Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, January 24, 2012

القرضاوي يهنئ نائب رئيس وزراء ماليزيا الأسبق بالبراءة

موقع القرضاوي


بعث العلامة الدكتور يوسف القرضاوي ببرقية تهنئة إلى سعادة السيد أنور إبراهيم نائب رئيس الوزراء الماليزي الأسبق ورئيس حزب "عدالة الشعب"، عقب صدور الحكم بتبرئته من التهمة المنسوبة إليه.

وقال رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين في برقيته "نرسل إليكم بقلوب مِلؤها الفرحة، وصدور منشرحة، وثغور مبتسمة لما أظهره الله تعالى من براءتكم بحكم المحكمة، ولِما منّ الله عليكم به من حب الناس، واحترام الشعب".

وأضاف فضيلته "ما كان هذا الحب والاحترام من الشعب الماليزي سوى نتاج مباشر لجهودكم السياسية والإصلاحية، والذي كان من المنتظر استمراركم فيها لكن ما شاء الله كان، وما لم يشأ لم يكن، هو حسبنا ونعم الوكيل، ولعله تمحيص وابتلاء واختبار لكم".

bukra khamsa wa 'isyren yanair ( 25)

Esok 25 jan.
setahun telah berlalu.
telah Mesir berubah.

selepas tahun dan musim berlalu pergi,
selepas Mubarak terjun bersama labu-labunya,
selepas ramai yang terkorban syahid mati,
selepas sya'ab masri mengidu wanginya hurriya,
selepas itu dan ini...

kagum dengan tanah yang mengalirkan Nil ini,
panjang alirannya, luas dan sangat indah kala malam..
hanyut bersamanya 1001 sejarah pahit manis anak-anak Adam.
bangga menyaksikan mereka memahat sejarah kala ini..



ketika egyptian mencetus revolusi, pemuda ini termenung..termangu di sisi Nil..
tak siapa mengiraukannya..
tapi yg pasti ada raut kekaguman yg kurang jelas di wajahnya

ni muka tokoh maal hijra





ni pilot masa perang dunia ke 2

Thursday, January 19, 2012

tanpa kata.just smile..u make me happy!!



#$@%^&&**&^%^!~`%$^&*
&^%^!~`%^&^&^&^*&$&)**

Carilah Ungkapan Yang Lebih ‘Molek’



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Antara perkara yang indah yang diajar oleh Islam ialah muslim diperintahkan menggunakan perkataan-perkataan yang baik atau sekurangnya tidak keji dalam ungkapannya.

Muslim bukan seorang pencarut, atau pemaki hamun orang atau pencerca dengan kalimat-kalimat yang jelik dan keji. Lidah muslim indah, atau selamat dari kalimat-kalimat yang tidak senonoh. Dia mungkin tegas, keras amarannya, tinggi nadanya dan tajam kritikannya, tapi kalimat-kalimatnya itu terpilih; tidak lucah, tidak juga makian dan hamunan. Inilah yang Anas bin Malik ceritakan:

“Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. (riwayat al-Bukhari).

Mencerca atau memaki hamun orang lain dalam sesuatu majlis adalah perkara yang tidak baik. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir:

bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.


Barat


Di Barat ini walaupun tidak dinafikan ada kesopanannya terutama dalam pengurusan rasmi, namun vulgar language atau bahasa tidak senonoh sudah sebati dalam kehidupan harian mereka. Kalimat f*ck sentiasa di bibir. Di mana sahaja kita dengar mereka bersembang, biasanya perkataan itu akan terbit. Filem mereka, komedi mereka dan segala seni mereka akan diselitkan kalimat-kalimat jelik seperti itu.

Stand-up comedy di sini antara yang dapat sambutan hebat. Ramai yang terkenal dan kaya raya dengan idea-idea lawak mereka. Ada banyak siaran khusus untuk stand-up comedy ini. Namun kesemua lawak tidak terlepas dari perkataan kotor, lucah dan cerita lucah. Makian juga menjadi modal lawak yang mendapat tepukan gemuruh. Tuhan, agama, Jesus, orang politik dan ramai lagi menjadi mangsa maki-hamun yang melucukan pendengar.

Budaya lucah mendapat pasaran dalam masyarakat mereka. Penyanyi seperti Lady Gaga dengan segala kelucahannya mendapat tempat yang hebat. China telah senarai hitam Lady Gaga dan Katy Perry yang menjadi pujaan ramai di Barat, bahkan di pelbagai negara lain juga. Shanghai Baby novel karya Wei Hui, yang meriwayatkan kisah peribadinya yang bercampur lucah, yang telah dibakar sebanyak 40,000 naskah secara terbuka di China, tapi menjadi ‘the international bestseller’ di Barat.

Banyak nilai yang berbeza yang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Barat. Bayangkan apabila budaya ini berterusan dan setiap anak yang lahir dalam masyarakat ini sudah terbiasa demikian rupa. Cumanya, di atas pentas ilmu atau akademik, nampaknya bahasa mereka masih terkawal dan molek.


Lunak Dan Tegas


Saya teringat hadis apabila sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu.

Nabi s.a.w bersabda:

“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikian halusnya contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jawapan ‘wa ‘alaikum’ juga satu tindak balas atas kebiadapan yahudi, namun ia bebas dari perkataan yang buruk dan keji. Kita tidak pernah menafikan bahawa Nabi s.a.w pernah bertegas dan tinggi nada suara baginda terutama ketika berkhutbah. Namun, baginda tidak memaki hamun atau melaknat orang lain, apatah lagi sesama muslim.


Malanglah jika ada yang memaki hamun orang lain lalu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. Bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain. Kata Jabir r.a:


“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim).


Ini pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda.

Ada pula pihak yang apabila mereka memaki hamun orang lain, dia berkata: saya tiru Saidina Umar. Aduhai, nampak buruk khalifah yang mulia itu apabila menjelma dalam tindakannya. Ya, banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun.


Ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua, beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedang kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih dihormati di zaman ini.


Depan Khalayak

Di sana pula ada perbezaan antara ucapan di khalayak umum dan perbualan peribadi. Ucapan buruk di khalayak umum adalah satu kempen secara langsung atau tidak kepada budaya negatif. Tidak sama dengan‘bersembang biasa’. Walaupun keduanya perlu berakhlak, namun yang dibuat depan khalayak kesan buruknya lebih besar.


Kita tidak temui dalam khutbah para khulafa’ dan insan-insan terhormat menggunakan kalimat-kalimat makian dan hamunan. Firman Allah: (maksudnya)


“dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).


Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini:

“Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).


Emosi


Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan setiap kita ada emosi. Kadang-kala terlepas cakap, terkasar bahasa dan tersalah bicara. Namun, itu tidak boleh menjadi budaya lidah. Jika berlaku, ia wajar dikuti dengan penyesalan dalam diri dan memohon yang lebih baik dari Allah. Nabi s.a.w pernah berkata tentang diri baginda:


“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).


Jika seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal kawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali berucap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah macam lelaki Ansar yang Nabi s.a.w tegur dalam majlis tersebut.

Menjadi lebih rosak jika seperti di Barat ini, perkataan buruk dan hodoh itu menjadi satu lawak jenaka yang mendapat sambutan yang gemuruh. Ini mungkin disebabkan jiwa mereka kosong lalu mereka ingin pengisian. Mereka rasa lawak jenaka kasar itu mengubat kekosongan jiwa. Demikian mereka tersalah mengenai rohani insani. Demikian juga ada muslim yang tersilap apabila merasakan duduk mendengar lawak yang bercampur kebiadaban itu sesuatu yang mengisi kekosongan jiwa.


Yang baik tidak sama dengan yang buruk. Allah mengingatkan kita: (maksudnya)

“dan tidaklah sama antara yang baik dan yang jahat. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau buat demikian maka orang ada permusuhan terhadapmu, seolah-olah menjadi seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diamalkan melainkan oleh orang-orang mempunyai kedudukan yang besar (dunia dan akhirat). (Fussilat: 34-35)


Kita semua rindu ingin mengikuti ajaran al-Quran. Kita tahu kita sering gagal, namun kita tetap menyatakan yang teragung itu adalah panduan al-Quran. Kita cuba sedayanya. Jangan apabila kita melakukan yang sebaliknya, kita justifikasikan tindakan kita sehingga menafikan keunggulan al-Quran. Jangan pula kita jadi seperti sesetengah yang berkata ‘puak yang menentang kita pun teruk, kita balas la’. Mengapakah kita jadikan musuh yang kita rasa tersasar dari landasan yang betul sebagai piawaian yang menjadi panduan dalam tindakan?!

Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelek akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani. Diriku dan sahabat sekelian, mari kita cari perkataan yang lebih molek dalam berinteraksi antara kita.

A. Samad Said

Menang kerana fulus,

kalah kerana tulus.

Tuesday, January 17, 2012

A. Samad Said


Bahasa Inggeris bahasa pilihankaya;

Bahasa Melayu bahasa pilihanraya.

Al-kisah dua buku diharam:


yang satu timbul, satu tenggelam.


Buku siasahwan cepat ditebus,


novel sasterawan terus dikambus.

A. Samad Said


"Interlok" ditetas;

"Sebongkah" dicantas.

Sasterawan cerdas

mulailah ditindas.

Top of Form

أ


Sudah diwaras sesuci hajat

"Interlok" masih tetap terjerat.

Simpati kepada Abdullah Hussein;

tahniah untuk Muhyiddin Yassin?

MERINDU RUANG



Bolehkah kita bercakap

sejujur suara,

bertanya: Ke mana semua

unggas dan rerama

yang damai menghuni

taman yang indah ini?

Masihkah merbuk berdakap

semerdu suara

menghantar khabar merdeka

dari insan waja

meluhuri azam

di ruang bebas ini?

Kita, suara tulus itu,

baris insan padu

merindu ruang yang syahdu,

aksi juga kata,

sejernih irama

merdu di taman ini!

Berdiri kita setegap,

bergerak sederap,

meragut cengkaman kawat

cekau berduri,

dan kita berdiri

nyanyikan demokrasi!

Ada sang perubah permainan;

kami perubah kekuasaan.

Inilah tekad generasi baru,

akarnya keadilan syahdu.

Bangsar Utama, A. SAMAD SAID

3 Dis, 2011

SURAH ADH-DHUHA ; fi zilal al-Quran karangan Sayyid Qutb

fi zilal al-Quran karangan Sayyid Qutb

Surah (93) - Makkiyah - 11 ayat

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1. Demi waktu pagi. 2. Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi. 3. Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia murkakanmu. 4. Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia. 5. Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati. 6. Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?7. Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu? 8. Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu? 9. Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim. 10. Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan. 11. Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.

(Latar belakang dan pokokpembicaraan)

Pokok pembicaraan surah ini, pengungkapannya dan pemandangan-pemandangannya, bayangan-bayangan dan nada-nada pernyataannya merupakan suatu sentuhan kasih mesra, suatu hembusan rasa sayang, suatu belaian tangan yang belas kasihan yang menghilangkan sakit derita, suatu tiupan bayu yang membawa kerehatan, kerelaan dan harapan di samping mencurahkan rasa ketenteraman dan keyakinan. Semuanya itu adalah dituju kepada Rasulullah s.a.w. untuk menghibur dan mententeramkan hatinya. Semuanya itu merupakan tiupan bayu rahmat, bisikan kasih, perdampingan yang mesra, timangan-timangan kepada jiwa yang lesu, fikiran yang gelabah dan hati yang menderita. Berbagai-bagai riwayat telah memberikan bahawa penurunan wahyu telah putus seketika kepada Rasulullah s.a.w. Malaikat Jibril telah terlambat membawa wahyu Allah kepadanya kerana itu kaum Musyrikin melancarkan kempen bahawa Muhammad telah ditinggalkan Tuhannya! Lalu Allah turunkan surah ini.

Penerimaan wahyu, pertemuan dengan Jibril dan perhubungan dengan Allah, merupakan bekalan-bekalan kepada Rasulullah dalam mengharungi jalan da’wah yang sukar, merupakan air minum di panas yang terik dalam menghadapi keingkaran. Dan merupakan angin sepoi bahasa dalam cuaca panas menghadapi pendustaan kaum Musyrikin. Dengan inilah Rasulullah s.a.w. dapat hidup dalam panas terik yang membakar yang dialami beliau ketika menghadapi manusia-manusia yang liar, penderhaka dan degil, dan ketika menghadapi tipudaya, gangguan dan penindasan yang ditimpakan ke atas da’wah, keimanan dan hidayat oleh pelampau-pelampau kaum Musyrikin.

Apabila wahyu terputus seketika, maka putuslah bekalannya, keringlah matairnya dan sepilah hatinya dari kekasih, dan tinggallah beliau seorang diri di tengah panas terik tanpa bekalan, tanpa air dan tanpa bau kekasih tercinta yang biasa dini’matinya. Dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. begitu sengsara menanggungnya dari segala sudut. Ketika itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat, perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan:

3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.” 4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.” 5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.”

Yakni Tuhanmu tidak pernah sekalipun meninggalmu sebelum ini dan tidak pernah sekalipun membiarkanmu dari limpah rahmat, naungan dan perlindungannya.

6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?”7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?” 8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”

Tidakkah ini benar-benar berlaku dalam kehidupanmu? Tidakkah engkau merasa kesannya dalam hatimu dan dalam realiti kehidupanmu? Tidak, tidak.

3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu, dan tiada pula Ia murkakanmu.”

Yakni rahmat kebajikan-Nya tidak pernah putus darimu dan tidak akan putus buat selama-lamanya.

4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”

Yakni di sana terdapat balasan-balasan untukmu yang lebih besar dan lebih sempurna:

5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati”

Turut bersama tiupan bayu hakikat ini ialah tiupan bayu yang lembut yang terdapat dalam ungkapan-ungkapan ayat dan nada-nada pernyataannya, juga dalam frem alam yang diletakkan hakikat ini iaitu ungkapan:

1. “Demi waktu pagi.” 2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi”

Ungkapan ini melahirkan suasana mesra yang lemah-lembut dan kasih yang tenang di samping melahirkan kerelaan yang syumul dan rindu dendam yang halus:

3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.” 4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.” 5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.” 6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?” 7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?” 8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”

Seluruh perasaan kasih mesra, kerelaan dan kerinduan itu adalah mengalir dari suasana ungkapan yang seni, kata-kata yang lembut, dan irama indah yang keluar dari ungkapan-ungkapan itu iaitu irama yang bergerak dan melangkah tenang dan melahirkan gema yang halus dan sayu. Apabila Allah hendak mengadakan satu frem bagi mengungkapkan perasaan kasih sayang, rahmat yang tenang, kerelaan yang menyeluruh dan kerinduan yang halus ini maka Dia telah memilih waktu pagi yang terang cemerlang dan malam yang sunyi itu sebagai frem yang amat sesuai dengannya. Itulah dua waktu yang paling jernih hening dan bening dari waktu-waktu siang dan malam. Itulah dua waktu yang merangsangkan manusia melepaskan menungan-menungan dan pengamatan-pengamatannya, merangsang jiwanya berhubung dengan alam buana dan dengan Allah Penciptanya dan mengarahkannya supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih-tasbih dan dengan melahirkan perasaan yang gembira dan jernih. Allah telah menggambarkan dua waktu itu dengan kata-kata yang sesuai.

2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.”

Yakni malam yang dimaksudkan di sini bukannya seluruh waktu malam yang sepi dan gelap-gelita, malah yang dimaksudkan ialah waktu malam yang tenang, jernih, hening, diselubungi tompokan-tompokan awan yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan terharu yang halus dan renungan yang tenang seperti suasana hidup yatim dan menumpang orang lain. Kemudian ia menyerlah tenang bersama waktu pagi yang hening. Demikianlah warna-warna gambaran itu sesuai dengan warna-warna fremnya. Dengan ini pengungkapan ayat-ayat ini menjadi begitu serasi. Gubahan ungkapan yang cukup indah ini membuktikan bahawa al-Qur’an itu dan gubahan Allah yang indah, tidak dapat ditandingi dan ditiru.

(Pentafsiran ayat-ayat 1 - 5)

1. “Demi waktu pagi.” 2. “Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi” 3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.”4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.” 5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.”

Allah S.W.T. telah bersumpah dengan dua waktu yang jernih hening, dan menghubungkan di antara gejala-gejala alam dengan perasaan-perasaan jiwa serta menyarankan kepada hati manusia satu bentuk hidup yang sedar dan mempunyai hubungan saling mesra dengan alam yang indah dan dinamis, yang bermesra dengan setiap yang hidup. Hati ini hidup dalam hubungan penuh kemesraan dengan alam ini dan tidak lagi merasa sepi dan dagang di alam ini Dalam surah ini kesan rasa kemesraan itu benar-benar dirasai, seolah-olah Allah mahu menyarankan kepada Rasulullah s.a.w. dari awal surah lagi bahawa Tuhannya telah melimpahkan rasa kemesraan di sekeliling hidupnya di alam ini, ia bukannya terbuang dan terbiar dan bukan pula sebatang kara. Dan selepas menyampaikan saranan dari alam, maka secara langsung Allah menekankan:

3. “Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula Ia murkakanmu.”

Allah tidak sekali-kali membiar dan membuangmu sebagaimana dikatakan oleh kaum Musyrikin yang mahu menyakiti hatimu dan merungsingkan fikiranmu, kerana Dia adalah “Tuhanmu” dan engkau adalah hamba-Nya yang dihubungkan kepada-Nya dan disandarkan kepada Rububiyah-Nya, dan Dialah Penjaga, Pelindung dan Penaungmu. Limpah kurnianya kepadamu tidak kunjung putus. Balasan-balasan yang disediakan untukmu di Akhirat adalah lebih balk dari limpah kurnia-Nya yang diberikan kepadamu di dunia:

4. “Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.”

Itulah pengertian kebaikan dari awal hingga akhir. Dan Allah akan terus memberi taufiq yang dikehendakimu dalam menjalankan tugas da’wahmu, menghapuskan segala halangan dan rintangan dari jalanmu, memberi kemenangan kepada agama dan kebenaran yang diperjuangkanmu. Semua itu merupakan masalah-masalah yang merungsingkan Rasulullah s.a.w. sewaktu menghadapi kedegilan, pendustaan, gangguan, tipudaya dan penghinaan kaumnya. Inilah maksud dari ayat:

5. “Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia) kepadamu dan engkau tetap berpuas hati.”

(Pentafsiran ayat-ayat 6 - 8)

Kemudian surah ini terus mengingatkan Rasulullah s.a.w. tentang hubungan beliau dengan Allah sejak permulaan jalan hidupnya lagi agar beliau sentiasa mengenangkan budi baik Allah, kasih mesra dan limpah kurnia-Nya terhadap beliau, dan agar beliau mendapat keni’matan dengan mengingatkan kembali suasana-sausana rahmat dan kasih mesra Ilahi terhadap dirinya. ini adalah suatu keni’matan yang besar yang dirangsangkan oleh kenangan-kenangan indah seperti berikut:

6. “Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah memberi perlindungan kepadamu?” 7. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?” 8. “Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi kekayaan kepadamu?”

Lihatlah realiti hidupmu sekarang dan sejarah hidupmu di zaman silam, pernahkah Allah meninggalmu, pernahkah Allah murkakanmu walaupun sebelum engkau ditugas membawa agama ini? Tidakkah Allah telah melindungimu semasa engkau yatim piatu? Tidakkah ia telah menyelamatkan engkau dengan hidayat-Nya semasa engkau terumbang-ambing dalam keadaan tiada pedoman’ Tidakkah Allah telah menutupkan kemiskinanmu dengan pemberian-pemberian-Nya yang limpah?

Engkau telah dilahirkan yatim kemudian Allah telah memberi perlindungan kepadamu menyebabkan semua hati sayangkanmu hingga hati bapa saudaramu sendiri Abu Talib yang tidak seagama denganmu.

Dahulu engkau seorang miskin, lalu Allah kayakan dirimu dengan sikap memada di samping mengayakanmu dengan usaha-usaha perdaganganmu sendiri dan dengan harta isterimu Khadijah r.a. hingga engkau terselamat dari perasaan merasa miskin dan dari perasaan ingin berangan-angan untuk mendapat kekayaan yang wujud di sekeliling engkau.

Dahulunya engkau telah dilahirkan dalam masyarakat jahiliyah yang penuh dengan kefahaman-kefahaman dan kepercayaan-kepercayaan yang kacau-bilau, kelakuan-kelakuan yang sesat dan peraturan-peraturan yang menyeleweng yang menyebabkan hatimu tidak tenteram, tetapi di waktu itu engkau masih belum menemui satu jalan yang terang, jelas dan meyakinkan, sama ada dalam tradisi jahiliyah atau dalam agama pengikut-pengikut Musa dan ‘Isa a.s. yang telah mengubah dan meminda dasar-dasar agama mereka dan menyebabkan mereka menyeleweng dari agama yang benar. Kemudian Allah memberi hidayat kepadamu dengan agama-Nya yang benar yang telah diwahyukan kepadamu, dan dengan sebuah sistem hidup yang menghubungkan engkau dengan-Nya.

Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada tolok bandingnya. Ayat ini mungkin diturunkan dengan sebab penderitaan jiwa yang dialami Rasulullah s.a.w. semasa berlakunya keputusan wahyu, dan semasa Rasulullah s.a.w. menerima berbagai-bagai cemuhan dan penghinaan dari kaum Musyrikin, dan sewaktu beliau merasa sepi dari kekasih, lalu ayat ini turun untuk mengingat dan menenangkan beliau bahawa Allah tidak akan meninggalkannya dalam kebingungan, sebagaimana ia tidak meninggalkannya sebelum ini dalam keadaan kebingungan dan tanpa pedoman.

(Pentafsiran ayat-ayat 9 - 11)

Sesuai dengan peringatan Allah yang menyebut kisah beliau diberi perlindungan semasa hidup yatim piatu dan kisah beliau diselamatkan dengan hidayat-Nya dan keadaan tanpa pedoman, dan seterusnya kisah beliau diselamatkan dari kemiskinan, maka Allah mengarahkan beliau dan umat Muslimin selepasnya supaya memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan dan menyebut-nyebutkan ni’mat-ni’mat Allah yang amat besar yang dikurniakan kepadanya terutama ni’mat mendapat hidayat dengan agama Islam:

9. “Oleh itu janganlah engkau hinakan anak yatim.” 10. “Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.” 11. “Dan hendaklah engkau sebut ni’mat Tuhanmu.”

Arahan-arahan supaya memuliakan anak yatim dan melarang dari menindas, menyakiti hati dan menghinakannya, juga arahan supaya menolong orang-orang yang meminta pertolongan dengan cara yang lemah-lembut dan terhormat itu merupakan saranan-saranan yang paling penting dari realiti keadaan masyarakat jahiliyah yang tidak berbudi dan tamak dan tidak melindungi hak-hak orang yang lemah dan mempertahankan haknya dengan kekuatan mata pedangnya. Kemudian Allah telah mengangkatkan masyarakat ini melalui syari’at-Nya kepada masyarakat yang benar dan adil, masyarakat taqwa yang tidak melampaui batas-batas yang digariskan Allah dan masyarakat yang sentiasa melindungi dan membela hak-hak orang-orang yang lemah, yang tidak mempunyai kekuatan mata pedang untuk mempertahankannya.

Menyebut-nyebut ni’mat Allah terutama ni’mat iman dan hidayat merupakan salah satu dari cara melahirkan kesyukuran terhadap Allah yang mengurniakan ni’mat itu. Dan cara melahirkan kesyukuran yang sempurna ialah berbakti kepada para hamba-Nya. Itulah cara amali bersyukur dan itulah kenangan ni’mat secara senyap yang berguna dan mulia.