Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Saturday, May 17, 2014

perang badar

perang badar berlaku pd tahun kedua selepas hijrah baginda saw

perang badar jika kita bandingkan dengan peperangan yg tercetus dlm sejarah manusia sepanjang zaman dari sudut bilangan tentera dan senjata perang yg di gunakan, ianya merupakan peperangan yang sgt kecil berbanding siri peperangan yg berlaku sepanjang sejarah manusia.

namun jika kita koreksi kesan dan akibat dari peperangn badar dan kita buatkan perbandingan dari sudut itu, badar memiliki keistimewaan yang cukup besar.

sesungguhnya ibrah (tauladan) bukanlah pada banyaknya bilangan tentera dan gahnya senjata, tetapi tauladan ada pada nataaej (kesan2 / hasil).


Friday, May 16, 2014

kenangan

ni joke time membe2 komplen sbb apa time ak ada dlm team, team x pernah dapat champion.. 

lebih 4 tahun kat mesir dan tiap tahun ada ritual pertandingn futsal antara anak2 phg, dan tiap tahun kami mempertaruhkan maruah utk menang dlm game ni.. hadiah x besar dan tournamentnye pon x berprestis pun, walaupun aku pernah join team mewakili malaysia dlm asian cup di cairo, anjuran student indonesia dan dapat johan (kecewa xdapat medal n hadiah sbgimna yg dijanjikan -fainal lwn team thailand bangkok) tapi sgt ralat kerana xpernah merasa johan dlm pahang. 

so membe2 ni pon PM aku yg kat mlysia nih, dgn suara sindiran dan penghinaan kpd watak utama dlm citer nih.ada sedikit angin iri hati mengalir dlm urat darah.geram. maka aku layangkan 1 surat utk mereka.. surat tu berbunyi:

enta jgn bangge sngt .. 

kisahnya begini: Salman Yusof brnazar atas bukit muqattam bawak gibnah kunin.. jamu jin2- dgn syarat menang game.. Wan Ibn Muhammad turut besekongkol dlm petualang ini. tp dia bawak sesuatu yg spesial. yg sgt digemari ketua jin muqattam. eish dan tokmiyyah, disuap sendiri ke mulut jin itu. 

makanya tdk heranlah bola mudah menggegar jaring lawan tanpa diduga. 

manakala Tamimi Paad n Bro Malaya tdk dpt dipasti kn adakah mereka turut trlibat dlm agenda khurafat ini. mnta unit hizbah selongkar bawah  tilam. mungkin ada bahan bukti utk disabitkan kesalahan.

hehhe..kata Ali al-Tantawi: hidup itu nostalgia, dan hidup itu seluruhnya nostalgia.

senyum lah mengingati nostalgia ini dan itu..

manfaat dari sirah nabi



sirah nabawiyyah merupakan unsur tarbawi yang terkuat, memberi kesan yang banyak pada jiwa dan akal selepas al-Quran.

Abu al-Hasan al-Nadwi; al-sirah al-Nabawiyyah

الصلاة في مسجدي

suatu ketika al-arqam ibn abil arqam bersiap2 hendak ke bait al-muqaddis, beliau merupakan antara sahabat nabi yg terawal memeluk islam, di bukit safa yg berhampiran dgn kaabah itu, terletaknya rumah beliau dan disanalah islam disebarkan secara sirr ( underground )

setelah lengkap kelengkapanya utk brmusafir, beliau pergi brjumpa nabi saw utk mgucapkan selamat tggl.

"ada hajat apa pergi ke sana, berniagakah?" tanya nabi saw.

katanya " tidak demi allah wahai nabi allah, aku ingin utk solat disana, di bait al-muqaddis".

nabi membantah dgn sabdanya: 



الصلاة في مسجدي خيرٌ من الف صلاة فيما سواه، الا المسجدٓ الحرام

"solat di masjid ku lebih baik dari solat di masjid selainnya kecuali masjid al-haram"

( diriwayat dari al-hakim dlm mustadrak dan al-tabrani dlm al kabir )

ruh

dalam badan kita ada ruh, itu lah kita sebenarnya. badan kita adalah pakaian bagi ruh, seperti pakaian lain apabila rosak dan lusuh, kita buang. maka pakaian ruh ini di buang didalam tanah yang kita namakan kubur..

ruh ini memerlukan makanan. makanannya adalah ibadah. ibadah itu luas, meliputi segala perkara kebaikan yang dilakukan insan. ketika insan melakukan kebaikan, hatta kepada binatang pun, jiwanya terasa puas, menunjukkan ruhnya telah mendapat makanan..

sebagaimana ruh gembira dgn kebaikan, ruh akan disakiti dgn kejahatan yg dilakukan. ketika kita melakukan kesalahan, jiwa
akan gusar, gelisah, takut, ruhnya tidak tenteram..

ini fitrah, semua manusia, hatta haiwan. kucing yg diberi makan akan makan dgn tenang, tetapi apabila ia mencuri ikan kita, ia akan berlari pergi dgn mata tajam.

semua manusia melakukan kesalah, bezanya besar atau kecil. banyak atau sedikit. islam mensyariatkan solat, muslim solat 5 kali sehari semalam, sebelum solat mestilah membersihkan diri, yg kita namakan dgn wuduk, kita membasuh anggota kita dari pada kekotoran yg terlekat di kulit, ia merupakan isyarat penyucian terhadap ruh itu sendiri. maka setiap muslim membersihkan ruhnya 5 kali sekurang2nya setiap hari.

manusia dan kematian

الموت أقرب شيء حواسنا منا, وأبعد شيء في أفكارنا عنا

kematian adalah perkara yg paling hampir kpd pancaindera kita, namun ia merupakan perkara yang paling jauh dari pemikiran kita

jenazah dtg di depan kita, kita solat dan doakn jenazah, kita ke kuburan melihat jasad ditimbus tanah; tp mulut dan akal kita masih jauh dgn kematian. 

manusia sentiasa melupakan kematian.ttp mukmin sentiasa mengingatnya dan bersiap sedia utk mnghadapinya.

Wednesday, May 14, 2014

peperangan Rasulullah



tanda bulat merah adalah peperangan yang berlaku pembunuhan (7 peperangan)

selainnya tidak terjadi pembunuhan kerana musuh berpaling atau berlaku perdamaian,

kesemuanya 27 peperangan yg di pimpin oleh Rasulallah saw sendiri.

peperangan ini berlaku selepas hijah nabi ke madinah, kesemuanya dalam masa kurang dari 10 tahun, dan Nabi ketika perang badar berusia sekitar 55 tahun.


umur nabi ketika mendapat wahyu pertama : 40 tahun
tempoh berdakwah di makkah selama: 13 tahun
tempoh berdakwah di medinah : 10 tahun

maka umur nabi ketika wafat baginda saw: 40+13+10= 63 tahun.

3nombor diatas penting utk kita mngkaji sira nabi. dgn nya kita akan dapan mngesan bnyak perkara.

Padang Ragutnya Subur Tetapi Malang, Kambingnya Sakit

Daripada Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar kita sebahagian orang Islam,orang Arab dan lain-lain berbanding dengan sebahagian orang barat.
(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني
Aku menulis risalah ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.
Aku sebenarnya takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku menulis tentang mereka dengan penuh kebenaran dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku.
Demi Allah! Sesungguhnya debu-debu pada kasut Nabi Muhammad bin Abdullah sollallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih ku cintai dari seluruh bumi Amerika dan Eropah dihimpunkan bersama.
Tetapi, mengakui dan mengiktiraf kebaikan orang lain bukanlah suatu yang tercela bahkan ianya merupakan manhaj al-Quran.
Firman Allah Ta’ala:
ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة
Maksudnya: “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar)…” [Ali Imraan: 113].
Ketika aku berada di Paris, selain merujuk kes kesihatanku dengan para doktor, aku sempat melawat beberapa buah perpustakaan serta melihat dan memerhati gelagat masyarakat di sana. Aku perhatikan pergaulan dan hubungan sesama mereka. Sepanjang itu, aku mendapati wujudnya nilai kesenian sebuah tamadun, tabiat yang indah, jiwa yang lembut, kemesraan sebuah pertemuan, adab yang baik dengan yang lain, tona suara yang tenang, hidup yang kemas tersusun, janji yang ditepati dan ketertiban dalam urusan hidup seharian!
 Lantas terlintas persoalan di benakku…
Bagaimana pula halnya dengan kita semua warga Arab?
Ibn Khaldun rahimahullah telah mendahuluiku dengan menyifatkan kita (bangsa Arab) dengan sikap perengus dan kasar.
Walaupun begitu, aku masih berbangga menjadi seorang Arab dek kerana Al-Quran itu berbahasa Arab dan Nabi Muhammad s.a.w juga seorang Arab.
Jika tidak kerana Wahyu itu yang telah mendidik dan mengasuh para pengikutnya, nescaya kita semua masih berada di takuk lama tatkala manusia menyembah berhala Hubal, Lata, Uzza dan Manat yang ketiga dan sekeliannya!
Namun, kita masih lagi punya jiwa yang kering, hambar dan keras mengikut kadar jauhnya kita dari mengamalkan Syariat yang suci.
Kita adalah masyarakat yang pemarah, bengis dan perongos…kecuali mereka yang dirahmati Allah (maka mereka bebas dari sikap itu).
Lihat sahaja sebahagian para masyaikh (guru) dan penuntut ilmu termasuk diriku. Kita kekeringan akhlak yang sempurna, punya nilai diri yang rendah. Terlalu kusam akhlaknya sehinggakan jika ditanya tentang sesuatu kepada sebahagian mereka menyambut persoalan itu dengan masam muka, berpaling dengan tiada menunjukkan minat dan penuh dengan sikap tidak endah.
Para petugas keamanan dari kalangan tentera misalnya. Mereka bersikap sangat kasar dan bengis ketika bertugas. Dengan pakaian seragam mereka itu, menaikkan lagi keangkuhan dan keegoan di khalayak awam.
Dari kalangan para suami pula, berlagak dan berani tidak bertempat. Bengis dan tegas, menakutkan dan menggerunkan bak singa tatkala berhadapan dengan para isteri. Tetapi bila di luar sana sangat lemah lembut, sopan dan mesra alam pula sifatnya!
Tidak ketinggalan juga para isteri. Sebahagiannya umpama kala jengking yang menyengat dan ular yang berbisa!
Begitu juga di kalangan para penjawat awam yang memikul amanah rakyat. Perwatakan mereka persis Namrud bin Kan’aan. Penuh takabbur dan sombong. Bila menyapa seringkali mereka berasa hebat. Tatkala duduk di khalayak ramai mereka seolah-olah bertambah mulia dan gah dengan jawatan yang dipegangnya.
Pegawai-pegawai polis seringkali berbicara dengan bahasa yang kesat, pedih dan menyakitkan.
Para ustaz dan guru sangat tawar dan hambar dengan para pelajar….
Sesungguhnya semua ini menyebabkan kita sangat perlu kepada perubahan. Kita berhajat kepada sebuah sekolah khusus (Maahad Tadrib Latihan) mendidik manusia tentang akhlak mulia.
Kita sangat berhajat kepada institusi yang mampu melahirkan para penjawat awam yang punya perwatakan penuh rahmat, kasih sayang, sopan santun dan tawadhuk.
Kita berhajat kepada sebuah markaz melatih para tentera bersopan dengan masyarakat awam.
Kita perlukan kolej khas dan bengkel yang mampu mengajar para suami dan isteri seni kehidupan berumahtangga.
Umat hari ini ternyata perlu kembali kepada perlaksanaan Syariat yang tuntas dan tepat agar dapat kita keluar dari belenggu kehambaran dan kekerasan jiwa yang jelas terlihat kusamnya di wajah dan pergaulan kita.
Di Negara-negara Arab seringkali kamu akan bertemu dengan masyarakatnya yangberwajah seolah-olah penuh debu dilitupi warna hitam dan gelap gelita kesan dari tekanan, sikap takabbur, bongkak, dongkol, bebal dan keluh kesah.
Kita sebenarnya telah menyempitkan diri kita sendiri, manusia dan kehidupan seluruhnya!
Kerana itu kita akan mendapati sikap pengguna jalanraya yang melanggar peraturan lalulintas, menjadi sebab kesesakan dan seringkali bertikam lidah, berbalah dan berkelahi sesama sendiri.
Keadaan dan tabiat ini telah dipersetujui akan sebabnya oleh teman-teman para pendakwah tatkala soalanku kepada mereka:
“Apakah puncanya semua ini?” Lalu jawab mereka :

الحضارة ترقق الطباع!

“Ketamadunan yang telah melembutkan tabiat kemanusiaan.”
Berbeza halnya di sini (Perancis). Jika kita bertanyakan arah jalan kepada seorang warga Perancis, dia akan segera keluar dari kenderaannya dengan membawa sebuah peta menuju ke kereta kita. Setelah itu dia akan menerangkan semuanya dengan jelas sedang kita masih berada di kerusi pemandu di dalam kereta kita.
Tatkala kita berjalan di sebuah laluan, lalu hujan mulai turun. Anda akan mendapati seseorang akan membuka payung untuk melindungi kita dari terkena hujan.
Begitu juga misalnya ketika sedang berebut atau bersesak di hadapan pintu masuk hotel mahupun hospital, pasti akan ada insan yang memberi laluan diiringi kata-kata yang penuh sopan dan menyenangkan.
(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w diamalkan dan direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.
Sedangkan jika ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan hinaan. Ke mana hilangnya manhaj Al-Quran yang mengajar kita dengan ayat- ayat seperti:

«وقل لعبادي يقولوا التي هي أحسن » ،

Maksudnya: {Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik…}. [Al-Israa': 53].

« وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما » ،

Maksudnya: {Apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.} [Al-Furqan: 63]

« فاصفح الصفح الجميل »

Maksudnya: {…serta layanlah mereka dengan cara yang elok.} [Al-Hijr: 85]

«ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في الأرض مرحاً إن الله لا يحب كل مختال فخور، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير»

Maksudnya: {Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}. [Luqman: 18 -19].
Begitu juga sebagaimana di dalam Hadith:

وفي الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن »

“Orang-orang yang mempunyai rahmat (kasih sayang) akan dirahmati dan disayangi Ar-Rahman.” [HR: Abu Daud]

و «المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده »

“Seorang muslim itu adalah orang yang selamat orang Islam yang lain dari bahana lidah dan tangannya.” [Muttafaq Alaih].

و «لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»

“Janganlah kamu bermusuh, janganlah berhasad dengki, jangan menjadi batu api, jangan memutuskan silaturrahim. Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.” [Muttafaq Alaih].
Kita punya Syariat yang bersifat Rabbani lagi penuh keberkatan namun sangat lemah perlaksanannya.
Telah berkata seorang cendiakawan India :

المرعى أخضر ولكن العنز مريضة

“Padang ragut subur tetapi malang kambingnya pula sakit.”
Akhirnya aku bermohon agar sesiapa sahaja yang membaca risalahku ini perlu berusaha sedikit demi sedikit membuat perubahan sikap dan paradigma. Ubahlah sikap sesama masyarakat sekeliling, keluarga, manusia seluruhnya samada Islam atau lainnya.
Wajib atas kita memperbaiki hubungan dan meningkatkan kualiti pergaulan dengan manusia…kerana kitalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia…
Alihbahasa: Abu Fatih Al-Mubaraki.
Dibaca oleh: Abu Anas Madani.
Pondok Sungai Durian.
Tarikh: 3 Muharram
1435H – 7/11/2013.

http://www.abuanasmadani.com/?p=2155#more-2155

Muhammad s.a.w

A021
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat

ayat ini berada di posisi surah al-Ahzab. 

al-Ahzab merupakan sebuah peperangan yang berlaku dalam hayat baginda saw , juga disebut dengan perang khandaq, nabi saw sendiri mengetuai peperangan tersebut.

dinamakan al-ahzab(kumpulan-kumpulan) kerana kaum quraisy tidak lagi bersendirian dalam memerangi kaum muslim, bahkan dibantu dari kabilah-kabilah arab dan yahudi, mereka bersatu bagaikan tangan yang satu memerangi rasulullah saw dan kaum muslimin. dan dinamakan juga dengan al-khandaq (parit) kerana tentera muslim menggali parit bagi membentengi dari serangan musuh.

ayat ini dalam konteks memuji peribadi Nabi Islam ini, bahawa pada diri Muhammad contoh ikutan yang baik, sedangkan suasananya peperangan. ini membawa kesedaran kepada kita bahawa kita mesti mengikut tingkah laku muhammad dalam semua waktu, bukan hanya pada waktu aman, bahkan ketika perang juga.

beliau bukan hanya seorang tokoh pendakwah yang baik, beliau adalah seorang bapa, seorang suami (bahkan beliau mempunyai kepelbagaian isteri), seorang sahabat, seorang jiran kepada tetangganya, seorang ketua masyarakat, pemimpin, seorang guru, seorang  murid, seorang majikan, seorang peniaga, bahkan sebagai seorang musuh dalam peperangan. sirah muhammad saw terbuka luas untuk di kaji dan di kritik, ketika gembira dan marahnya direkodkan, pendiriannya suasana aman dan perang dicatatkan, tidak ada dalam sejarah manusia sejak adam, seorang tokoh yang di rekodkan peribadi dan sejarahnya seperti muhammad saw, luar dan dalam, zahir dan batin.

maka kajilah Muhammad saw dalam situasi apa anda berada, dan contohilah.