya anda mahu PR mempertahankan hak orang bukan Islam? Apakah membenarkan bukan Islam minumarak di tempat terbuka sampai mabuk dan mengamuk? Apakah membiarkan kaki minum menjadi pembunuh di atas jalan raya? Apakah membiarkan kaki minum merosakkan rumah tangga? Inikah kononnya hak orang bukan Islam yang perlu dipertahankan?

Dan, minum arak itu hak orang bukan Islam, tapi tak bermakna kita bebas untuk minum sesuka hati. Itu salahguna hak kita namanya...


David Dass
Kepada semua pekomen, tiada agama yang mengajak atau menggalakan kita melakukan ataupun pengambilan yang boleh membawa memburukkan pada kesihatan diri. Dan sebagai pemimpin seharusnya tidak mengalakan kempen seperti begini.


Palingass Win
Orang kafir dan non muslim tidak pernah memaksa yg beragama islam utk serta dgn arak,sebaliknya negara ini yg di perintah oleh pemimpin islam membawa banyak pelabor asing yg berkaitan dengan arak,sepatutnya Dr bercakap terus kepada yg mengizinkan dan menghalalkan arak arak di jual di negara ini dan bukannya melapaskan marah kepada pemimpin dan rakyat yg terpaksa hidup menurut kebiasan sistem negara ini,para pemimpin negara hidup mewah dengan banda yg mereka katakan haram,apakah rakyat biasa yg memiliki kilang arak yg terbesar di Asia?



Saya faham dengan jelas sekali orang Islam tidak boleh minum arak, makan babi, makan ketam atau haiwan yg hidup di dua alam, dan sebagainya.

Hei, saya ada kawan melayu wei.
You baru hidup dengan orang cinakah? Tanya soalan-soalan yg tidak bijak wei.

Pertama, pesta bogel tuh saya tak tau dari agama mana.
Kalau awak tau tolong bagitau ya.
Dunia nih penuh dengan orang gila jadi saudara tak payah lah nak bersusah hati dengan org gila yg buat pesta seks tuh.

Agama saya tak suruh saya minum arak tapi juga tidak larang saya minum arak.

Judi dilarang oleh agama saya tapi bukannya semua org ikut ajaran agam mereka. Sama lah macam org islam yg judi -- ada orang baik ada org buruk, tak kena-mengena dengan agama bro.

Harap tuan faham isi maksub saya lepas nih.


MA Ishak
Tidak ada kempen yg menyatakan keburukan minum arak dibuat macam kempen anti merokok dan bebas asap rokok. Ambil 5% cukai jualan arak guna untu kempen cegah minum minuman keras. Guna non muslim untuk kempen tersebut barulah ia tidak dipandang dari sudut 


Robert Dylan Liu
Penduduk Malaysia yang beragama Islam dah hampir mencecah 70% daripada keseluruhan 28 juta pendudukMalaysia .. Ataupun hampir 20 juta orang ..... 20,000,000 ... Kalau majoriti penduduk berpendapat sesuatu perkara ITU tidak elok, tidak betul, tidak disukai ... Yang minoriti ITU biarlah dengar ... Lagipun apalah yang mahu diAgung agung pasal OctoberFest .. Kalau mahu minum . carilah Cafe kah .. Pub kah .. Atau di rumah saja .... Sudahlah minum arak ITU tak elok (kerna arak ITU memabukan manusia) .. Janganlah menunjuk nunjuk .. Pandai pandai lah Jaga perasaan 

No comments:

Post a Comment