Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, June 29, 2010

Episode 2

Abu tersenyum melihat watak Ali. Dia tersenyum melihat gelagat rakannya itu. Ali masih dalam situasi yang kritikal dan sadis. Abu cuba menenangkan Ali dengan melontarkan sejambak senyum. Ternyata senyuman itu tidak bermakna, apabila Ali memberitahu Abu bahawa pasportnya tertinggal di rumah. Di Hayy ‘Asyir. Di Nasr city. Sedangkan mereka di Tahrir. Ali mencari akal. Abu mencuri pandang ke luar.

bersambung lagi...

Sunday, June 27, 2010

Cerita pendek : 10 pusingan


Episode 1

Abu dan Ali masih lagi di kota Kaherah, ketika itu mentari menyengat, bumi membahang, cuaca hangat, maka mereka berdua tidak berada di musim bunga. Jika ada orang yang buta pengelihatan atau juling mata, mereka akan berkata : Abu dan Ali sedang bermain salji di musim sejuk.

Hari itu, mereka sekali lagi, pergi bersama, menaiki motor. Kali ini berbeza motor yang ditunggang, bukan milik Abu, mereka menunggang motor kepunyaan Ahmad. Cerita ini tidak di fakuskan tentang siapa Ahmad dan dimana asalnya bukan soalnya, soalnya apa yang berlaku kemudian?

Selepas melepasi Hayy ‘Asyir dan Hayy Sabe’ mereka menerjah ke arah Tahrir. Jalan tidak sukar. Mudah. Bagi Abu dia telah atau hampir mahir selok-belok jalan di kota Kaherah itu. 20 minit lebih mereka diatas motor kepunyaan Ahmad, mereka pun tiba. Ali terus meloncat turun dari motor sebaik tiba di tempat kejadian. Baginya, dia tidak mahu kejadian hari khamis lalu berulang kembali. Dia ke kaunter yang membuatnya marah pada khamis lalu. Lalu dia menyerahkan segala borang yang perlu. Abu duduk di kerusi yang yang ada pada ruang hadapan pejabat. Tidak sampai 5 minit Abu melabuhkan punggungnya, Ali datang dengan muka cemas dan jiwa yang kacau.

bersambung...

Saturday, June 26, 2010

astaghfirullah

حدثنا أحمد بن إشكاب حدثنا محمد بن فضيل عن عمارة بن القعقاع عن أبي زرعة عن أبي هريرة رضى الله تعالى عنه قال قال النبي صلى الله عليه وسلم كلمتان حبيبتان إلى الرحمن خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Dua kalimah yang di sukai al-Rahman
Ia ringan di lisan
Ia berat di mizan
سبحان الله وبحمده
Maha suci Allah dan bagi-Nya segala kepujian
سبحان الله العظيم
Maha suci Allah yang Maha Agung
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Esok, tatkala kaki kita di mahsyar, amal kita di pertonton.
Kerja buat kita di timbang, oleh Qadhi Rabb al-Jalil, tuhan langit dan bumi.
Ya Allah!
Semoga 2 kalimah ini benar-benar ringan di lisan ku.
Hari ini, berlalu tanpa ada yang memberatkan timbangan ku, esok.
Ria
Sikit
Tidak ikhlas
Semoga di saat itu, ia memberatkan timbangan ku.
Benar apa yang di sabda.

Wednesday, June 23, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




TULIS BACA ADALAH KUNCI ILMU PENGETAHUAN

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,

5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Tuesday, June 22, 2010

berSABARlah

Allhamdulillah.. Aku memuji Allah.. Atas segala limpahan nikmat kurniaanNya..
Astaghfirullah.. Hamba yang daif ini memohon keampunan di atas lautan dosa dan noda.. Masihkah ada keampunan bagi diri ku ini.. Aku pohon pada Mu ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim, ya Ghaffur, yang maha luas keampunanNya, sesungguhnya aku benar-benar telah menzalimi diri dengan kezaliman yang banyak, maka ampunkan lah daku..dosa-dosa ku semuanya..sesungguhnya tidak ada keampunan kecuali hanya pada Mu.
.........
Perasaan berkecamuk..luka..pilu..insaf..sekaligus memberi pengajaran dan motivasi..
“teruskan belajar..
Akan kau menyesal..hidup ni tak bererti gagal kalau kita hanya gagal sekali atau 2 kali atau 3 kali atau 100 kali..hidup ini benar2 gagal kalau kita cuba untuk tidak gagal buat kali seterusnya..”
Ceh wa..bukan main..
“berusaha lah..walaupun kau tetap saja gagal..itu sebenarnya merupakan kejayaan yang besar..”
ya bagi seorang muslim, kegagalan bukan ukuran..tetapi ukurannya adalah kesabaran, usaha, ketabahan, tetap optimis. Semua itu benar2 ada nilai pahala di sisi Allah..

Dalam hadith yang sahih riwayat Imam al-Bukhari Nabi SAW menyatakan bahawa baginda saw diperlihatkan umat2 atau pengikut nabi-nabi sebelum nya..ada nabi yang bersamanya ramai pengikut..malah ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya..
Ini bukan lah menunjukkan dakwah mereka tidak Berjaya.

Di dalam quran ada menceritakan kisah ashab al-Ukhdud. Mereka ini di akhir perjuangan mereka adalah yang mati di tangan pemimpin yang zalim..mereka mati tanpa ada pembelaan di dunia..apabila mereka mati, kisah tentang mereka tamat..ini juga bukan bermaksud pengorbanannya mereka sia2..atau episode perjuangan mereka tamat di situ sahaja..malah ini merupakan bukti bahawa adanya youm el-hisab..

Sebagai seorang muslim tidak ada putus asa dalam jiwa mereka..Allah sentiasa bersama kita.. Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kesenangan.. Dan selepas kesulitan dan kepayahan itu benar-benar ada kesenangan..
Gagal adalah ujian hidup..

Agar tidak sombong & ria mungkin.. manusia yang jarang ditimpa kesusahan.. kekalahan.. kegagalan..selalu lupa apa erti itu semua..

TULIS BACA ADALAH KUNCI ILMU PENGETAHUAN


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.