Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Sunday, November 4, 2012

Semut dan Sulaiman a.s

pagi-pagi lagi sebelum subuh dah ada orang call..tak tahu sapa.."allo.as-salamu3alaikum..allo..allo"
tak der..sepi tanpa bicara..meninggalkanku kesorangan atas kesepian..

tapi al-hamdulillah. . . .

mari saya kisahkan apa yang telah dikisahkan alQuran dalam kisah Sulaiman.
Sila rujuk surah Semut (al-Naml) ayat 16-19



  •   وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ
  • وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
  • حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
  • فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ 
    الصَّالِحِينَ

    [16]Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.

    [17]Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

    [18](Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.


    [19]Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.



    Ada beberapa perkara yg boleh dimanfaatkn bersama:

    1. Ilmu dalam sesuatu bidang itu merupakan karunia Allah, harus disyukuri, ia bukan lah medan untuk bermegah-megah.

    2. Maka dalam Kisah ini, Nabi Sulaiman mendahulukan doanya dengan memohon kesyukuran sebelum memohon amal soleh. Syukuri nikmat Tuhan dan berbuatlah kebaikan, kebaikan yg dilakukan tanpa hati yg bersyukur tidak memanfaatkan syurga yang diwarisi. hati sombong bukan sifat manusia syurgawi.

    3. Ulama' tafsir dahulu kala memberikan alasan yang kurang tepat ketika mengulas tentang mengapa semut betina yang awal menyeru. Kata mereka denga pelbagai andaian, antaranya kerana dia nampak atau perasan trlebih dulu dan lain2.. kemudian ilmu manusia brkembang dan mendapati bahawa sebenarnya komuniti semut sebenarnya dipimpin oleh SEMUT WANITA, dan maha benar lah firman Allah.

    4. Ayat ini mengisyaratkan betapa pentingnya amalan Amar makru dan nahi mungkar. Hatta dalam kelompok haiwan yang tidak difahami bahasa komunikasinya kecuali mereka yg diberi kelebihan oleh Allah untuk memahaminya.

    5. Ada dalam sebuah hadith, bahwa Rasulallah pernah membuat sebuah anologi yg menarik; ibarat sebuah kapal yg besar, dipenuhi manusia sini dan sana di setiap ruang, ruang atas dan bawah. yg atas memiliki air minum, yg bawah tidak. jika ada manusia jahil di ruang bawah mahukn air, dengan menebuk lubang pd bahagian dasar kapal, dengan tidak ada seorang pun yg menegur dan menasihat nescaya keseluruhan penduduk kapal turut karam.

    sekian.

    perut lapaq nk cari fino n lansyun.lansyun lahmah dih hagah nadifah. \0/