Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Wednesday, May 14, 2014

Muhammad s.a.w

A021
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat

ayat ini berada di posisi surah al-Ahzab. 

al-Ahzab merupakan sebuah peperangan yang berlaku dalam hayat baginda saw , juga disebut dengan perang khandaq, nabi saw sendiri mengetuai peperangan tersebut.

dinamakan al-ahzab(kumpulan-kumpulan) kerana kaum quraisy tidak lagi bersendirian dalam memerangi kaum muslim, bahkan dibantu dari kabilah-kabilah arab dan yahudi, mereka bersatu bagaikan tangan yang satu memerangi rasulullah saw dan kaum muslimin. dan dinamakan juga dengan al-khandaq (parit) kerana tentera muslim menggali parit bagi membentengi dari serangan musuh.

ayat ini dalam konteks memuji peribadi Nabi Islam ini, bahawa pada diri Muhammad contoh ikutan yang baik, sedangkan suasananya peperangan. ini membawa kesedaran kepada kita bahawa kita mesti mengikut tingkah laku muhammad dalam semua waktu, bukan hanya pada waktu aman, bahkan ketika perang juga.

beliau bukan hanya seorang tokoh pendakwah yang baik, beliau adalah seorang bapa, seorang suami (bahkan beliau mempunyai kepelbagaian isteri), seorang sahabat, seorang jiran kepada tetangganya, seorang ketua masyarakat, pemimpin, seorang guru, seorang  murid, seorang majikan, seorang peniaga, bahkan sebagai seorang musuh dalam peperangan. sirah muhammad saw terbuka luas untuk di kaji dan di kritik, ketika gembira dan marahnya direkodkan, pendiriannya suasana aman dan perang dicatatkan, tidak ada dalam sejarah manusia sejak adam, seorang tokoh yang di rekodkan peribadi dan sejarahnya seperti muhammad saw, luar dan dalam, zahir dan batin.

maka kajilah Muhammad saw dalam situasi apa anda berada, dan contohilah.



No comments:

Post a Comment