Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, January 17, 2012

MERINDU RUANG



Bolehkah kita bercakap

sejujur suara,

bertanya: Ke mana semua

unggas dan rerama

yang damai menghuni

taman yang indah ini?

Masihkah merbuk berdakap

semerdu suara

menghantar khabar merdeka

dari insan waja

meluhuri azam

di ruang bebas ini?

Kita, suara tulus itu,

baris insan padu

merindu ruang yang syahdu,

aksi juga kata,

sejernih irama

merdu di taman ini!

Berdiri kita setegap,

bergerak sederap,

meragut cengkaman kawat

cekau berduri,

dan kita berdiri

nyanyikan demokrasi!

Ada sang perubah permainan;

kami perubah kekuasaan.

Inilah tekad generasi baru,

akarnya keadilan syahdu.

Bangsar Utama, A. SAMAD SAID

3 Dis, 2011

No comments:

Post a Comment