Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.
Showing posts with label politik dan politikus. Show all posts
Showing posts with label politik dan politikus. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

esok 5 mei 2013; hari undian.

PRU 13, esok mari kita mengundi, kewajipan kita selaku seorang muslim dan juga seorang warga negara.

sbgi sorg muslim Allah berfirman: 
 وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ

surah al-baqarah 282; merupakan ayat yg terpanjang dlm al-quran, dan ia membicarakan berkenaan muamalat urusan duniawi manusia.

walaupun ayat ini pd konteks nya berbicara mengenai penyaksian terhadap hutang piutang yang berlaku antara mana2 individu, supaya keadilan tertegak dan tidak berlaku sebarang penipuan, pembohongan, penindasan dll.. namun dlm konteks semasa, sistem demokrasi yg digunakan oleh mna2 negara, setiap org berhak membuang undi-memilih sesiapa yg mampu mewakilkan suara rakyat ramai sekaligus melaksanakn tugas2 yg akan diamanahkan bagi memakmurkan sesbuah negara, 

maka seorg muslim sedar akan tanggungjawabnya mebuat penyaksian dlm sesebuah undian, krn ia merupakan tnggungjwbnya, dan ia akan di pertanggungjwbkan atas apa yg di pilihnya, 

jika hasil undiannya menatijahkan sesuatu yang buruk kepda ngara-maka dia akan berdiri di hadapan Qadi Rabb al-Jalil pd akhirat kelak utk di persoalkan.

utk itu, semperna mood pilihanraya kli ni, sya mahu menaqalkan ungkapan2 yg bernas dr pelbagai individu, semoga ada manfaatnya utk masa mendatang kpd insan kerdil ini.

 
Aizam Mas'ud
Senang untuk cari pemimpin yg setakat melaksanakan amar makruf spt membina masjid, membangunkan sekolah agama, menguruskan haji, mengujudkan jabatan agama dll, tapi sukar untuk mencari pemimpin yg boleh melaksanakan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) spt membanteras penyelwengan akidah, rasuah, judi, kilang arak, dedah aurat, hiburan melampau, pusat pelacuran, pecah amanah, monopoli kroni, salah guna kuasa, korupsi, sistem riba, menipu pilihanraya & byk lagi. Kaedah fiqh mengatakan jika bertembung antara amar makruf (jalb al-masolih) dgn nahi mungkar (dar' al-mafasid), maka dahulukan nahi mungkar. Jadi, utamakanlah memilih pemimpin yg boleh mencegah kemungkaran drpd yg sekadar melaksanakan kebaikan..jika terkumpul padanya kedua-dua sekali maka itu sudah tentu lebih aula utk dipilih. Selamat mengundi!

Jadilah pengikut mana-mana parti politik yang bertaraf muttabi' bukan sekadar muqallid. Muttabi' adalah pengikut yg celik & tahu hujjah & dalil mengapa dia menyokong sesuatu parti, sebaliknya muqallid hanyalah org yang mengikut dlm keadaan membuta tuli tanpa mengetahui hujjah & dalil terhadap apa yg diikutinya...beruntunglah mana2 parti yg menyuburkan intelektual para pengikutnya hingga menjadi seorg muttabi', tetapi amat malanglah mana2 parti yg membunuh intelektual para pengikutnya sehingga cukup menjadi pak turut sampai ke mati...

*Sebaik-baik ahli politik adalah ahli politik yg "tidak berpolitik" krn politik hanyalah alat tapi ridha Tuhannya adalah matlamat...

Pandirism (saya pinjam dari Sofian Alias) adalah ancaman yang sangat besar kpd umat Islam.

Bahayanya pandirism atau mem'pandir'kan seorang ini dapat dihayati dalam kesah Pak Pandir dan Mak andeh. Saya amat meminati sastera melayu lama termasuklah kesah yang dianggap bodoh-bodoh oleh orang zaman sekarang. Sebenarnya kesah Pak pandir ini mempunyai nilai sastera yang tinggi. Sepatutnya ia tidak diajar pada kanak-kanak sebab kanak-kanak mungkin tidak dapat menangkap maksudnya. Sepatutnya kesah Pak Pandir ni dijadikan bahan rujukan ilmiah dan di ajar di peringkat Institiut Pengajian Tinggi. Apakah falsafah di sebalik kesah Pak pandir ini. Bahkan mungkin bolih dijadikan tajuk kajian projek tahun akhir bahkan pasca siswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Jangan salah anggap saya tidak memperbodoh atau mempandirkan universiti supaya mengkaji kesah Pak Pandir yang dianggap tidak bernilai selain bahan lelucon yang tiada nilai ilmiah. Sebenarnya siapa juga yang mengarang kesah Pak Pandir dia telah memberi sumbangan yang besar kepada pembentukan keperibadian bangsa melayu. Si pengarang ingin mengajak orang melayu berfikir bagaimanakah agaknya bila sindrom pak pandir menguasai cara seorang berfikir. Mungkin supaya kajian tentang Pak Pandir ini nampak relevant dan kontemperor bolih dikemukakan tajuk 'Sindrom Pak Pandir menjelang PRU13' atau 'Pendekatan politik untuk mempandirkan orang melayu'. Atau lebih meanrek lagi jika dibuat kajian perbandingan 'Dilemma melayu di antara Pluralisme dan Pandirisme'. 

Orang dulu berpandangan jauh. menukil cerita bukan sekadar penglipur lara. Kita yang merasakan cerita Pak pandir tak harus ada dalam koleksi buku-buku ilmiah kita mungkin terperangkap dalam sindrom Pak pandir yang kita 
pandang sepi dan kolot itu.

Dr Maszlee Malik
Jika anda mahukan Malaysia yang bebas rasuah, bebas korupsi, bebas kronisme, bebas monopoli, bebas rasuah, bebas politik lucah, bebas politik ganas dan juga politik membodoh serta membebalkan rakyat, mengundilah secara bijak esok. Undi anda menentukan masa depan negara. Undilah untuk perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik...ini kalilah!
Zaharuddin Abd Rahman‎‏‎‏
*Teknik kempen undi menurut langkah Syaitan disebut intinya oleh Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Nur ayat 21
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar..(Al-Nur : 21)

Justeru, apa sahaja kempen yang menggunakan hujjah seperti "jangan undi parti itu, parti ini parti agar maksiat boleh diteruskan"..." agar industri filem 'maksiat' boleh terus cari makan" etc. Maka dia adalah pengikut langkah Syaitan
* Saya juga ingin cadangkan agar untuk musim akan datang, sebahagian jawatan tertinggi SPR (mungkin timbalan pengerusi 1,2,3 etc) mestilah diisi oleh wakil berketerampilan dari parti-parti terbesar. Agar, semua selok belok keputusan SPR diyakini oleh parti-parti besar yang bertanding. Keyakinan ramai kepada SPR sangat-sangat penting. Di zaman khilafah dahulu, SPR diterajui oleh orang sehebat Abd Rahman Auf r.a. Beliau sangat dipercayai

*Tinggal 14 jam sebelum tamat tempoh berkempen. Jadilah pengundi yang mengundi dengan pendirian hasil pemerhatian 5 tahun...

Bukan 5 hari...

Bukan 5 jam...

Bukan 5 minit...

Bukan 5 saat..




Perbezaan BN dan PR dalam pilihanraya ke 13 ini
1. Kempen pihak PR bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.
Manakala kempen UMNO dan BN pula ialah video lucah, Anwar kaki liwat, Anwar al-jubori, Nurul Izzah hisap aiskrim pensyarahnya, PKR agen yahudi, DAP akan tubuhkan negara Kristian, DAP akan hapuskan hak Melayu, Nik Aziz bapa kafir, Pas ialah parti Syiah, PKR perjuangkan liberal dan LGBT, Orang Melayu akan hilang hak dan kuasa dibawah PR.
2. Seterusnya pihak BN berkempen 24 jam di TV 1, 2,3 dan semua saluran, radio, suratkhabar dan lain-lain. Menggunakan jentera kerajaan, dibantu polis dan berbuat samseng menakut-nakutkan rakyat yang menyokong Pakatan rakyat.
Sedangkan PR pula hanya dapat berkempen di jalanan, internet dan media massa alternatif.
3. Umno dan BN sibuk 'memaksa' rakyat bersyukur, bersabar dan berterima kasih kepada kerajaan kerana beri bantuan, buat pembangunan dan sediakan kemudahan kepada rakyat dengan MENGUNGKIT segala jasa dan hasil kerja kerajaan BN yang memerintah.
Manakala PR pula sibuk mendedahkan salah laku, korupsi dan penyelewengan kerajaan BN selama mereka memerintah dan rasuah, salah guna kuasa dan penindasan terhadap orang susah dan rakyat yang diabaikan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat BN yang tidak mempedulikan nasib rakyat kecuali apabila tiba musim pilihanraya.
4. Cara UMNO dan BN berkempen ialah mendedahkan keburukan lawan dan mendakwa pihak PR tak layak, jahat, kotor, dan tidak boleh memerintah Malaysia dan hanya mereka yang layak.
Cara PR berkempen pula ialah mengajak rakyat membuat perubahan dan memperbaiki keadaan dan sistem pentadbiran serta politik di Malaysia.
Kesimpulannya, orang yang rasuah akan undi parti yang memberi manfaat kepada mereka dan orang yang memperjuangkan keadilan akan mengundi parti yang mampu membawa keadilan kepada rakyat.
Tiap undian mengambarkan hasrat dan nilai seseorang !

*Kenapa saudara undi BN ? 
'Saya undi BN sebab PAS ada Syiah dan sokong Syiah ialah haram dan hal ini merupakan masalah aqeedah'- Kata seorang mahasiswa Pengajian Islam, pelajar perubatan, salafi dan kaki masjid. 

Aljawab, 'Syiah bukan agenda PAS, perlembagaan PAS pun menolak Syiah kerana dasar PAS ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Agenda PAS untuk pilihanraya kali ini ialah NEGARA BERKEBAJIKAN, TURUNKAN HARGA MINYAK, HAPUSKAN TOL, MANSUH ISA, KEADILAN, TELUS, TURUN HARGA KERETA, MARTABATKAN ISLAM DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN.' 

Manakala 'Aqeedah Islam' bukan pula agenda UMNO dan bukan pula dasar UMNO. 

Dasar UMNO ialah Melayu dan hak-hak ketuanan Melayu. Perjuangan UMNO ialah untuk menobatkan Melayu dan kroni-kroni walau terpaksa menggunakan cara yang menyalahi hukum Islam seperti memfitnah, menyebarkan video lucah dan menyekat serta menindas hak rakyat secara zalim. 

UMNO/BN sudah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan apa yang berlaku ialah Islam tidak menjadi bertambah 'cemerlang dan maju' sebaliknya semakin dicemuh, ramai orang murtad, pentadbiran agama Islam semakin menyusahkan, orang Melayu makin miskin dan tertekan, muda-mudi semakin rosak, gejala sosial semakin meningkat dan dakwah Islam terhalang serta disekat. 

Sama ada saudara mengundi PAS atau BN, penganut Syiah tetap wujud baik dalam BN dan PR tetapi jika saudara menyokong BN maka saudara akan membantu menambahkan kebencian orang ramai kepada ahli sunnah dan Islam kerana mengekalkan kerajaan yang korup, zalim dan perasuah sebagai pemimpin umat Islam. 

Manakala jika saudara menyokong PAS dan PR, lalu ada orang Syiah yang menjadi ketua atau pegawai penting dalam negara maka dia dengan mudah dapat ditukarkan dengan orang lain atau dijatuhkan jika melakukan kesilapan kerana dasar kerajaan PR ialah telus, amanah dan mengutamakan kebajikan rakyat !

Bahkan dakwah ahli sunnah akan menjadi lebih mudah dibawah dasar PR berbanding dasar BN yang menyekat penceramah dan kerja-kerja dakwah 

10 Doa yang 'BOLEH' dibaca untuk minta pertolongan ALLAH menghadapi Pilihanraya

1. Perlindungan dari berterusan 'diperbodohkan' 
أعوذ بالله أن أكون من الجاهلين - [al-Baqarah: 67] 
* Aku memohon perlindungan Allah dari termasuk dikalangan orang2 yg jahil.

2. Doa terhadap penipuan, pengundi hantu, dll
اَللَّهُمَّ آْفِنِيْهِمْ بِمَا شِئْتَ - [riwayat Muslim] 
* Ya Allah cukupkanlah bagi aku akan mereka itu dengan apa yang engkau kehendaki

3. Doa minta jangan bagi terpedaya dengan rasuah, pujukan dan 'offer' yang menarik
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب - [Ali-Imran:8]

4. Doa minta pertunjuk nak mengundi yang mana satu
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا - [al-Kahfi:10]

5. Doa selepas buang undi 
ربنا تقبل منا أنك أنت السميع العليم. ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لكل وأرنا مناسكنا وتب علينا أنك أنت التواب الرحيم - [al-Baqarah: 127-128] 

6. Mohon minta keamanan dan kebaikan kepada negara
رب اجعل هذا بلدا آمنا وارزق أهله من الثمرات من آمن منهم بالله واليوم الآخر - [al-Baqarah:126] 

7. Doa apabila kalah dan terjadi sesuatu yang tidak diingini
Baca إنا لله وإنا إليه راجعون kemudian قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ - [riwayat Muslim] 
*Allah sudah menakdirkan sesuatu yang dikehendaki dan dilakukan.

Boleh juga tambah bacaan berikut : اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ
وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا - [riwayat Muslim] 
* Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik dari musibahku.

8. Doa apabila menang atau melihat keberuntungan 
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ
صَاعِنَا، بَارِكْ لَنَا فِيْ مُدِّنَا. - [Riwayat Muslim] 
* Ya Allah! Berilah berkah buah-buahan kami, berilah berkah kota kami, berilah berkah gantangan kami (sehingga di antara kami tidak sering mengurangi timbangan) dan berilah berkah mud kami.

9. Doa jika tersilap atau undi rosak
ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا، ربنا لا تحمل علينا إصراً كما حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين - [al-Baqarah:286] 

10. Doa minta selamat dari kejahatan orang zalim dan tipudaya orang kafir
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين - [Yunus:85-86]

P/s :

Ayat2 al-Quran saya tak terjemah, sebab boleh buka terjemahan sendiri dan melihat maknanya. Doa-doa ini cuma panduan, menetapkannya untuk dibaca pada sesuatu peristiwa mesti ada dalil dari sunnah, jadi pembacaan doa-doa ini pada waktu-waktu khusus seperti pilihanraya bukanlah sunnah cuma 'harus' melakukannya kerana sesuai dengan situasi yang memerlukan pergantungan kepada Allah

BN buat jalan, PR kalau memerintah pun akan buat jalan. Bezanya ialah BN buat jalanraya kos besar sbb rasuah. Poster produk 1Malaysia amat membodohkan rakyat, spt tema dulu lambat skrg cepat (contohnya pasport dll) itu semua tak ada kaitan dgn BN tp jasa teknologi dan kecekapan. Kerajaan BN dipertikaikan krn rasuah, seleweng dan membebankan rakyat 

drmaza
Habis berkempen harap perasaan rakyat kembali bertaut..maafkan dan bina kembali hubungan..hanya sehari sahaja lagi..

*..meninjau Lembah Pantai..melihat persaingan yang tidak seimbang dari sudut kekuatan kebendaan..perang poster dan harta yang dikuasai oleh sebelah pihak cuma..akhirnya terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian..

*
Baju lama jangan dibuang,
Buatkan saja kain buruk,
Sudah lama diberi peluang,
Berapa lama lagi mau duduk?

*Hadir untuk mendengar dialog Dato' Husam Musa vs DS Tengku Adnan di Putrajaya..Ku Nan tidak hadir..Dato' Husam mempunyai idea dan karisma kepimpinan yang baik..orang sepertinya perlu dalam politik Malaysia..


*  ..menziarahi Dato' Saifudin Abdullah di Temerloh tanda sokongan peribadi kepada seorang sahabat dan ahli politik yang ada prinsip dan fikrah yang baik..sokongan kepada peribadi tidak menggambarkan sokongan kepada parti..cuma tokoh yang berkemampuan dan berdisiplin dihargai..hidup perlu adil dan insaf merentasi sempadan ketaksuban..

* Dalam senyum manis dan mesra,
terkendung manja hasrat suci;
ingin kupetik Putrajaya,
biar harum di muzium hati

*   menyalami mokcik India yang setia;
ingin erat dampingi insan Islami
dan bermesra dengan rakyat senegeri.
Seakrabnya nanti, kami sama mengundi,
demi mengasas kuasa yang murni
*Wang mudah beli 
orang yang rapuh;
tak mungkin beli
insan yang kukuh


MEREKA ITU
Mereka wariskan generasi muda
dengan beban hutang beratus bilion,
lalu mengingatkan anak-anak belia
tanganilah hutangnya setekun santun.

Mereka junamkan ekuiti Melayu
dari lima puluh ke dua bilion.
Tapi, cepat mengerah seyakin qalbu,
tambahilah sendiri agar bertimbun.

Mereka nasihat Cina usah berkaum,
tapi, merekalah harimau mengaum,
mencakari 13 Mei yang terluka,
mencurah lagi cuka ‘Tanda Putera’.

Mereka bangga yang cium pipi Melayu
seolah luka batin cepat berlalu.
Sandiwara tertera amat memuntah,
tapi, ya, ya, ya, ya, itulah mereka!

Merekalah bangsawan sentiasa mewah.
Kalau pedih pun cuma lakon pepura.
Hanya kaum murbawan boleh merubah,
kini, tokoh begitu sudah tersedia
 

 undilah sarip dodol !!

sekian 

Wednesday, April 3, 2013

Membaca Buku

Membaca Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat  

Oleh Ooi Heng
Membaca buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat membawa pemikiran saya kepada dimensi pinggiran yang lebih merupakan interaksi seorang bukan Muslim dengan realiti semasa. Dimensi utama yang melibatkan interaksi seorang Muslim dengan dunia di sekelilingnya bukanlah pengalaman dan worldview yang mencorakkan pemikiran seorang bukan Muslim seperti saya.
Tanggal 25 Jun 2012, saya telah menghadiri masjlis pelancaran buku ini, yakni karya terkini Dr. Siddiq Fadzil, “seorang guru tua dari pedalaman” yang telah terlibat sebagai seorang aktivis semenjak zaman pelajar sehinggalah beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai Presiden ketiga (1982-1991). Hampir seribu hadirin hadirat yang mengisi dewan sebuah hotel di Ampang mungkin ternampak kehadiran seorang dua bukan Muslim pada malam itu.
Saya ghaibnya membaca dengan pantas dan dapat menghabiskan sebuah buku dalam masa dua tiga hari termasuk hari Sabtu dan Ahad. Tetapi saya asyik berhenti memikirkan sesuatu semasa membaca buku Islam dan Melayu, sehinggalah pada ketika menulis artikel ini, saya hanya sempat membaca hampir seratus halaman.
Selama lebih kurang satu dasawarsa berkecimpung dalam dunia penulisan bermula dengan penulisan bahasa Cina, membaca merentasi bahasa mencakupi bahasa Cina, Melayu dan Inggeris telah mengisi kebanyakan masa lapang saya. Membaca merentasi bahasa dan membabitkan pembacaan membicarakan soal Islam dan Melayu adalah suatu pengalaman unik bagi seorang bukan Muslim seperti saya. Yang direntasi bukan sekadar perbezaan bahasa, tetapi juga melibatkan perbezaan budaya, tradisi ilmu dan worldview.
Dunia penulisan bahasa Cina telah banyak kali mempersoalkan mengapa pembaca senantiasa meletak segolongan penulis “dunia Tionghua” termasuk Taiwan dan China sebagai intelektual utama yang juga menjadi inspirasi dalam proses pencarian ilmu dan penulisan bahasa Cina. Dengan kata lain, mengapakah tradisi ilmu di negara lain dijadikan sebagai sumber utama tradisi ilmu tempatan? Tiadakah penulis tempatan yang juga bergelar intelektual? Tidak cukupkah bilangan penulis tempatan dan kualiti penulisan mereka dalam membentuk gelanggang penulisan bahasa Cina dengan tradisi ilmu tersendiri?
Sesungguhnya, dunia penulisan bahasa Melayu juga berdepan dengan persoalan seumpama. Lebih-lebih lagi penulisan bahasa Melayu yang juga menyentuh soal Islam. Di manakah tradisi ilmu yang menjadi sumber inspirasi utama dunia penulisan bahasa Melayu dan Islam jikalau bukan terlahir daripada gelanggang penulis tempatan? Apakah Indonesia dan negara-negara sekitar gerakan Arab Spring yang menjadi sumber utama membentuk tradisi ilmu tempatan?
Bagi penulis bahasa Cina tempatan, satu persoalan yang lebih unik adalah, mengapakah penulisan bahasa Cina sering kali berdepan dengan masalah pengiktirafan dalam tanah air kelahiran mereka?
Saya masih ingat pada satu hari apabila saya terbaca dalam buku Edward Said, beliau menyentuh sumbangan tokoh ilmu tempatan Syed Hussein Alatas dalam mempersoalkan kerangka permasalahan penulisan dan proses kolonialisme yang mencorakkan sifat Melayu kononnya disemai budaya malas. Selepas itu, saya pernah beberapa kali menanyakan kawan-kawan yang saya temui, ramai dalam kalangan mereka yang mengenali Edward Said tidak mengenali tokoh besar tempatan Syed Hussein Alatas.
Pernah juga saya terbaca karya yang menyifatkan intelektual awam sebagai species unik yang penulisannya merupakan sebahagian daripada praktis yang dapat memimpin (lead) pada masa yang sama membentuk nilai dan budaya kehidupan awam sesuatu masyarakat pada zaman tertentu. Agak ramai intelektual tempatan yang pada pandangan saya pernah menghidupkan sifat seorang intelektual awam. Bermula pada malam pelancaran buku Islam dan Melayu, saya berpeluang mengenali seorang lagi aktivis masyarakat yang disifatkan oleh pemidato pada malam tersebut Anwar Ibrahim sebagai intelektual awam.
Kali ini agak istimewa buat saya, kerana yang saya mengenali melalui pandangan orang dan pemahaman diri saya adalah seorang aktivis Islam yang membicarakan soal Islam dan umatnya. Saya sukakan buku ini kerana beberapa kemusyikilan yang tertanam dalam hati saya kini “terjawab”. Barang kali “terjawab” bukanlah istilah yang tepat. Saya bukan mendapat jawapan daripada pembacaan buku tersebut tetapi dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai persoalan tertentu melalui dialog antara bisikan pemikiran saya dengan apa yang dibicarakan dalam buku Islam dan Melayu.
Bagi seorang bukan Muslim, persepsinya terhadap Islam sering kali tertanam kerana pengaruh kuat politik kepartian. Tetapi buku Islam dan Melayu telah melakarkan sesuatu yang berbeza dengan persepsi bukan Muslim mengenai Islam. Telah banyak kali akhbar bahasa Cina melaporkan sudut berita atau pandangan bahawa bukan Muslim akan mendapat layanan second class mengikut hukum Islam. Dalam makalah berjudul “Kepimpinan Politik Melayu: Dari Tradisi ke Demokrasi-Islami”, Ustaz Siddiq Fadzil telah membicarakan permalasahan berhubung status Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan akhirnya merumuskan pandangan di bawah yang juga menyentuh hak seorang bukan Muslim:
Negara yang demokratik-Islamik model Malaysia harus mampu merealisasikan maqasid al-shari’ah dalam konteks pluraliti kaum, agama dan budaya. Keadilan, kebebasan dan martabat keinsanan yang merupakan bahagian penting daripada objektif syari’at harus dapat dinikmati oleh seluruh warga, termasuk warga bukan-Muslim. Mereka harus dilayani selayaknya sebagai warganegara (muwatinun), bukan kaum zimmi (dhimmiyyun). Perubahan realiti politik telah menjadikan pengkategorian zhimmiy-harbiy tidak relevan lagi.
Konsep warganegara adalah satu konsep penting dalam dunia hari ini. Biarpun bagi bukan Muslim yang tidak mempunyai pemahaman mengenai hukum Islam, pengiktirafan sebagai warganegara adalah asas sekali, malah, penyelesaian kepada masalah utama yang berbangkit kerana ketidaksaksamaan dari segi pelaksanaan dasar selama ini juga berkait rapat dengan kelemahan penghayatan pemegang kuasa terhadap konsep warganegara. Hari ini banyak yang telah dibincangkan mengenai kegagalan dasar kerajaan dalam menyelesaikan masalah kemiskinan dan jurang antara Melayu kaya dengan Melayu kurang berada yang semakin meluas. Begitu juga keadaannya apabila dibincangkan jurang antara keluarga berada dengan keluarga kurang berada tanpa mengira latar etnik.
Dalam makalah berjudul “Wasatiyyat al-Islam: Melihat Kembali Erti dan Aplikasi ‘Moderasi’ islam”, Ustaz Siddiiq Fadzil ada menyentuh soal jurang kekayaan. Menurut beliau,
Ekonomi wasatiyyah tidak mengizinkan pembolotan sehingga hak memanfaat dan menikmati kekayaan menjadi terbatas hanya di kalangan kelompok kecil para hartawan (dulatan bayma al-aghniya’). Apabila jurang ekonomi antara golongan: the have – the have not – the have a lot telah menjadi sedemikian luas, pemerintah harus campur tangan demi mengembalikan wasatiyyah dalam erti keseimbangan dan keadilan sosial.
Selain campur tangan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar, saya berpendapat, pembaharuan proses penggubalan dasar yakni paradigma yang mencorakkan keseluruhan pembentukan dasar baharu adalah perlu. Paradigma lama selama ini yang dtunjangi pemikiran dan kepentingan kelompok kecil sama ada bertopengkan nama bangsa, kaum, atau negara, sering kali meminggirkan kepentingan kaum majoriti (atau etnik?) dan membangkitkan ketidakpuasan kaum minoriti (atau etnik?).
Pelbagai masalah yang berbangkit ekoran pelaksanaan dasar yang tidak adil tidak dapat diselesaikan selain menanam dalam minda etnik terbesar bahawa mereka berada dalam keadaan terancam meskipun hakikatnya bukan begitu. Tindakan sedemikian serupa apa yang disifatkan dalam buku Islam dan Melayu sebagai gejala pembodohan rakyat. Apakah Melayu mahu terus diperbodohkan dengan andaian yang jauh memesong daripada realiti semasa kononnya etnik terbesar berdepan dengan ancaman?
Bagi saya, pendekatan baharu berlandaskan konsep warganegara dan bukannya kepentingan kelompok tertentu harus melatari keseluruhan proses penggubalan dan pelaksanaan dasar. Dalam pada itu, pemberdayaan rakyat adalah penting untuk menyingkir gejala pembodohan rakyat sekaligus menyediakan suasana yang cergas untuk penerapan dan pencerahan idea yang seiring dengan nilai zaman semasa.
Dalam makalah berjudul “Pemberdayaan Umat: Kembalikan Daulat Keinsanan Rakyat!”, Ustaz Siddiq Fadzil telah menyentuh peri pentingnya pemberdayaan rakyat dan bahawa “pakej pemberdayaan rakyat dalam konteks sekarang harus meliputi pendidikan demokrasi, agar dengan begitu rakyat tahu makna sebenar demokrasi, dan bagaimana ia semestinya dilaksanakan”. Rakyat harus dididik bagaimana menggunakan hak demokratiknya secara bijaksana dan bermaruah.
Sebenarnya banyak hujah Ustaz Siddiq Fadzil yang ingin saya sentuh dan bincang. Tetapi apa yang lebih penting ialah, buku ini wajar dijadikan bacaan penting bukan Muslim. Hujah progresif dalam konteks hukum Islam berbeza dengan sudut berita yang diutarakan dalam media. Bacalah sendiri supaya anda dapat menghayati sebuah karya secara menyeluruh dan mendalam. Saya sekadar menyentuh dimensi pinggiran.
Akhir sekali, ingin saya berkongsi puisi seorang penyair-budayawan kenamaan Rendra berjudul “Kesaksian Bapak Saija” yang berbunyi seperti berikut:
Hidup tanpa daya
sebab daya ditindih ketakutan.
Setiap hari seperti mati berulang kali.
Setiap saat berharap menjadi semut
agar bias menjadi tidak kelihatan.
Sekarang setelah mati
baru aku menyedari
bahwa ketakutanku membantu penindasan,
dan sikap tidak berdaya menyuburkan ketidakadilan.



*Ooi Heng ialah Pengarah badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Thursday, September 6, 2012

POLITIK KITA MEMANG CACA MERBA


Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan. Ada yang tunjuk kemaluan pada gambar pemimpin tertentu, ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin
Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi samada dari agama ataupun budaya.
Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:
“Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini hasan”).
Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.
Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).
Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Piawaian
Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.
Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.
Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz Muda
Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin al-Khattab.
Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.
Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.
Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’. Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Fatwa Artis
Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.
Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.
“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.
Apapun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada’ dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Friday, February 17, 2012

politik warna angpau yang menjijikkan


Tahun Baru Cina yang telah berakhir minggu lalu, mungkin telah meninggalkan ‘kenangan pahit’ buat pertubuhan Perkasa pimpinan Dato’ Ibrahim Ali. Niat murni mereka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah dipertikaikan dan dipolitikkan. Isu warna paket wang yang diistilah sebagai angpau putih atau lebih tepat disebut, pekkim (paket putih) yang diedarkan ketika mengadakan Rumah Terbuka tersebut, diperbesarkan segelintir orang hina sehingga menjadi masalah negara. Wal hal sebenarnya isu ini amatlah kecil. Tindakan yang jika disengajakan pun, saya tidak nampak di manakah salahnya? Isu hanya berligar di sekitar warna.

Sedangkan niat murni mereka mengadakan majlis tersebut dan niat bersedekah, memberikan wang menggunakan ‘angpau putih’ tersebut angsung tidak dihargai. Saya masih tercari-cari di manakah angpau putih yang dimaksudkan itu, kerana ia tidak wujud dalam erti kata sebenar? Angpau bermakna paket merah, manakala pekpau (pekkim) adalah paket putih, jika digabung dua istilah ini sebagaimana yang dipolitikkan bermakna angpau putih, iaitu paket merah putih. Di manakah paket itu sebenarnya? Rata-rata yang diedarkan adalah paket putih, tidak ada paket merah putih.

Bagi saya yang memahami bahasa Cina, isu ini amat meloyakan dan saya hanya ketawa beruk membacanya. Apa yang jelas, Perkasa sudah terperangkap dalam permainan politik licik ultra kiasu, melalui permohonan maaf terpaksa dilakukan. Saya harap Perkasa lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan terlalu cepat melatah. Apapun saya tabik kepada Perkasa, sekalipun tidak bersalah tetapi masih memohon maaf. Ini kerja mulia dan budaya yang saya sanjungi.

Bukan seperti ultra kiasu, sah-sah melakukan kesalahan menyinggung dan menghina agama Islam dan raja-raja Melayu, tetapi langsung tidak mahu meminta maaf, malah bongkak dan sombong. Sudahlah begitu, ada yang tidak segan silu meminta anugerah ini dan itu, serta darjah kebesaran dari raja-raja Melayu.

Putih tidaklah melambangkan kesedihan dalam konteks sebenarnya. Jika begitulah keadaan, sudah tentu majlis perkahwinan orang Cina penuh dengan pakaian warna merah, terutama pengantinnya seperti zaman dahulu. Persoalan saya, kenapa sekarang pengantin Cina tidak berpakaian merah ketika hari yang amat bermakna itu? Boleh dikatakan semua pengantin Cina memakai pakaian putih (gaun perempuan) dan hitam (blazer lelaki). Tidakkah itu pakaian berkabung? Kenapa tidak dipertikaikan? Jawapannya mudah, apabila sesuatu itu datang dari barat atau yang melakukannya adalah orang barat, semuanya dianggap baik belaka, walaupun bertentangan dengan budaya sendiri. Tetapi apabila tiba orang Melayu yang melakukannya, bertentangan sedikit dengan cara hidup mereka, semuanya sensitif dan mula diperbesar-besarkan. Politik kurang ajar apakah ini? Kaduk sudah naik junjung, kita terlampau memberi muka kerana undi dan pilihan raya.

Sebagai seorang yang biasa dengan budaya Melayu, sepanjang pengetahuan saya, orang Melayu hanya tahu adat budaya Cina yang bersifat umum sahaja. Misalnya warna merah sebagai tanda kegembiraan. Maka sesuai dipakai ketika Tahun Baru Cina dan tidak sesuai menghadiri upacara kematian. Manakala, warna putih pula adalah warna yang universal, boleh masuk dalam semua majlis. Setakat itulah yang saya boleh baca dalam pemikiran Ibrahim Ali. Putih itu bersih, indah dan menawan. Manalah tahu tiba-tiba dipolitikkan.

Lagipun jika berlakupun kejahilan dalam memahami cara hidup bangsa lain, itu adalah perkara biasa. Adalah tidak menghairankan jika orang Melayu tidak dapat memahami sepenuhnya budaya bangsa minoriti, berbanding dengan bangsa minoriti yang sepatutnya memahami budaya bangsa majoriti, kerana adalah perkara biasa jika budaya majoriti lebih tertonjol berbanding minoriti.

Saya yakin masih ramai di luar sana yang tidak memahami budaya Melayu atau Islam. Misalnya, datang ke rumah orang Islam, menghadiri upacara kematian dan masuk masjid dengan pakaian menjolok mata, seluar dan skirt pendek yang menggiurkan. Tetapi umat Islam tidak bising kerana mereka mengakui dan menginsafi kejahilan orang lain. Memaafkan mereka adalah kerja mulia. Kalau adapun kes-kes yang berlaku, tidaklah diperbesarkan sehingga menjadi masalah negara. Inilah sikap orang Melayu yang saya puji yang sukar untuk dicari dalam bangsa lain.

Jika paket putih itu yang menjadi masalah, sepatutnya orang Cina yang hadir itulah bising. Mungkin sampai ke peringkat memulangkan semula wang dalam paket putih tersebut. Ini tidak, paket putih tetap diambil, sebab yang penting dan berharga bukan paket tersebut tetapi wang yang terkandung. Lagipun paket putih yang paling murah harganya berbanding paket berwarna. Persoalan saya, apakah mungkin timbul isu jika paket tersebut berwarna hijau? Warna hijau juga dikaitkan dengan kesedihan dalam budaya Cina?

Menurut feng shui, sebenarnya warna putih itu melambangkan kemuliaan, kesucian dan kebersihan. Putih selalu dikaitkan dengan logam dan warna keemasan. Justeru, saya amat pelik, kenapa ultra kiasu, termasuk MCA pun turut terikut-ikut rentak ultra kiasu menyerang Ibrahim Ali. Jika mereka manusia berperasaan, sepatutnya mereka memuji Perkasa yang selama ini menunjukkan sikap seolah-olah ‘anti Cina’, walau hakikat sebenarnya tidak. Hanya kerana warna paket wang, maka Perkasa dijadikan objek cacian dan makian. Adakah pemikiran pandir ultra kiasu ini wajar?

Hina sungguh politik pembangkang dan ultra kiasu hari ini. Kalau ya pun hendak menguasai Putrajaya, berpolitiklah secara gentlemen, bukannya menjadi pondan. Parti PAS pun sama, turut menempelak Perkasa. PAS hari ini sudah begitu jauh berubah berbanding dahulu. PAS nampak begitu fleksibel dan terbuka. Dahulu, segala apa yang berkaitan dengan budaya Cina, PAS begitu elergi dan amat berhati-hati. Hari ini, bukan sahaja mereka gemar dan suka dengan tarian singa, naga dan angpau, kalau boleh dengan singa-singa dan naga-naga itu mahu dibawa tidur. Janganlah terlalu over dalam isu-isu sebegini. Tidak semua perayaan atau perkara yang dipraktikkan oleh orang Cina ketika Tahun Baru Cina itu bersifat budaya.

Ada juga perkara yang dikaitkan dengan agama. Berhati-hatilah dengan simbol dan objek tertentu kerana ia ada kaitannya dengan unsur penyembahan. Sebagai orang Cina, saya pun menyambut tahun baru Cina, tetapi saya menjaga batas-batasnya. Ini tidak, saya lihat pemimpin ultra kiasu beragama Islam pun begitu ghairah menyambutnya.

Saya tidak bercadang membela Perkasa, tetapi mengambil sikap bersangka baik daripada bermain politik jijik dan kotor. Warna tidak melambangkan apa-apa. Putih, hitam, merah, hijau, biru dan lain-lain, semua datangnya dari Allah. Adalah salah jika kita kaitkan warna dengan identiti seseorang. Warna putih dan hijau tidak semestinya bersih, jika hati hitam legam.