Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Sunday, December 26, 2010

Bertenang ketika di Tenang

(Mingguan Malaysia 26 Disember 2010)

Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diketahui. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pada pengamatan saya, pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan.

PAS dilihat tidak mempunyai masalah untuk menentukan calon. Mereka akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan, tanpa ada undi protes. Inilah kelebihan PAS yang turut diakui oleh Karpal Singh dan parti lawan. Ahlinya setia dan istiqamah. Jarang kedengaran wakil rakyatnya melompat parti berbanding parti-parti politik yang lain. Terus terang, antara PAS dan UMNO, ahli-ahli PAS dilihat lebih komited dan bersatu. Walaupun bilangan ahlinya tidak seramai UMNO, kuantiti bukanlah penentu ukuran kejayaan, tetapi adalah kualitinya.

Seringkali apabila berlaku pilihan raya, penentuan calon adalah sesuatu perkara yang amat sukar bagi parti lain sebab masing-masing mahu jadi calon. Ada yang sudah mula melobi apabila mendengar sahaja DUN atau Parlimen akan dikosongkan, sama ada disebabkan oleh kematian atau meletak jawatan. Kadangkala kita lihat ketika wakil rakyat itu sedang sakit atau nazak, lobi-melobi sudah bermula. Semua mahu jadi wakil rakyat kerana di situ ada kuasa. Kuasa boleh mendapatkan banyak perkara, terutama tiga ta, wanita, takhta dan harta.

Lebih malang lagi, calon yang tidak terpilih biasanya akan memberontak, sama ada tidak turun mengundi, atau mengundi parti lain atau mungkin juga mempengaruhi pengikut-pengikutnya melakukan tindakan yang sama. Akibatnya, undi pecah. Jika menangpun, majoritinya tidak banyak. Tidak mustahil juga akan kalah. Budaya sebegini amat tidak sihat dan perlu dibenteras dalam program transformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri.

Dahulu, orang takut menjadi pemimpin, sebab mereka tahu bahawa memimpin itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal oleh Allah Swt. Sebagai respon, rakyat selalu mendoakan pemimpin atau wakil rakyat mereka supaya sentiasa sihat dan panjang umur. Kini, keadaan mula berubah. Semua berlumba-lumba mahu jadi pemimpin, tanpa mengira kelayakan, bakat dan kebolehan. Golongan cerdik pandai sukar untuk mendapat tempat kerana telah dicantas sejak awal-awal lagi.

Mungkin ada benarnya kata-kata, rakyat hari ini mula mendoakan wakil rakyatnya cepat mati, kerana dengan kematian itu akan berlaku pilihan raya kecil dan hajat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat mungkin tercapai. Bagi rakyat marhaen pula, lain pula keseronokannya, kerana mendapat berbagai peruntukan seperti jalan raya dan rumah baharu. Pendek kata, dengan adanya pilihan raya, lanskap atau keadaan sesuatu kawasan berubah serta-merta. Tidak kira sama ada kawasan tersebut di bawah BN atau PR.

Inilah budaya pemikiran pandir atau politik pandir yang masih berlaku dalam budaya politik negara kita seperti yang diungkapkan oleh Syed Hussin Al-attas. Perkara sebegini jarang berlaku di negara maju. Mereka yang ingin menjadi pemimpin, mesti membuktikan bahawa mereka benar-benar boleh memimpin. Jika tidak, mereka mereka akan ditinggalkan dalam arus perdana.

Justeru, kita lihat pemimpin negara maju mengamalkan sikap begitu mulia, jika terpilih jadi pemimpin, Alhamdulillah. Tidak terpilih, bersangka baik dan tidak khianat. Malah, terus berusaha memperkasakan parti demi untuk agama, bangsa dan negara. Itulah bahasa yang mudah diungkapkan, walaupun semua negara maju adalah bukan negara Islam. Tetapi nilai-nilai Islam dapat dilihat di sana. Nilai-nilai inilah yang menjadikan mereka cepat maju. Berbanding dengan negara-negara Islam yang masih ketinggalan. Nama saja Islam, akhlak entah ke mana, hidup penuh khianat, tipu daya dan pura-pura. Pahit juga untuk membuat generalisasi sedemikian, tetapi itulah hakikatnya.

Senario yang disebutkan perlu menjadi ingatan kepada kita dalam menikmati suasana tenang di DUN Tenang dalam sebuah negara yang tenang. UMNO (BN) tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan sebelum ini kerana Pakatan Rakyat (PR) juga mempunyai keyakinan yang sama, apatah lagi setelah berakhir konvensyen mereka baru-baru ini. Ternyata parti ultra kiasu telah mengubah strateginya. Kalau dahulu, mereka begitu elergi dengan negara Islam PAS, kali ini rentaknya sudah berubah, mereka mahukan penyelesaian. Apakah konsep negara Islam PAS akan diterima?

Menurut Profesor Aziz Bari, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam, seperti program-program ekonomi termasuk langkah-langkah untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sebagainya. Aziz berkata, apa yang penting setiap rakyat harus mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia menjaga kepentingan setiap rakyat.

Saranan Aziz Bari bukan mudah untuk dipersetujui oleh PAS kerana Presiden PAS sudah memberikan respon bahawa PAS perlukan masa untuk menjelaskan kepada DAP tentang konsep negara Islam. Saranan saya, PAS tidak perlu jelaskan kepada DAP, kerana DAP tidak pernah akan bersetuju. Lebih baik PAS duduk bersendirian daripada bersubahat dengan kemungkaran dalam Pakatan Rakyat.

Saya juga ingin sangat mendapatkan komen Pas mengenai gambar Lim Kit Siang mengangkat dan memegang tangan Presiden PKR Wan Azizah di atas pentas ketika konvensyen PR baru-baru ini yang siarkan dalam Malaysianinsider. Malangnya gambar tersebut tiba-tiba hilang apabila saya ingin cetak kerana telah dikeluarkan. Inilah kegusaran PAS dan mungkin juga PKR, apabila berdepan dengan parti ultra kiasu yang bersifat sekular ini. Mereka tidak kenal halal haram, walaupun mereka mendakwa mahu mengikut pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Jangan pula tanya saya, UMNO pun sama juga? Bukankah selama ini PAS menuduh UMNO tidak Islamik? Jadi, jika ada perkara yang melanggari batas, jawapannya wajar. Jika PAS benar-benar ikhlas dengan perjuangan, tidakkah wajar PAS mengkoreksikannya, daripada terus menuduh UMNO semuanya tidak betul. PAS juga wajar diperbetulkan oleh UMNO, kerana dilihat ‘dipergunakan’.

Perkembangan PAS mutakhir ini begitu menarik perhatian. Sedikit demi sedikit PAS mula berubah mengikut peredaran masa, walaupun mungkin terpaksa ‘menggadaikan prinsip’. Namun, PAS berada dalam keadaan yang sukar dalam pilihan kecil ini. Jika PAS mahukan ‘silent’kan isu negara Islam, sudah tentu ia akan mendapat tentangan daripada ahli-ahli partinya. PAS, negara Islam dan hudud sudah sinonim. Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, itu bukan bermakna beliau menerima isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan PAS-DAP.

Kedua-dua parti ini mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum. Namun, tindak-tanduk mereka tidak sedemikian. PAS tetap akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, begitu juga dengan DAP di kawasan majoriti Cina. Jika mereka benar-benar parti untuk semua kaum, bertandinglah di kawasan yang sebaliknya. Apapun, DAP tetap parti dominasi Cina, begitu juga dominasi Melayu dalam PAS.

Sesiapapun yang mengkaji politik Malaysia mengetahui, memang senario politik Malaysia adalah bersifat perkauman. Mahu tidak mahu, UMNO perlu wujud. UMNO perlu mewakili majoriti orang Melayu kerana semua etnik telah diwakili melalui penubuhan parti-parti politik etnik masing-masing. Malangnya parti etnik Melayu hanya diwakili oleh UMNO satu sahaja. Sedangkan bukan Melayu diwakili oleh begitu banyak parti-parti etnik bangsa dan suku-sukunya dalam BN. Begitu juga dengan isu agama, Islam yang dibawa UMNO terpaksa menghadapi paling kurang lima agama yang diwakili oleh parti-parti tersebut. Bagaimanakah UMNO hendak menghadapinya semua tuntutan ini, jika Islam yang diwakilinya tidak begitu kuat atau banyak bilangannya?

Selama ini UMNO berseorangan menghadapi mereka semua. Itu yang menyebabkan kadang kala keputusan UMNO ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapak, terutama selepas PRU 2008. Ada kalanya UMNO terpaksa ‘menggadaikan prinsip’ disebabkan oleh tuntutan dan desakan luar teramat kuat. Pada saya, di saat-saat ini PAS perlu tampil menghulurkan bantuan. Bukan seronok melihat UMNO hancur.

Percayalah, jika UMNO hancur, Melayu akan hancur. Tidak semua Melayu UMNO akan menyokong PAS sekiranya UMNO hancur. Walaupun PAS mungkin boleh mendabik dada dengan mengatakan bahawa PAS adalah parti altenatif orang Melayu, selepas melihat UMNO hancur.

Sejarah membuktikan bahawa percubaan untuk menubuhkan parti pelbagai kaum telah gagal seperti yang cuba dilakukan oleh Dato Onn Jaafar melalui Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 1951, setelah kecewa dengan UMNO. Walaupun Parti Negara yang ditubuh selepas itu tidak membuka keahlian kepada bukan Melayu, tetapi tidak mendapat sambutan, kerana orang Melayu sudah ada altenatif iaitu UMNO.

Pendek kata, politik Malaysia sudah sebati dengan perkauman. Politik, ekonomi, pendidikan dan sosial semuanya perkauman. UMNO boleh berbeza pendapat dengan PAS. Begitulah sebaliknya. Tetapi janganlah sampai perbezaan tersebut sehingga boleh menimbulkan konflik yang berpanjangan. Tidak perlulah mengeluarkan kata-kata hancurlah UMNO atau hancurlah PAS. Bertandinglah secara profesional tanpa mengecam dan mengumpat. Elok kita bertenang sedikit ketika berada dalam suasana Tenang.

Janganlah dicemari dengan insiden-insiden politik pandir yang saya sebutkan tadi. Apatah lagi jika mesej Islam yang diperjuangkan oleh parti yang bertanding. Kalimah ‘Islam’ itu membawa makna yang begitu besar apabila Ia digunakan dan tidak boleh sama sekali dipermainkan.

Penggunaan kalimah Islam sepatutnya melembutkan hati-hati kita, bukan menjadikan kita semakin ego. Sudahkah kita lupa adab-adab berbeza pendapat atau adabul ikhtilaf. Berbeza pendapat dibenarkan selagi tidak putus persaudaraan, apatah lagi sehingga berpecah-belah. Jika Rasulullah SAW hidup ke saat ini dan melihat keadaan umatnya, Baginda pasti akan menitiskan air mata. HatiNya mungkin terasa hiba melihat betapa negara-negara Islam begitu ketinggalan berbanding negara-negara Barat. Kehibaan ini bukan disebabkan oleh keadaan umat Islam ketinggalan, tetapi yang membuat hati Nabi Muhammad begitu terluka, adalah ketika umat Baginda saling membenci dan bermusuhan antara satu sama lain. Umatnya begitu bodoh sehingga boleh dipergunakan. Inilah punca mereka ketinggalan.

ridhuan tee..

Wednesday, December 15, 2010

أديب الفقهاء و فقيه الادباء


Kata Ali Tantawi (أديب الفقهاء و فقيه الادباء):

"Sifat panjang angan-angan sememangnya tertanam di dalam diri manusia. Oleh itu, walaupun kematian adalah perkara yang paling hampir kepada pancaindera kita, tetapi ia merupakan perkara yang paling jauh daripada pemikiran kita.

Setiap hari kita melihat gerombolan yang membawa keranda melalui rumah kita, tetapi kita tetap merasa bahawa kita akan kekal. Setiap hari kita mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, tetapi kita masih berbicara tentang dunia. Kita sentiasa melihat tanah-tanah perkuburan memenuhi pelusuk dunia, tetapi kita tidak pernah berfikir bahawa suatu hari kita akan menjadi salah seorang penghuninya.

ASTAGHFIRULLAH.

Tanah perkuburan itu akan menjadi kediaman tubuh badan kita. Adakah kita mengetahui apakah sebenarnya tubuh badan kita? Kita melihat seorang memakai pakaian dan akan menanggalkannya jika kotor. Kita juga melihat apabila seorang kanak2 dilahirkan, maka ia akan meninggalkan dan keluar daripada urinya. Kita juga melihat seseorang meninggal dunia lalu ruhnya berpisah daripada jasadnya. Jasad hanyalah pakaian yang boleh dipakai dan ditanggalkan. Dan jasad itulah juga yang diletakkan di dalam tanah.

Manusia sentasa melupakan kematian.

Tetapi orang mukmin sentiasa mengingatinya dan sentiasa bersiap sedia untuk mengahadapinya. Dia bersiap sedia dengan melakukan taubat, istighfar dan mengembalikan semua hak orang lain yang ada padanya. Setiap pagi dan petang dia sentiasa memuhasabah diri. Dia bersyukur kepada Allah jika diberikan taufiq untuk melakukan kebaikan. Dia beristighfar meminta ampun jika melakukan kejahatan. Dia mengingati akhirat. Dia takut untuk menghadapi hari yang membolak-balikkan muka dan membeliakkan pandangan manusia. Dia bimbangkan azab yang akan berlaku selepas kematian. Dia mengharapkan pahala dan balasan baik selepas kematian. Dia menjadikan sifat sabar dan solat sebagai penolong.

Dia melakukan kebaikan kerana mengharapkan keredhaan Allah dan apa yang ada di sisi-Nya".

(Ta'rif 'Aam bi al-Din al-Islam, syeikh Ali Tantawi)

Sunday, December 12, 2010

Di mana salahnya ketuanan Melayu?


Mingguan Malaysia, 12 Disember 2010

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba. Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.

Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.

Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam Umno, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam Umno, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik.

Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku - patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain.

Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba.

Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan.

Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang Umno mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar Umno semakin terbuka. Umno ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya.

Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan Rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah.

Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pulak ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah Maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah Maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam perlembagaan.

Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Kepada mereka yang faham sejarah, istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang masih mengekalkan raja.

Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800an dan 1900an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta. Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontroversi, langsung tidak menggugat kedudukan bangsa bangsa-bangsa lain. Mereka juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa istilah Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu istilah yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.

Tidak ada negara dalam dunia seperti negara kita yang begitu bertolak ansur sehingga mereka langsung tidak diasimilasikan. Ketika Perdana Menteri berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional minggu lalu, pemimpin MCA langsung tidak senyum atau memberikan reaksi di atas cuitan ucapan PM, apabila PM berlawak jenaka bahawa orang Melayu tidak pernah mengasimilasikan orang bukan Melayu sehingga nama ditukar dari Soi Lek kepada Salleh. Begitulah hakikat toleransi yang tidak ada tolok bandingnya.

Islam meraikan “ketuanan” bangsa-bangsa tertentu berasaskan kepada faktor sejarah dan sebagainya. Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda tidak menghapuskan identiti kaum Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj. Mereka diberi peluang terlibat sama dalam kepimpinan politik bernegara. Begitu juga setelah berlaku pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah), Rasulullah tidak mengambilalih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Mekah walaupun Islam menguasai ketika itu.

Selesai pembukaan Kota Mekah, Baginda sendiri mengisytiharkan sesiapa yang tinggal di dalam rumah masing-masing tidak akan dicederakan. Walaupun Baginda pernah diusir daripada Mekah, tetapi Baginda tetap meraikan tanah asal usul sesuatu bangsa dan pulang ke Madinah. Mekah tetap dipulangkan kepada bangsa Quraisy di bawah pemerintahan Islam.

Hujah ini menunjukkan bahawa mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di bumi mereka sendiri adalah fitrah manusia itu sendiri yang dijadikan oleh Allah SWT. Tanyalah bangsa-bangsa yang ada di negara kita ini, siapakah yang bongkak mempertahankan identiti dan dengan ketamadunannya? Tepuk dada tanyalah MCA, DAP dan Gerakan serta sekutunya.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat: “Wahai Rasulullah…adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri”. Baginda menjawab: “Tidak!...akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman” (riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah). Jelas di sini, Islam tidak menolak mempertahankan ketuanan bangsa selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Terdapat banyak hadis sahih berkaitan ‘ketuanan sesuatu bangsa’. Antaranya yang berbunyi:

“Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). Hadis lain menjelaskan, “Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! - Baginda menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya.” (riwayat al-Baihaqi). Rasulullah mempertahankan ketuanan Quraisy, selagi Quraisy berada dalam kepemimpinan Islam.

Menurut Ibn Khaldun (2006: 199-208), bangsa Quraisy dimuliakan kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa terutama dalam hal ehwal politik dan kenegaraan, selain daripada keturunan Nabi. Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil akan terjadi peperangan sesama umat Islam yang tidak berkesudahan. Golongan Quraisy akan terus dipilih selagi mana asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipertahankan. Para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

Desakan menolak istilah ini adalah perancangan halus untuk menyamakan semua agama, setelah berjaya menolak dominasi identiti kaum majoriti. Hari ini, saya tidak berapa nampak identiti Melayu mendominasikan upacara rasmi melainkan hanya bacaan doa. Itupun dipertikaikan juga disebabkan sikap ultra kiasu yang melampau.

Kesimpulannya, istilah ketuanan Melayu, tidak perlu dipertikaikan selagi mana matlamat perjuangan kebangsaan tersebut adalah untuk menegakkan Islam. Kepincangan dalam mempertahankan ketuanan Melayu oleh Umno misalnya, tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ketuanan Melayu tanpa memahami sejarah bumi bertuah ini. Jika Umno yang bersalah sehingga menjadikan ketuanan Melayu seolah-olah ketuanan Umno, yang bersalah adalah Umno dan bukannya identiti ketuanan bangsa Melayu itu di buminya sendiri termasuk mereka yang berada di dalam Pas dan PKR. Justeru, janganlah dilihat bahawa mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan ketuanan Umno kerana ulamak terdahulu turut mempertahankan Melayu dan Islam walaupun ketika itu Umno masih belum wujud.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Monday, December 6, 2010

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM


Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.


Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

khabar dari malaysia....


ada 1 cerita ni..tak tau betul, tepat atau salah..
..tapi ada kemungkinan betul...dan ada kemungkinan salah...

kawan saya kata...
kat Jerantut..pahang..dia balik malaysia baru2 nie...
dia mula bercerita..

"kat jerantut, orang melayu tak boleh niaga la"..
"sebab cina kat sana kuat"
" ada kedai melayu buka kat sana, tapi tak boleh tahan lama..huhuhu lingkup"
"orang cina nie, dia turun harga kat kedai/pasraya dia, dia tak untung dalam 3 bulan pun tak apa, tapi lepas 3 bulan kedai melayu tu tutup..."
tak ada org datang...

"konon nya mydin nak buka kat sana..tapi tak dapat..."
"pesatuan dia tak bagi kot"....

"ada orang melayu meniaga, tapi sikit dan tak cukup"
huhuhuhu

"orang melayu pun satu hal..tak nak tolong sama bangsa dia...sama akidah dia..nak murah je..ye la mungkin mula2 mahal skit, jauh skit...susah skit...tapi bila dah stabil bangsa n agama juga naik.."

"perkara nie mungkin nampak kecik... tapi ia merupakan jihad ekonomi bagi umat Islam...bangsa2 yang kuat seperti yahudi pun guna strategi macam nie...org yahudi kalau nk beli barang yang simple dan kecik pun, kalu ada kedai bangsa dia yang jauh skit, takpa... dia pergi..walaupun mahal skit...tapi sekarang kita tengok kat dunia antarabangsa...sapa tak kenal Tesco..dan lain2 ....bersepah2...

ni bukan asabiah yang dilarang agama, bahkan ia merupakan tuntutan agama...

dalam satu hadith qabilah 'asya'ariyyin dipuji oleh Rasullah saw..Nabi kata "aku bersama mereka dan mereka bersama aku"..puak ini apabila mereka terputus bekalan makanan, mereka kumpulkan semua makanan dari semua kaum mereka, lalu dihimpunkan dan diagihkan sama rata...maka Nabi puji sikap tolong-menolong mereka ini...

tapi ni tak bermaksud kita tak boleh beli barang org cina atau bangsa lain, mana mungkin dan tak logik... cuma dalam priority kita utamakan bangsa dan yang seagama kita... kalau tak ada, apa boleh buat...tapi kalu ada kita mesti membantu...

setiap pembelian kita adalah amal ibadat yang akan memberatkan timbangan kita....dan semoga dosa2 kita terhapus atas amal soleh yg dilakukan.....

Sunday, December 5, 2010

Dipergunakan atau langsung tidak berguna



Minggu lalu laman web Malaysianinsider menyerang saya melalui tajuk berita “Chinese MPs slam Ridhuan Tee’s publicity stunt”. Wartawan web ini meminta pendapat ahli-ahli parlimen ultra kiasu DAP, tidak ketinggalan Ketua Pemuda MCA. Saya dituduh menggunakan identiti Cina untuk menyerang saudara sebangsa saya. Jahat sekali tuduhan biadab ini. Namun, saya tidak hairan dengan tuduhan emosi wanita andartu yang masih belum ‘berkahwin’ itu dan juga sekutunya.

Mereka mungkin mendapat maklumat melalui pelajar-pelajar yang mengikuti Seminar Pemimpin Muda di parlimen baru-baru ini. Dalam forum tersebut, saya mengatakan segelintir golongan ultra kiasu akan menjadi penghalang kepada program tranformasi kerajaan, jika mereka dibiarkan berleluasa. Hujah saya, golongan ini tidak pernah puas dan sentiasa mempertikaikan perkara-perkara sensitif, seperti perkara 3(1), 152, 153 dan sebagainya. Semua yang dilakukan oleh kerajaan salah. Mereka sahaja yang betul. Mereka yang saya maksudkan adalah DAP.

Mereka menuduh saya dipergunakan. Kadang kala, fikir punya fikir, elok juga dipergunakan, sekurang-kurangnya kita dapat merasakan diri kita berguna. Daripada tidak dipergunakan, menunjukkan diri kita langsung tidak berguna. Mungkin ahli parlimen tersebut merasai sedemikian. Apapun, saya tidak begitu bodoh untuk dipergunakan oleh orang Melayu, apatah lagi UMNO.

Saya boleh menyertai UMNO jika saya mahu, sebab saya adalah Melayu dari segi perlembagaan, perkara 160 (2), tetapi saya tetap Cina dari segi penciptaan oleh Allah Yang Maha Kuasa. Saya lebih memilih memberikan pandangan akademik daripada berpolitik. Saya menjunjung surah al Hujurat ayat 13 mengenai kejadian berbilang bangsa oleh Allah untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Yang paling mulia di kalangan kita adalah orang yang bertakwa, bukan bangsa atau keturunannya. Allah tidak akan tanya kita di akhirat nanti, apa bangsa kita. Tetapi yang akan ditanya, siapa Tuhan kamu, siapa Nabi kamu dan apa agama kamu. Persoalan bangsa sudah tidak wujud apabila berhadapan dengan Rabbul Jalil.

Mesej saya jelas, hanya menyeru orang Melayu Islam bersatu, sebagaimana bangsa saya bersatu atas nama bangsa. Saya tidak menyeru Melayu bersatu atas nama Melayu. Bodohlah saya, kerana saya adalah orang Cina. Tetapi saya menyeru bersatu atas nama Islam kerana Melayu beragama Islam. Apabila Islam berada di atas, semua boleh duduk sekali, tidak kira Melayu, Cina, India mahupun bumiputera Sabah dan Sarawak atau mungkin juga makhluk lain. Kerana semuanya diciptakan Allah SWT. Saya tidak mahu umat Islam berpecah-pecah sehingga ultra kiasu atau DAP menangguk ikan di air yang keruh atau menahan lukah di pergentingan.

Saya cuma mengajak kita supaya bersyukur dan menegur pihak-pihak tertentu dengan berhikmah, bukannya cara kurang ajar seperti yang dilakukan oleh laman web dan ahli parlimen tersebut. Mereka sahaja boleh memberikan pandangan, manakala saya tidak boleh. Apa lebihnya ahli parlimen tersebut dan apa kurangnya saya? Saya bercakap berasaskan fakta, mereka bercakap berasaskan khabar angin yang dilaporkan oleh tali barutnya di IPTA. Apa yang dilaporkan belum tentu benar kerana datang dari mulut orang lain. Bila saya merujuk DAP sebagai ultra kiasu, maka mereka mengatakan saya merujuk kepada semua orang Cina. Kenapa perlu menanamkan kebencian ini?

Tidak perlulah ajar saya tentang perkara 8 perlembagaan persekutuan. Saya memang mengajar subjek Politik Malaysia dan Hubungan Etnik di universiti. Maaf cakap, saya lebih memahami sejarah Tanah Melayu berbanding ahli parlimen tersebut. Dengan kefahaman inilah saya menjadikan kurang kiasu. Cuma, saya harap ahli parlimen tersebut membuat kajian sama, jangan asyik-asyik dengan Perkara 8 setelah tidak dapat berhujah. Adakah ahli parlimen tersebut pernah membuat kajian perkara-perkara utama yang mendasari perlembagaan? Atau hanya mendengar sumber berita dari orang lain. Selepas itu mengambil peluang untuk menghentam orang sana sini. Mengkritik boleh, tetapi perlulah beradab.

Jika tidak tahu adab, belajar dan bergaullah dengan orang Melayu dengan lebih lama. Kenali hati budi mereka. Orang Melayu, bangsa yang saya kenali amat lembut dan beradab sopan. Namun, jangan ambil kesempatan atas ‘kelemahan’ tersebut. Nilai-nilai Islam telah menyantuni mereka. Itulah yang menjadi mereka dapat memberi dan menerima, sehingga terlalu banyak memberi, sedikit sahaja yang diterima, tetapi mereka tetap menerima. Ditakdirkan Melayu masih tidak Islam sehingga ke hari ini, bagaimanakah kedudukan kita hari ini?

Kenapa kita perlu mengungkit perkara sensitif tersebut. Sedangkan kewujudannya tidak sama sekali menggugat kedudukan kita. Apakah dengan adanya perkara 3 (1), 152, 153, dan sebagainya menjadikan kita miskin dan papa kedana? Apakah istilah atau laungan ketuanan Melayu telah melahirkan begitu ramai hamba di kalangan kita? Tidak juga. Ringkasnya, sama ada ketuanan Melayu wujud atau tidak, keadaan tidak banyak berubah. Yang kaya bertambah ramai, yang miskin terus merubah hidup. Tidak ada apa yang menghalang. Jadi, di manakah isu sebenarnya kalau bukan mencari publisiti murahan?

Apa yang saya tekankan adalah jika asimilasi bangsa telah gagal, maka sekurang-kurangnya kita perlu ‘mengasimilasikan’ dasar-dasar kerajaan dan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama. Kenapa setelah 53 tahun merdeka perkara-perkara asas ini tidak diambil pusing, malah semakin ultra? Masih ada di kalangan kita, malah ramai, yang tidak boleh/tahu berbahasa kebangsaan. Mereka berhujah bahasa kebangsaan bukan ukuran patriotisme. Persoalan saya, jika perkara sebesar ini, yang menentukan hidup atau matinya identiti sesebuah negara, pun kita tidak mahu ambil kisah, bagaimana dengan perkara besar yang lain. Kenapa kita begitu elergik dengan identiti Melayu yang telah diterima dan sepatutnya menjadi tunggak negara ini? Tidakkah wajar mereka mendapat pengiktirafan di buminya sendiri? Kenapa perlu memandang rendah terhadap mereka dan identitinya? Tidakkah kita perlu lebih memahami mereka daripada orang lain yang di luar sana?

Bayangkan jika dahulu, ketika penghijrahan berlaku, orang Melayu menggunakan kekerasan, memaksa kita mengasimilasikan diri kita menjadi Melayu, sudah tentu hari ini kita sudah menjadi minoriti di Thailand, Indonesia dan Filipina, yang langsung tidak mempunyai identiti bangsa sendiri melainkan telah diserapkan ke dalam identiti majoriti. Berlainan sekali dengan negara tercinta ini. Kita tidak ada beza langsung dengan negara asal kita dalam apa jua aspek sekalipun, melainkan berlainan negara dan perlembagaan sahaja. Inilah ‘asimilasi’ perlembagaan yang saya cadangkan tetapi sengaja disalahfahamkan.

Malangnya, kita bukan sahaja menolak ‘asimilasi’ tersebut, malah secara sengaja membangkitkan isu-isu sensitif, malah terus menuntut supaya sekolah, universiti, bandar, akhbar, televisyen, radio, nama jalan, nama lebuhraya dan lain-lain lagi berasaskan identiti bangsa supaya diperbanyakkan. Sekiranya dibenarkan, sudah tentu ia akan menenggelamkan identiti penduduk pribumi. Tindakan sebegini akan mengundang perasaaan tidak puas hati.

Hari inipun kita sudah lihat hasilnya, kita tidak langsung berbahasa kebangsaan sesama kita, apatah lagi di rumah. Pendek kata, kadangkala satu patah perkataan bahasa Melayupun tidak dipertuturkan. Mungkin berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Kita seolah-olah hidup tanpa berperlembagaan. Patriotikkah kita jika perkara asas langsung tidak dipedulikan? Itu belum bercakap perkara-perkara yang lain. Tidakkah kita bersimpatilah dengan identiti bumiputera Sabah dan Sarawak selaku pribumi yang identiti bangsanya tidak begitu menonjol berbanding kita. Cuba bandingkan penguasaan bahasa kebangsaan mereka dengan kita!

Apa yang saya lihat pada hari ini, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan peruntukan perlembagaan pada teorinya sahaja. Realiti dan perlaksanaannya, tidak banyak kelihatan atau lebih kepada ilusi. Mereka hidup serba sederhana, bukan tidak ada yang kaya, tetapi lebih sibuk untuk mengahwini artis. Pendek kata, di tanah Melayu, identiti Melayu tidak mendominasi. Tidak ada sekolah Melayu atau universiti Melayu. Jika adapun contoh yang selalu dihujahkan ultra kiasu adalah UiTM dan sekolah agama. Itupun tidak banyak membantu, kerana graduan ini mungkin hanya popular dalam sektor kerajaan tetapi tidak sektor swasta. Sektor swasta yang dikuasai bukan Melayu, mereka lebih berminat dengan graduan-graduan universiti tertentu sahaja.

Apapun berlaku, bukan Melayu tidak rugi kerana mereka sudah pergi jauh meninggalkan orang Melayu, terutama dalam aspek ekonomi dan penguasaan kekayaan. Inilah faktor utama yang menyebabkan orang boleh menguasai dunia. Yang rugi orang Melayu, sudahlah ketinggalan serba serbi, asyik bergaduh dan berpecah tidak habis-habis. Mungkinkah sehingga kucing bertanduk?

Saya yakin, apabila artikel ini disiarkan, saya akan dituduhkan merosak program kerajaan seperti gagasan 1Malaysia dan program tranformasi. Kenapa kita katakan bahawa kewujudan puak ultra kiasu DAP ini juga menimbulkan masalah program kerajaan kerana selalu menimbulkan rasa tidak puas yang boleh menggugat ketenteraman? Orang Cina tidak perlu risau dengan setiap penulisan saya dalam Mingguan Malaysia. Saya tidak bahaya, apatah lagi membahayakan bangsa saya sendiri. Jika ada orang Cina yang dianiayai oleh bangsa lain, saya akan tampil membela.

Selama inipun, saya sanggup turun naik ke pejabat kerajaan membantu bangsa saya yang tidak bernasib baik. Saya tidak pernah ceritakan semua ini kerana dalam Islam, saya diajar supaya tidak ungkit kebaikan yang kita lakukan, nanti tidak dapat pahala. Tidak seperti ultra kiasu ini, setiap kebaikan yang dibuat, dicanangkan dan dipublisiti agar orang lain nampak dia buat kerja, sedangkan kerjanya tidak seberapa. Orang lain buat kerja juga, malah hasilnya besar, tetapi mengenangkan perintah agama supaya jangan riak, maka didiamkan sahaja, walaupun itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan political mileage. Fahamilah, kerana Islamlah orang Melayu bersifat sedemikian, justeru jangan lah diambil kesempatan. Gauli dan dekati mereka, barulah kita mengenai mereka sebenarnya.

http://ridhuantee.blogspot.com/

Sunday, November 28, 2010

youm....


hari ni hari pilihanraya egypt..
aku tak tahu apa2..
yang aku tahu...
hari ni cuti...

Thursday, November 25, 2010

di cairo...


lokasi: attaba
masa: beberapa hari sebelum pilihanraya Mesir.

syakhs la yu'raf: emta intikhabat ya sidiyy? sab'ah wa 'esyreen(27)?

masryy: ayywa..youmul had...takhab mein? sambil tersenyum...

syakhs la yu'raf: errm...ana... entakhab el-ahly...huhuhuhu

Monday, November 22, 2010

Berkorbanlah untuk bersatu




Ajakan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno agar Pas menyertai Barisan Nasional ditolak mentah-mentah oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas. Menurut Idris, Pas tidak memerlukan Umno, kerana Pas akan berusaha untuk memikat ahli-ahli Umno khususnya dan orang Melayu Islam untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. Setiausaha Agung PKR menyifatkan ajakan Umno itu sebagai hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sebelum inipun Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan meminta Umno supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada hemat saya, ini bukan soal hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong atau tidak. Ini berkaitan dengan masa depan umat Islam. Pas dan PKR janganlah terlalu yakin untuk mengambil Putrajaya. Jika ditakdir mereka berjaya, saya tidak fikir mereka mampu mendapat majoriti dua pertiga. Apatah lagi untuk menegakkan negara Islam. Paling hebatnya mereka hanya akan mendapat kelebihan beberapa kerusi. Senarionya mungkin lebih kurang sahaja seperti apa yang berlaku hari ini. Jika Umno kalah sekalipun, tidaklah sampai kehilangan semua kerusi. Apapun, kita tunggu dan lihat kekuatan masing-masing nanti.

Cuma, janganlah terlalu sombong dalam menilai kekuatan parti. Setiap parti ada kelebihan dan pengaruh masing-masing. Secara peribadi, saya mengenali kesemua tokoh ini tersebut. Kita bukan bercakap soal siapa menang atau siapa akan kalah dalam pilihan raya. Pilihan raya hanya alat untuk mendapatkan kuasa dan menjadi parti yang memerintah kerajaan. Siapa yang dipilih oleh rakyat, kita perlu menghormati keputusan tersebut. Apa yang lebih penting adalah masa depan agama, bangsa dan negara yang akan diwarisi oleh anak cucu cicit kita. Ke syurgakah mereka atau ke neraka ketika di bawah pemerintahan kita, itu yang lebih penting?

Apa guna menang pilihan raya jika maruah agama dan kampung tergadai. Pilihan raya bukanlah segala-galanya dalam kehidupan umat Islam. Di negara-negara maju, jatuh bangun sesebuah parti dalam pilihan raya adalah perkara biasa. Bezanya kita dengan mereka, kalah atau menang dalam pilihan raya, kedudukan agama dan bangsa mereka tidak terjejas, malah terus gagah dan bermaruah. Tetapi tidak kita pada hari ini, seolah-olah menang mahu jadi arang, kalah jadi abu.

Belumpun apa-apa kita sudah dapat rasakan bagaimana agama dan bangsa kita dipijak-pijak. Apakah ini yang kita mahu? Umno hanya mempelawa, kalau tidak setuju tidak mengapa. Tolaklah dengan cara baik. Tetapi jangan menyakitkan hati orang dengan kenyataan-kenyataan seperti kapal karamlah, hidung tak mancunglah dan sebagainya. Hebat sangatkah kita?

Secara peribadi saya amat kecewa dengan umat Islam hari ini. Tidakkah kita ini semuanya bersaudara tanpa mengira bangsa dan ideologi politik? Tidakkah kapal yang bocor dan hendak karam itu perlu diselamatkan demi survival umat Islam secara keseluruhan. Apakah kita tidak belajar daripada kejatuhan empayar-empayar Islam sebelum ini? Akibat dendam kesumat dan perbuatan menyakitkan hati sesama sendiri, kita terus berpecah tiada kesudahan, sehingga ke tahap sanggup menikam sesama sendiri.

Selaku Cina Muslim yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam soal bangsa Melayu, melainkan agama Islam, berbincanglah dahulu pelawaan Ahmad Maslan itu. Tidakkah Islam menganjurkan kita bermesyuarah. Sesuatu kejayaan bermula dengan langkah pertama. Mungkin selepas ini pertemuan boleh diaturkan dengan Perdana Menteri. Apakah formula dan konsep yang boleh dipersetujui bersama demi masa depan umat Islam? Apakah jawatan yang mungkin boleh ditawarkan kepada Pas. Jika tidakpun jawatan Perdana Menteri, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Pas terlalu yakin bahawa mereka akan diberikan jawatan penting apabila PR ditakdirkan memerintah nanti?

Jika itulah jawapannya, sudah tentu Pas akan diberikan jawatan penting di bawah kerajaan Pulau Pinang. Tetapi adakah ia berlaku? Di manakah kedudukan Pas setelah PR memerintah Pulau Pinang? Begitu juga kedudukan Pas, apabila PKR memerintah Selangor. Apakah mungkin akan diberikan jawatan menteri besar Selangor selepas PRU 13? Jauh panggang dari api. Dalam PKR hari ini pun masih berantakan untuk merebut jawatan parti. Tujuannya tidak lain, bila menang jawatan dalam parti, peluang untuk memegang jawatan tertinggi peringkat negeri dan negara adalah lebih besar. Sebab itu macam-macam perkara berlaku dalam parti pemilihan parti yang tidak perlu disebut lagi.

Saya boleh bersetuju dengan kata-kata Idris Ahmad bahawa ada pemimpin Umno yang cuba menggelapkan berita kebaikan Pas dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah. Perkara ini turut ditegur oleh Sultan Kedah. Adalah suatu yang silap jika Umno mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah mereka yang berjawatan. Sepatutnya kita bertolong-tolongan sesama kita tanpa mengira latar belakang. Jangan mangsakan rakyat disebabkan mereka memilih Pas. Hormati keputusan rakyat buat masa ini. Jika Umno mahu bertahan dalam PRU 13, Umno mesti berlaku adil dan menghulurkan bantuan kepada semua termasuk negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Umno perlu menunjukkan bahawa ia adalah parti untuk rakyat, bukan hanya untuk pengikutnya sahaja seperti yang selalu disebut Perdana Menteri.

Jika ada masalah timbul atau perkara yang tidak dipersetujui antara parti, eloklah diselesaikan secara berhemah. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, tetapi tidak perlulah sehingga menyakiti hati orang lain. Elok juga diteliti cadangan beberapa sahabat sebagai langkah pertama ke arah penyatuan. Jika kita semua mengakui benar-benar memperjuangkan Islam, sahutlah ingatan Allah SWT yang berbunyi:

“Maka dengan segala rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihani orang-orang yang bertawakkal kepadaNya (Al-Imran: 159)

Allah mengingatkan kita supaya bersikap lemah lembut dalam sesama manusia. Tidakkah itu yang menjadi dasar dakwah Pas selama ini. Jika kita berkeras dan berkasar, tidakkah Umno akan lari dari Pas. Hari ini kita hanya bercakap soal perpaduan umat Islam. Bagaimanakah kita dapat menyampaikan dakwah kepada bukan Islam, jika sesama Islam kita terus bercakaran.

Kelebihan Pas berbanding Umno, adalah Pas selalu berhujah menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis. Syabas diucapkan. Namun, perlu diingatkan juga sebanyak manapun Quran dan Hadis dihujahkan, jika pendekatan kita menyakitkan hati orang, sesiapa pun akan lari daripada kita. Cubalah ambil iktibar pengajaran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun. Allah mengingatkan kedua-dua Nabi Allah ini supaya berlemah lembut hatta kepada Firaun (Surah Taha: 43-44). Apakah Umno itu lebih buruk daripada Firaun? Harap anggapan ini tidak ada dalam pemikiran kita.

Jika Umno bersalah selama ini, tidak bolehkah kita memaafkannya. Tidakkah boleh kita berbicara secara berhikmah dengannya. Benar, kita boleh berbeza pendapat, tetapi janganlah sampai putus tali persaudaraan dan membawa perpecahan yang menakutkan. Ingatan Allah SWT ini perlu dijadikan pedoman:

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib (Surah Fussilat: 34, lihat juga surah Al-Fath: 29).

Jika ada masalah, kita amat digalakkan bermesyuarat. Janganlah terlalu menyalah orang lain. Tidakkah kita sedar, ada kalangan kita yang menolak sesuatu kebaikan, bukan kerana mereka jahil, tetapi mungkin disebabkan mereka masih berserabut dengan budaya politik yang menyukarkan keadaannya. Budaya politik secara asuhan sejak kecil menjadikan pemikiran mereka jumud sehingga sukar untuk menolak pembaharuan. Tidak kurang juga, perasaan ego yang menghantui diri untuk mengakui bahawa apa yang dilakukan selama ini sebenarnya adalah mungkin tidak kena atau kurang tepat. Justeru, inilah peluang untuk menyampaikan sesuatu yang benar atau berdakwah, bukan mendakwa.

Bermesyuaratlah, dalam maksud, kita mendengar pendapat mereka, menyampaikan pendapat kita dan kemudian, bersama-sama mencari kebenaran. Ada kalanya mereka salah, kita benar atau mungkin sebaliknya mereka benar, kita yang salah. Kita hanya manusia biasa, bukan malaikat.

Setelah itu, bertawakkallah kepada Allah setelah kita berusaha. Perkara asas yang perlu diingat oleh Pas adalah, tanggungjawab berdakwah dan menyampaikan sebagaimana yang dilakukan oleh para anbiya. Bukannya memaksa orang menerima apa yang didakwahkan atau menghukum jika mereka tidak mahu menerima. Jika kita memilih sedemikian, pengorbanan kita terhadap Islam tidak sebesar mana, niat murni kita untuk membetulkan mereka pada awalnya tidak kesampaian, dan paling ditakui sampai ke tahap berdosa. Berkorbanlah untuk bersatu. Itulah iktibar yang paling besar setiap kali datangnya hari raya korban.

Namun, jika kita telah melaksanakan tanggungjawab, mereka tidak mahu menerima atau berubah, maka tugas kita selain bertawakkal adalah mencari jalan, di manakah silapnya dan kekurangan sehingga kita gagal. Apakah agenda seterusnya bagi memastikan kita akan beroleh kejayaan? Kenapa orang masih menjauhkan diri daripada sunnah Rasulullah? Adakah yang menjadi faktor penggagal itu sunnah para anbiya atau pendekatan kita sendiri dalam usaha cuba menegakkan sunnah tersebut?

Inilah perkara-perkara yang perlu difikirkan oleh semua parti umat Islam hari ini yang berlumba-lumba untuk mendapat kuasa dan menang pilihan raya. Pada saya, anggaplah pelawaan Ahmad Maslan sebagai titik tolak untuk mencari jalan penyelesaian atas kemelut yang melanda. Jika tidak sudi, tolaklah dengan cara baik daripada mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati.

http://ridhuantee.blogspot.com/

Wednesday, November 17, 2010

الله أكبر كبيرا


صلاة العيد في إندونيسيا

السؤال: متى يبدأ التكبير في عيد الأضحى؟ ومتى ينتهي؟ وما هي صيغته المأثورة؟

الإجابة:

يقول الشيخ يوسف القرضاوي:

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبعد..

تكبير العيد -عيد الأضحى بالذات- يبدأ منذ فجر عرفة، ويوم عرفة -كما نعلم- هو يوم التاسع من ذي الحجة، والتكبير نوعان:

تكبير مطلق، وتكبير مقيد..

والتكبير المقيد هو الذي يكون عقب الصلوات، وخاصة صلوات الجماعة، والتكبير المطلق يكون في المجامع والأسواق والشوارع. هذا التكبير من شعائر أيام العيد -عيد الأضحى وقد كان الصحابة وهم في منى يكبرون، إذا خرجوا إلى السوق أو لاقوا الناس، كبر ابن عمر وكبر الناس حوله، حتى يرتج المكان بالتكبير.

وكذلك التكبير في مصلى العيد، إذا خرج الناس إلى صلاة العيد في المصلى، وهذه سنة عن النبي صلى الله عليه وسلم كما نعلم، فإن النبي عليه الصلاة والسلام لم يثبت أنه صلى العيد في المسجد، وأن مسجده من أفضل المساجد التي تشد إليها الرحال، ومع هذا كان يخرج ليصلي في الصعيد في العراء، في مصلى معين، ويخرج الناس وراءه، حيث يصلي الناس كلهم، إظهارا للشعيرة ولقوة الإسلام والمسلمين، لم يثبت أن النبي صلى العيد في المسجد، إلا ما روي أنه صلى في المسجد في يوم ماطر.. من أجل المطر، وهذا عذر.. فالمسلم، وهو ذاهب إلى المصلى، أو وهو جالس ينتظر فيه، يكبر، وهذا ما ينبغي أن يفعله الناس اليوم، بخلاف ما نراه منهم، حيث يجلسون ساكنين ساكتين، ويذهبون إلى المصلى، صامتين، فأين إظهار شعائر الإسلام؟‍‍.

والتكبير يبدأ من أول فجر يوم عرفة -كما ذكرت- وينتهي في عصر آخر أيام التشريق، أي يوم الثالث عشر، فيكبر المرء يوم عرفة، وأول أيام العيد، وثانيها، وثالثها، ورابعها.. إلى انتهاء صلاة العصر.. فيكبر عقب ثلاثة وعشرين صلاة مفروضة.

وصيغة التكبير، لم يرد فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء معلوم، وإنما ورد عن الصحابة، فقد صح عن سلمان الفارسي، أنه قال: كبروا الله، قولوا: الله أكبر الله أكبر كبيرا. وورد عن عمر وابن مسعود رضي الله عنهم جميعا قال مثل هذه الصيغة: الله أكبر. الله أكبر لا إله إلا الله. والله أكبر. الله أكبر ولله الحمد. فبأي هذه الصيغ كبر المسلم، فقد أدى السنة وأقام الشعيرة.

http://qaradawi.net

أسرار الحج

- السؤال: فضيلة الشيخ .. ما هي أهم أسرار مناسك الحج؟

- الجواب:

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد..

إذا فهمنا اللغة الرمزية - وهي لغة تتميز بعالميتها وسعتها - سهل علينا أن نفهم كثيرًا من أسرار مناسك الحج وأعماله، فما الإحرام في حقيقته، وهو أول المناسك ـ إلا التجرد من شهوات النفس والهوى، وحبسها عن كل ما سوى الله، وعلى التفكير في جلاله.

وما التلبية إلا شهادة على النفس بهذا التجرد، وبالتزام الطاعة والامتثال.

وما الطواف بعد التجرد إلا دوران القلب حول قدسية الله، صنع المحب الهائم مع المحبوب المنعم، الذي ترى نعمه، ولا تدرك ذاته.

وما السعي بعد هذا الطواف إلا التردد بين علمي الرحمة التماسًا للمغفرة والرضوان.

وما الوقوف بعد السعي إلا بذل المهج في الضراعة بقلوب مملوءة بالخشية، وأيد مرفوعة بالرجاء، وألسنة مشغولة بالدعاء، وآمال صادقة في أرحم الراحمين.

وما الرمي بعد هذه الخطوات التي تشرق بها على القلوب أنوار ربها، إلا رمز مقت واحتقار لعوامل الشر، ونزغات النفس، وإلا رمز مادي لصدق العزيمة في طرد الهوى المفسد للأفراد والجماعات.

وما الذبح ـ وهو الخاتمة في درج الترقي إلى مكانة الطهر والصفاء ـ إلا إراقة دم الرذيلة بيدٍ اشتد ساعدها في بناء الفضيلة، ورمز للتضحية والفداء على مشهدٍ من جند الله الأطهار الأبرار".

والله أعلم.

http://qaradawi.net

Wednesday, November 10, 2010

PERKASA

1. Saya ucap terimakasih kerana ramai yang melawat blog saya dan membuat komen menyokong atau menolak. Ramai juga yang bercakap berkenaan bahagian-bahagian Perlembagaan yang tidak boleh dipinda (entrenched). Tetapi ramai yang tidak ambilkira tentang peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang begitu adil. Tiada perlindungan bagi hak sesuatu kaum yang tidak diimbangi dengan hak kaum-kaum lain.

2. Demikian apabila agama Islam dijadikan agama rasmi negara Malaysia, susulan daripada itu perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain boleh dianuti dan dipraktik oleh penganut-penganut agama berkenaan tanpa gangguan.

3. Apabila bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara, tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa ibunda dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

4. Apabila sekolah kebangsaan ialah sekolah yang mengguna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, sekolah-sekolah jenis nasional boleh mengguna bahasa Cina (bahasa kebangsaan China) dan bahasa Tamil (bahasa suku kaum Tamil).

5. Perlembagaan juga melindungi hak memiliki hartanah semua kaum supaya pengambilan tanah oleh Kerajaan tidak boleh dibuat tanpa pampasan.

6. Yang jelas ialah Perlembagaan Malaysia adil bagi semua kaum. Apabila keistimewaan diberi kepada satu kaum, kaum lain juga diberi keistimewaan dan dilindungi. Perkara yang harus diingati oleh semua ialah hak istimewa bukan bagi Melayu atau Bumiputera sahaja.

7. Perlembagaan boleh dipinda tetapi ianya hendaklah dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli Dewan Rakyat. Demikianlah keahlian dewan dari segi agihan antara kaum, tidak mungkin mana-mana kaum dengan sendirinya meminda perlembagaan untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera atau bukan Bumiputera.

8. Berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru pula, agihan kepada Bumiputera hanyalah daripada bahagian ekonomi yang tumbuh dan tidak dengan merampas apa yang telah dimiliki bukan Bumiputera untuk diberi kepada Bumiputera.

9. Dalam pada itu raja-raja juga perlu memberi persetujuan jika kedudukan negeri-negeri mereka tersentuh.

10. Benarlah seperti kata Dato Seri Najib dalam mesyuarat Perhimpunan Agong UMNO bahawa tuntutan untuk meminda perlembagaan untuk melucutkan keistimewaan mana-mana kaum tidak mungkin dilakukan dan berjaya. Tuntutan ini hanya akan memburukkan hubungan antara kaum tanpa memberi manfaat kepada sesiapa.

11. Jika Perkasa dianggap rasis (dan saya juga rasis kerana bersekongkol dengannya) kerana mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, mereka yang bercadang untuk melucutkan hak orang Melayu tetapi tidak hak istimewa mereka sendiri tentulah bersifat rasis juga.

12. Hanya mereka yang bercadang melucutkan hak istimewa semua kaum sahaja yang tidak rasis.

Bahasa Melayu dan sekolah vernakular


Mingguan Malaysia 7 Nov 2010

Desakan ahli Parlimen Bukit Mertajam, mahukan guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) mesti menguasai bahasa Cina bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lebih ekstrim lalu, beliau mengambil contoh bagaimana sukarnya guru bahasa Cina mengajar mandarin di sekolah kebangsaan jika tidak memahami bahasa Melayu. Dua isu yang jauh berbeza.

Pertanyaan saya, di manakah negara manakah kita berada sebenarnya? Anak-anak bukan Melayu sepatutnya sejak kecil sudah menguasai bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Kenapa perlu perkenalkan guru bahasa Melayu sedemikian rupa di sekolah vernakular? Bahasa Melayu di peringkat sekolah adalah untuk tujuan pemantapan, bukannya untuk belajar mengeja dan belajar bertutur. Tidakkah kita sedar bahawa bahasa Melayu adalah bahasa nombor satu negara yang mesti dikuasai dan dituturkan sejak anak-anak ini masih rebung?

Selaku ahli parlimen yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau memberikan input untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, bukan sekolah perkauman. Pemantapan masa depan amat penting generasi akan datang. Sekolah perkauman tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional sebaliknya akan menjarakkan lagi hubungan yang sedia ada, jika tidak diperbaiki dan di atasi kelemahan yang sedia ada. Saya teramat sedih melibat kerajaan masih lagi berpolitik dalam isu ini.

Apa yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memperkasakan anak bangsa dan rakyat negara ini semuanya ditentang. Semuanya tidak betul. Bayangkan jika mereka memerintah, sudah tentu guru-guru bahasa Melayu, yang kebanyakannya guru Melayu, akan dipaksa untuk memperkasakan sekolah vernakular. Maklum sahajalah guru bukan Melayu tidak mahu mengambil option bahasa Melayu sebab tidak ada nilai komersial. Apakah mungkin sekolah kebangsaan juga akan ‘divernakularkan’?

Persoalannya, susah sangatkah belajar bahasa Melayu? Cuba kita buat perbandingan bagaimana mereka yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki seperti pekerja Bangladesh, India dan sebagainya, bagaimanakah mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa begitu cepat tidak sampai setahun. Hari ini kita bukan bercakap jangka masa setahun, tetapi sudah lebih 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada, malah ramai lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kalau ada yang boleh, cara percakapannya amat meloyakan.

Begitu juga jika kita pergi belajar di negara seperti German, Perancis, Rusia dan negara luar yang lain, kenapa dalam masa setahun kita dapat menguasai bahasa tersebut tanpapun bahasa tersebut diterjemahkan dalam bahasa lain untuk difahami mereka yang mendatang? Logiknya amat mudah, tidak perlu dibahaskan di parlimen, kerana kita ada kepentingan. Kita paksakan diri untuk belajar. Berbeza dengan di sini, kita tidak ada kepentingan, bahasa tidak ada nilai komersial, boleh berbahasa Melayu atau tidak, tidak meninggalkan sebarang kesan atau menjamin apa-apa. Jadi kita mengambil jalan mudah, tidak perlu belajar. Bahasa Melayu tidak ada kaitan dengan semangat patriotism, apatah lagi untuk dikomersialkan.

Mungkin cadangan saya ini nampak ultra kiasu, satu istilah yang saya tidak mahu lagi gunakan untuk golongan ini, tetapi sudah sampainya penguasaan bahasa kebangsaan dikuatkuasakan melalui undang-undang secara paksaan, seperti mana di negara-negara jiran kita amalkan. Jika telah diberi peluang, tidak ada perubahan juga, faham-faham sahajalah apa yang perlu dilakukan.


Parti ini selalu mencanangkan bahawa mereka memperjuangkan kepentingan semua kaum, begitu juga dengan keahliannya. Siapa yang rasis sebenarnya? Semangat patriotism kita berada pada tahap yang begitu rendah. Malang sekali ada juga orang Melayu yang menyertai parti. Lebih malang, mereka langsung tidak bersuara, apabila jatidirinya dirobek-robek. Di manakah maruah kita sebenarnya? Saya menyeru kepada orang Melayu keluarlah daripada parti rasis ini. Ia tidak mendatang kebaikan untuk masa depan, apatah untuk Islam dan bahasa kebangsaan. Bayangkan apabila mereka memerintah nanti, apa akan terjadi kepada guru-guru bahasa Melayu yang akan dipaksa untuk mempelajari bahasa yang bukan optionnya. Saya tidak nafikan menguasai bahasa asing adalah satu kredit, tetapi janganlah terlampau ekstrim, sehingga bahasa negara diketepikan. Orang Melayu yang tidak sedar diri tidak juga kurang bilangannya.

Parti ini terlalu marah kepada mereka yang berkata I am Malay first, sebab pada mereka, sepatutnya I am Malaysian first. Malangnya, tindak tanduk mereka langsung tidak mencerminkan I am Malaysian first. Kita seolah-olah menjunjung langit lain. Jika kita benar-benar Malaysian, mari kita bersama-sama memperkasakan masa depan negara ini, terutama dalam isu bahasa, dan sejarah sistem pendidikan kebangsaan. Kepentingan negara mesti diutamakan, apatah lagi ia yang telah menyinari perlembagaan.

Kenapa kita tidak mahu mengakui kelemahan sekolah vernakular dan sistem yang sedia ada. Kita tidak serius dan langsung tidak mahu bertolak ansur. Sebarang idea kerajaan untuk campurtangan dan memartabatkan bahasa Melayu di sekolah vernakular di anggap sebagai menggugat bahasa ibunda. Misalnya, isu tambahan masa bahasa Melayu, penyeragaman silibus bahasa Melayu dan sebagainya. Saya yakin suara ini bukan suara satu parti ini sahaja. Inilah politik senyap atau bersatu dalam senyap yang tidak ada dalam parti politik orang Melayu yang mendakwa mereka semuanya memperjuangkan Islam.

Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di bumi sendiri adalah teramat pahit. Apatah lagi sejarah bumi bertuah ini tidak difahami dan mahu diputarbelitkan. Langkah kerajaan untuk memperkasakan dan mewajibkan mata pelajaran adalah amat tepat dan perlu disegerakan tanpa bertangguh lagi. Apatah lagi melayan kerenah-kerenah golongan yang tidak sedar diuntung ini. Mereka tidak mahu sejarah negara ini diceritakan dalam konteks sebenarnya. Pada mereka, sejarah harus menekankan kerjasama dan sumbangan semua, terutama sumbangan ekonomi.


Umum mengetahui bahawa kerjasama erat antara kaum hanya dapat dijalin ketika menjelang kemerdekaan negara. Sebelum itu, kehidupan kita terpisah-pisah berasaskan bangsa, daerah dan kegiatan ekonomi masing-masing. Kesannya masih dirasai hingga ke hari ini. Nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin dan Sambanthan, hanya kedengaran dan popular ketika tahun-tahun 1950an. Bermakna, sejarah sumbangan kaum ini adalah sebahagian kecil daripada sejarah Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, dalam sejarah yang begitu panjang.

Memang tidak dapat dinafikan sumbangan bukan Melayu kepada perkembangan ekonomi negara sebelum merdeka. Tanpa mereka, bandar-bandar utama negara kita hari ini mungkin masih belum membangun sepenuhnya. Tetapi kita perlu sedar juga, mereka turut mengaut keuntungan dan dapat mengubah diri di bumi bertuah ini. Ada timbal baliknya. Bayang jika tidak berlaku penghijrahan, apakah nasib mereka sama seperti apa yang mereka rasai hari ini? Bacalah sejarah faktor-faktor penghijrahan dan keadaan yang berlaku di negara-negara asal-usul mereka ketika itu.

Apa yang berlaku ke atas mereka juga berlaku ke atas keluarga nenek moyang saya. Mereka turut berhijrah bersama, disebabkan tekanan dan kemelaratan yang berlaku. Saya amat bertuah dengan penghijrahan tersebut. Tanpa penghijrahan tersebut, apakah saya masih ada peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini. Apa yang saya rasai hari ini adalah disebabkan oleh ruang dan peluang serta toleransi pribumi yang menerima kami dan seterusnya membenarkan kami menjadi kaya tanpa ada rasa cemburu. Ini yang menjadikan saya semakin bersyukur, bukannya kufur nikmat.

Saya bersuara bukan kerana saya menentang bangsa saya, sekadar mengajak mereka supaya belajar bersyukur dan berterima kasih, tetapi bukan menjadi pak turut atau ‘yes man’ atau pembodek sehingga tidak dapat membezakan antara baik dan buruk. Tegurlah dan tentanglah kerajaan dan kepimpinan yang ada, jika mereka ada kelemahan dan melakukan kesalahan, serta menyeleweng daripada demokrasi. Cuma satu yang saya pohon, jangan runtuhkan apa yang selama ini kita bina bersama. Meruntuhkan memang mudah, tetapi membina kembali mengambil masa yang begitu lama.

Cubalah fahami sejarah akar negara ini, tanpa mengungkit secara keterlaluan sejarah sumbangan kita. Pada saya, sejarah yang menjadi akar dan tidak kurang pentingnya, adalah sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu menentang penjajah. Setelah orang Melayu di jajah ratusan tahun, orang Melayu bangkit berasaskan bangsa sendiri dengan agama Islam yang menjadi pegangan. Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga. Berapa ramai yang telah gugur syahid mempertahankan bumi tercinta. Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut dan Datuk Maharaja Lela adalah nama-nama besar yang tidak mungkin dalam terpadam dalam sejarah, bagaimana pribumi sanggup menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi. Adakah sejarah ini pernah dialami oleh bangsa lain sebelum dan selepas itu? Apa yang saya tahu bangsa lain, mendapat perlindungan daripada penjajah barat demi kepentingan ekonomi mereka. Bangsa yang merana adalah bangsa Melayu. Mereka bangun kerana mereka tidak rela bumi bertuah ini dirobek-robek penjajah, tanpa bermusuh dengan yang berhijrah.

Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas dan teras. Negara Singapura sedang cuba dan telahpun memadamkan asas sebegini. Kenapa parti-parti politik ini tidak memberitahu kerajaan Singapura, jangan padamkan sejarah ini.

Sudah sampai masanya, saya fikir parti-parti politik tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Kepada orang politik, pergi jaga kawasan dan kerusi masing-masing, serta laksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Saya masih teringat ketika Tuanku Azlan Shah menerima ijazah kehormat kedoktoran undang-undang daripada Universiti Malaya, semasa menjadi Ketua Hakim Negara kira-kira 30 tahun lalu, baginda ada bertitah bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat dan resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu beringat, dan jika tidak ingat, maka seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mesti ada ada satu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah oleh Portugis dalam tahun 1511. Perkataan “Negeri-Negeri Melayu Bersekutu” dan “Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu” dan “Persekutuan Tanah Melayu” masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain-lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisma Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009)

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Tuesday, November 2, 2010

blind

You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it.

(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang melakukan atau mengatakannya.)

The Divine Book

Friday, October 22, 2010

: )

Kalau nak dengar sebutan Bhs Arab yang lembut dan intonasi yang rendah dihujung ayat...jemputlah ke Amman...kalau nak dengar sebutan Bhs Arab yang lunak tetapi intonasi yang agak tinggi dihujung ayat silalah ke Damascus...tetapi kalau nak dengar sebutan yang keras!...kasar dengan intonasi yang menggunung tinggi...hiduplah di Kaherah. ( us fared dlm fb)
klu nk mrasa hidup yg keras..kasar dan baqsyiy yg menggunung tinggi...ia juga di kaherah (tambahan)

dan hahaha..

لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

1. Kita mengharap parti-parti yang diwujud dalam negara ini bersaing secara sihat. Mereka hendaklah menjadi pasaran idea yang menguntungkan negara.

2. Sesiapa yang berjaya menyediakan barangan yang terbaik dan memenuhi inspirasi rakyat akan mendapat tempat. Rakyat akan membeli mereka sokongan kesetiaan dan undi dalam pilihanraya. Maka, setiap parti hendaklah bertungkus-lumus menyediakan idea-idea politik dan kenegaraan yang berkualiti dan praktikal.

3. Hanya mereka yang amanah dan berkemampuan sahaja layak memimpin. Pemimpin politik dikenali dengan ketajaman idea dan ketokohannya, bukan dengan gaya mewah dan hartanya. Firman Allah (maksudnya):

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)

4. Bukan kerja sesebuah parti politik itu sekadar untuk menceritakan kelemahan lawannya, sedangkan dia sendiri kontang idea. Politik menuding jari kepada kesalahan orang lain tanpa mampu membukti kemampuan diri adalah politik adu-domba yang tidak sesuai untuk sebuah negara.

5. Kehebatan ceramah atau ucapan politik bukanlah apabila ia sarat dengan mengutuk lawannya, tetapi kehebatan apabila mampu memberikan pandangan dan idea yang dapat membangunkan rakyat dan negara.

6. Tokoh-tokoh politik muslim dalam negara ini hendaklah mendalami dan mempelajari politik dalam kacamata Islam. Politik dalam Islam sangat luas, fleksibel dan praktikal, namun sentiasa bertunjangkan wahyu. Bukan semua cakap ‘ustaz’ tentang politik itu boleh ditelan. Politik ada disiplinnya yang tersendiri yang memerlukan keluasan pengetahuan tentang maqasid syarak (tujuan syarak) yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekadar mempelajari beberapa hal dalam agama belum tentu dalam mendalami maksud politik dalam Islam.



Wednesday, October 20, 2010

bendera kebutaan..

Asabiyyah adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.

Namun...

Nabi s.a.w memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

kesimpulannya:

Orang melayu boleh memperjuangkan bangsa dan kepentingan bangsanya, tetapi dengan syarat tidak menzalimi hak-hak kaum yang lain. Demikian kaum-kaum yang lain.


Thursday, October 14, 2010

Thursday, October 7, 2010

s-e-r-u

1. Dakwah kepada Islam bermaksud menyeru manusia agar sama-sama tunduk kepada agama Allah.

2. apabila seseorang itu muslim, maka ia wajib MENYERU selainnya agar sama-sama muslim.

3.Islam agama yang benar, ia membuka pintu bagi sesiapa untuk berhujah dengannya, al-Quran adalah kitab bagi agama ini, di dalamnya terkandung bukti-bukti kebenaran sang pencipta dan agamaNYA, maka bagi sesiapa yang engkar-buktikan dengan hujah mu.

4. maka untuk berdakwah kepada islam, al-Quran adalah rujukan utama, kemudian al-sunnah.

5. mulakan berdakwah dengan senyum, perkenalan, beri hadiah, ziyarah, menjadikan diri kita sebagai kawan.

6. hari ini, kita lihat agama kristian seolah-olah nampak kuat, sebenarnya kita yang lemah. mereka hanya nampak kuat diatas kelemahan kita.

7. justeru, kita wajib menguatkan diri-diri kita. belajar dan fahami Islam yang sebenarnya, Islam yang asal, islam pada hari penurunannya.
kemudian praktikkan Islam pada segala lapangan kehidupan.
ramahkan mulut, jangan sombong untuk senyum dan sapa, bantu muslim dan non muslim, ini semua merupakan dakwah kepada Islam. dakwah bukan hanya di dewan-dewan kuliah dan hanya oleh ustaz, ia lebih luas, dakwah mesti berjalan di sekolah, universiti, dewan orang ramai, dewan politik, di masjid, di gereja, di mesir, di jerman, di amazon, di timur dan barat, di darat dan laut.

8. semoga kita mampu untuk membawa tugas yang berat ini.
ia merupakan kewajipan.
maka ia akan di persoalkan.
Allah akan bertanya.
ketika anda dan saya di akhirat.

soalan saya: Bila akan kita mulakan?

Friday, September 17, 2010

kini syawwal pula


Siapa yang menyembah Ramadhan, ketahuilah bahawa Ramadhan telah pun mati
Dan siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu maha Hidup dan tidak mati-mati..

Saturday, September 11, 2010

kad raya tanpa setem..semoga melekat..


kepada yang mengenali ku...
aku telah berdosa kepada kalian...
maka maafkan aku...

kepada Tuhan..ASTAGHFIRULLAH

Wednesday, September 8, 2010

usul 2o


USUL PERTAMA
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

USUL KEDUA
Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal (tokoh-tokoh) hadis yang thiqah.

USUL YANG KETIGA
Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

USUL KEEMPAT
Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-ja
mpi daripada ayat al-Quran atau jampi-jampi yang diterima daripada Rasulullah s.a.w

USUL KELIMA
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi boleh ditafsirkan dengan pengertian lain; demiki
an juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Asal bagi perkara-perkara ibadah ialah al-ta’abbud tanpa melihat kepada rahsia, manakala dalam perkara-perkara kebiasaan dilihat kepada rahsia dan hikmah serta tujuan perbuatan tersebut.

USUL KEENAM
Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah s.a.w yang bersifat maksum. Perkataan para solehin yang dahulu (salafussoleh) mesti kita terima jika bertepatan dengan al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka al-Quran dan hadithlah ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

USUL KETUJUH
Seseorang muslim yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dari dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), hendaklah beliau mengikut mana-mana imam. Di samping itu, adalah lebih baik jika beliau
berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Dia hendaklah menerima tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau menyempurnakan ilmunya hingga mencapai peringkat nazar.

USUL KELAPAN
Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fiqh tidak boleh menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan. Kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan dan lain-lain) dalam masalah khilaf, jika bertujuan mencari hakikat kebenaran. Namun dengan syarat per
bincangan tersebut hendaklah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah. Ia juga hendaklah diasaskan atas dasar kerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat serta tidak terseret kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

USUL KESEMBILAN
Membincangkan masalah yang tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan dan ia dilarang syarak. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah s.a.w atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut niat mereka,

USUL KESEPULUH
Mengenal Allah, mentauhid dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang menyekutui-Nya adalah akidah yan paling tinggi dalam Islam. Ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulama dalam m
asalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah diterima pakai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Firma Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7)

USUL KESEBELAS

Semua bida’ah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bida’ah itu sendiri.

USUL KEDUA BELAS
Bida’ah yang dilakukan dengan menambah, mengurangkan dan terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutla
k adalah termasuk dalam masalah khilaf. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

USUL KETIGA BELAS
Mencintai para solehin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal soleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub kepada Allah. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firman-Nya ya
ng bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (Yunus: 63) Keramat yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah s.w.t. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat kepada diri mereka sendiri atau menghilangkan mudharat ketika hidup bahkan setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu untuk orang lain.

USUL YANG KEEMPAT BELAS

Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolon
gan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta ditunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu al-Zara'i).

USUL KELIMA BELAS

Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalah termasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.


USUL KEENAM BELAS
Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat, bahkan kita wajib memastikannya dari batas-batas makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kat
a dalam setiap aspek perkara dunia dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama yang diberikan.

USUL KETUJUH BELAS
Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota luar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjat tuntutan ini.

USUL KELAPAN BELAS
Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya me
merhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.

USUL KESEMBILAN BELAS
Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal memb
icarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.

USUL KEDUA PULUH
Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikra
rkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.



Hassan al-Abanna