Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, June 22, 2010

berSABARlah

Allhamdulillah.. Aku memuji Allah.. Atas segala limpahan nikmat kurniaanNya..
Astaghfirullah.. Hamba yang daif ini memohon keampunan di atas lautan dosa dan noda.. Masihkah ada keampunan bagi diri ku ini.. Aku pohon pada Mu ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim, ya Ghaffur, yang maha luas keampunanNya, sesungguhnya aku benar-benar telah menzalimi diri dengan kezaliman yang banyak, maka ampunkan lah daku..dosa-dosa ku semuanya..sesungguhnya tidak ada keampunan kecuali hanya pada Mu.
.........
Perasaan berkecamuk..luka..pilu..insaf..sekaligus memberi pengajaran dan motivasi..
“teruskan belajar..
Akan kau menyesal..hidup ni tak bererti gagal kalau kita hanya gagal sekali atau 2 kali atau 3 kali atau 100 kali..hidup ini benar2 gagal kalau kita cuba untuk tidak gagal buat kali seterusnya..”
Ceh wa..bukan main..
“berusaha lah..walaupun kau tetap saja gagal..itu sebenarnya merupakan kejayaan yang besar..”
ya bagi seorang muslim, kegagalan bukan ukuran..tetapi ukurannya adalah kesabaran, usaha, ketabahan, tetap optimis. Semua itu benar2 ada nilai pahala di sisi Allah..

Dalam hadith yang sahih riwayat Imam al-Bukhari Nabi SAW menyatakan bahawa baginda saw diperlihatkan umat2 atau pengikut nabi-nabi sebelum nya..ada nabi yang bersamanya ramai pengikut..malah ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya..
Ini bukan lah menunjukkan dakwah mereka tidak Berjaya.

Di dalam quran ada menceritakan kisah ashab al-Ukhdud. Mereka ini di akhir perjuangan mereka adalah yang mati di tangan pemimpin yang zalim..mereka mati tanpa ada pembelaan di dunia..apabila mereka mati, kisah tentang mereka tamat..ini juga bukan bermaksud pengorbanannya mereka sia2..atau episode perjuangan mereka tamat di situ sahaja..malah ini merupakan bukti bahawa adanya youm el-hisab..

Sebagai seorang muslim tidak ada putus asa dalam jiwa mereka..Allah sentiasa bersama kita.. Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kesenangan.. Dan selepas kesulitan dan kepayahan itu benar-benar ada kesenangan..
Gagal adalah ujian hidup..

Agar tidak sombong & ria mungkin.. manusia yang jarang ditimpa kesusahan.. kekalahan.. kegagalan..selalu lupa apa erti itu semua..

No comments:

Post a Comment