Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Sunday, June 27, 2010

Cerita pendek : 10 pusingan


Episode 1

Abu dan Ali masih lagi di kota Kaherah, ketika itu mentari menyengat, bumi membahang, cuaca hangat, maka mereka berdua tidak berada di musim bunga. Jika ada orang yang buta pengelihatan atau juling mata, mereka akan berkata : Abu dan Ali sedang bermain salji di musim sejuk.

Hari itu, mereka sekali lagi, pergi bersama, menaiki motor. Kali ini berbeza motor yang ditunggang, bukan milik Abu, mereka menunggang motor kepunyaan Ahmad. Cerita ini tidak di fakuskan tentang siapa Ahmad dan dimana asalnya bukan soalnya, soalnya apa yang berlaku kemudian?

Selepas melepasi Hayy ‘Asyir dan Hayy Sabe’ mereka menerjah ke arah Tahrir. Jalan tidak sukar. Mudah. Bagi Abu dia telah atau hampir mahir selok-belok jalan di kota Kaherah itu. 20 minit lebih mereka diatas motor kepunyaan Ahmad, mereka pun tiba. Ali terus meloncat turun dari motor sebaik tiba di tempat kejadian. Baginya, dia tidak mahu kejadian hari khamis lalu berulang kembali. Dia ke kaunter yang membuatnya marah pada khamis lalu. Lalu dia menyerahkan segala borang yang perlu. Abu duduk di kerusi yang yang ada pada ruang hadapan pejabat. Tidak sampai 5 minit Abu melabuhkan punggungnya, Ali datang dengan muka cemas dan jiwa yang kacau.

bersambung...

No comments:

Post a Comment