Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, August 28, 2012

biar Quran berbicara!!



"Open the Qur'an!  Read the Qur'an!
And let Allah speak to you! "
kata ahmad deedad

ramai muslim yg tak baca Qur'an..
ramai muslim baca Qur'an tapi tak faham..
ramai muslim baca Qur'an tapi tak cuba nak faham..

ramai muslim baca Qur'an tapi mereka rasa firman Tuhan bukan untuknya..
tak ramai yang baca serta tadabbur Qur'an, fahami Qur'an, praktik Qur'an dalam diri dan kehidupan.

tak ramai yang nak hadiahkan isi Qur'an pada keluarga dan teman ketika hayat..
ramai yang cuba sedekahkan baaan Qur'an ketika mereka telah mamat(mati)..
Qur'an bukan diturun untuk si mayat.
ia di turun untuk di hayati.

Mari kita baca awal surah al-mu'minun, 11 ayat yg pertama, 7 sifat orang mu'min.

[1]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

dimana kita dihadapan ayat2 ini..
berimankah kita?
adakah kita bakal penghuni Firdaus?
layakkah kita untuk kesana?
apa usaha kita untuk ke sana?

ya Allah kurniakan kami syurga al-firdaus