Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, March 27, 2012

Misai pendek tidak percaya

Ibarat kuda hampir mati

Kalau adinda tidak percaya

Opreat lah dada x-ray lah hati

Jikalau kaki tersandung batu

Jatuh selalu tersembam ke tanah

Ehm. Org lelaki memang begitu

Janjinya selalu, tunainya tak pernah

Kaki bukan sebarang kaki

Kaki di order di Egypt

Lelaki bukan sebarang lelaki

Nah, ini lelaki abdul wahib

Jikalau merpati sudah terpikat

Jangan terlepas ikatan benang

Jikalau hati sudah terikat

Lekas-lekaslah masuk meminang


hahaha..gambar lama..tapi bila tonton masih ketawa...

3 abdol..citer p.ramlee da...

Monday, March 26, 2012

Logik:

Pada suatu hari orang memberitahunya bahawa keldainya hilang. Dia lalu sujud kebumi mengucap syukur. Bila ditanya mengapa beliau bersyukur sampai begitu? Beliau menjawab , kerana saya sangat bernasib baik. Sambungnya lagi dengan penuh perasaan "Bayangkan kalau kebetulan pada waktu keldai itu hilang saya sedang menunggangnya. Tentu sekali saya juga hilang bersamanya"

Mahmood Zuhdi Tidak. Dalam Sastera Islam, Abu Nuwas seorang penyair, bukan watak jenaka. Dalam Sastera Melayu tidak ada keldai. Itu pun satu logik kan?

Mahmood Zuhdi Dalam hidup ini kadang-kadang ada orang menyangka dia lebih cerdii dari orang lain. Dalam kes ini mimang ada logik yang sangat tinggi, iaitu kalau pada waktu keldai itu hilang dia berada atas belakang binatang itu dia pun akan turut hilang. Tapi sayanglogik itu sanagt bertentangan dengan logik lain, iaitu kalau dia berada atas belakang keldai itu binatang itu tidak dikira hilang sebab ada bersama tuannya. Demikianlah orang yang selalu melihat dari kaca matayang tidak menyeluruh. Logiknya tinggi tetapi tidak boleh dipakai kecuali oleh orang yang berfikiran dangkal sahaja.

Mahmood Zuhdi Kecerdikan dalam membuat sesuatu keputusan banyak bergantung kepada kemampuan menggabongkan semau data yang ada dalam satu kesatuan yang padat. Kesukarannya ialah bagaimana memadatkan kesatuan itu kerana antara satu data dengan data yang lain biasanya ada lompang (gap). Untuk melahirkan buah fikiran yang padat lompang ini perlu dipenuhkan dengan andaian yang bukan saja logik tetapi sesuai dengan semangat yang menyeluruh.

Mahmood Zuhdi Sila lihat satu contoh lain dimana kesimpulan dibuat berasaskan kepada satu perspektif saja dan tidak menyelluruh. Akibatnya buah fikiran itu kelihatan logik tetapi sebenarnya salah.

Mahmood Zuhdi "Apabila dia sakit tenat diwasiatkan kepada kaum keluarganya agar mayatnya nanti di tanam di kubur lama. Bila ditanya mengapa? Jawabnya hendak mengelak dari soalan Munkar Wa Nakir. Bila ditanya seterusnya beliau menjawab "Munkar Wa Nakir akan soal orang baru mati. Bila mayatnya ditanam di kubur lama dia akan diabaikan dan tidak ditanya kerana Munkar Wa Nakir akan menyangka dia sudah lama mati dan dulu sudah ditanya"

Mahmood Zuhdi Ramai orang berpendapat kalau tidak putih tentu hitam. Tanpa dia sedar antara putih dan hitam itu ada berpulu-puluh warna lagi.

Mahmood Zuhdi Mengapa D'Vono tidak setuje dengan logik, tetapi sebaliknya mahu orang berfikir di luar kotak. Kerana logik boleh terpisah dari logik yang lain. Kerana itu dalam Qawa'id Fiqh kadang-kadang perkecualian itu lebih besar daripada kaedah yang ditegakkan. Sementara orang lain menulis tentang "Kesamaan dan Keserupaan" (al-Asybah Wa al-Nazaair)al-Qarafi menulis tentang al-Furug, iaitu ketidakserupaan. Tegasnya apa yang disangkakan sama itu sebenarnya tidak serupa. Dalam pepatah Melayu pun ada dibezakan antara "Sama" dan "Serupa". Lalu dikatakan "Sama tapi tak serupa"

sumber: FB


hudud

Semoga bermanfaat apa yang ditulis oleh Dr. Yusuff al-Qaradawi berkenaan undang-undang hudud yang sedang kita keliru, akibat telah lama dijajah tanah dan juga pemikiran kita, makanan dan hasil mahsul kita dijarah, diburukkan pula wajah sebenar Islam dengan tangan musuh serta orang Islam itu sendiri (baca: jahil, bodoh,taksub), marilah kita kembali kepada Islam yang asal, sebagaimana hari yang diturunkannya dahulu keatas baginda Muhammad saw, Islam yang telah membuka Afrika dan Eropah dengan membawa harumnya keadilan dan kebebasan sebagai seorang insan.

Masyarakat tidak terbina dengan undang-undang semata.

Sesungguhnya Islam bukan syariat dan undang-undang cuma, ia meliputi aqidah, ibadah yang mendidik jiwa, akhlak yang membersihkan nafsu, kefahaman yang membetulkan gambaran, dan kecekalan yang meninggikan insan, juga kehidupan yang indah bersama adab-adab.

Jika kita teladani, ayat-ayat yang berkaitan hukum tidaklah banyak, malah ia (ayat-ayat hukum) digaul dengan acuan aqidah, diganding pula dengan galakan dan ancaman, diikat dengan segala bimbingan dan orientasi al-Quran.

Baca sebagai contoh di dalam hukum kekeluargaan, firman Allah:

الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ وَلاَ يَحِلُّ لَكُمْ أَن تَأْخُذُواْ مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلاَّ أَن يَخَافَا أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ يُقِيمَا حُدُودَ اللّهِ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللّهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: Talak (yang dapat dirujuk) adalah dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya takut tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu takut bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. ( البقرة: 229)

Ini bukanlah undang-undang yang kontang seperti rang undang-undang, bahkan ia merupakan undang-undang, dakwah, bimbingan, tarbiah serta galakan baik dan ancaman.

Dab baca juga didalam hukum hudud, firman Allah Taala:

· وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

· فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

· أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ يُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang meeka kerjakan dan sebagai siksa dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka siapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha Kuasa bagi taiap sesuatu. (al-Maaidah: 38-40)

Disini juga kita dapati pensyariatan yang lunak, kaitan antara galakan baik dan ancaman, ia membawa ketakutan dan kematangan, bimbingan dan tarbiah, menginginkan taubat dan pemulihan, dengan menyebut nama-nama Allah yang baik: al-‘Aziz (Maha Perkasa) ketika memerintah dan melarang, al-Hakim (Maha Bijaksana) dalam apa yang di syariatkan, al-Ghafur al-Rahim (Maha Pengampun Maha Penyayang ) bagi sesiapa yang bertaubat dan berbuat islah (baik), pemilik alam, pencipta dan pentadbir, dan Ia maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Demikianlah teks kanun yang terdapat dalam al-Quran dan demikian juga di dalam Sunnah.

Maka masyarakat tidak hanya terbina dengan pensyariatan semata-mata, malah ia mesti melalui dua jalan yang lain: iaitu dakwah dan kesedaran (الدعوة والتوعية), kemudian pembelajaran dan pendidikan (التعليم والتربية) di samping pensyariatan dan perundangan, bahkan sebelum pensyariatan dan perundangan pun.

Justeru, bermulanya Islam di peringkat Makkiah – peringkat dakwah dan tarbiah – sebelum peringkat Madaniyyah, peringkat pensyariatan dan penyusunan, dan di peringkat ini kita lihat bahawa pensyariatan juga diadun bersama tarbiah.

Sesungguhnya dengan hanya mengubah undang-undang tidak akan membina masyarakat muslim yang baik. Sebenarnya mengubah pada peribadi adalah merupakan asas. Dan sebesar-besar proses perubahan itu ialah mengubah keimanan yang akan menjadikan sebuah masyarakat itu manusia yang lain.

Islam itu luas dan universal tidak terpisah berjuzuk-juzuk. Apabila kita mahu memerangi jenayah yang di sebabkan hudud, tidak hanya dengan kita melaksanakan hudud sahaja, dan tidak dengan undang-undang cuma, tetapi hudud merupakan langkah terakhir dalam usaha islah (pembaik-pulihan).

Hukuman hanya bagi mereka yang menyimpang di kalangan manusia sahaja, dan mereka bukanlah golongan yang majoriti, bukan juga teras akan tetapi keanehan dalam kebiasaan.

Sedangkan Islam datang tidak hanya membanteras orang yang melakukan jenayah, membimbing dan merawat mereka turut dituntut.

Hukuman semata bukanlah satu-satunya rawatan yang berkesan untuk membanteras jenayah pada pandangan Islam, bahkan yang lebih utama ialah menyekat sebab berlakunya kemungkaran, dan sentiasalah penjagaan itu lebih baik dari mengubati.

Jika kita lihat dalam jenayah zina umpamanya, kita akan dapati bahawa al-Quran hanya menyebut hukumannya pada permulaan surah al-Nur, dan memadai dengan satu ayat sahaja, firman Allah Taala:

لزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman (النور :2)

Tetapi surah itu sendiri meliputi ayat-ayat lain yang banyak membimbing dan memelihara dari berlakunya jenayah.

Memadai dengan firman Allah Taala:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). النور :19

Dan firman Allah Taala tentang ziarah dan etikanya, serta memuliakan rumah tangga dan meraikan kehorhatannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). النور:27

Dan firman Allah Taala berkaitan adab meminta izin bagi khadam dan anak-anak yang belum baligh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنكُمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِن قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ الظَّهِيرَةِ وَمِن بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاء ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَّكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). النور:58

Dan lebih utama sekali firman Allah Taala terhadap kaum mukmin dan mukminat berkaitan kesucian akhlak, mememlihara pandangan, dan menjaga kehormatan:

· قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan النور: 30

· وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; النور: 31

Kemudian di sana ada dinyatakan faktor baru untuk menyekat jenayah zina dan masalah seks, iaitu melarang kaum wanita menzahirkan pandangan yang memberahikan, yang akan menggoda kaum lelaki, sehingga memberi kesan terhadap sahwat dan khayalan mereka, firman Allah Taala:

وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ

Maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; النور:31

Kemudian di akhiri ayat ini dengan firman Nya:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. النور: 31

Ayat-ayat ini membawa maksud yang jelas; wajib membersihkan masyarakat daripada faktor-faktor tarikan dan fitnah serta menyekat kerosakan (سد الذرائع).

Dan lebih penting lagi, mengahwinkan lelaki dan perempuan, ia merupakan tuntutan kepada setiap lapisan masyarakat, dan juga sebagai tanggungjawab semua.

أَنكِحُوا الْأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. النور: 32

Masyarakat dan pemerintah bertanggungjawab untuk memudahkan hubungan yang halal, di samping menutup pintu kerosakan. Kehendak untuk berkahwin akan terhalang dengan tingginya mahar dan hantaran, serta pemborosan menyediakan hadiah, jemputan, majlis-majlis dan pekakas lain yang mana akan menyulitkan proses yang halal.

Realitinya hukum hadd atau hudud terhadap zina tidak mungkin berlaku jika dilihat dari syarat-syarat yang ketat, mesti mempunyai empat orang saksi yang adil, malah mereka melihat dengan jelas semasa berlakunya jenayah, dan sangat sukar untuk berlaku sedemikian melainkan pesalah sendiri membuat pengakuan di hadapan hakim dan seolah-olah tujuan syarak di sini ialah mencegah dari berlakunya penzinaan secara terang. Dan ada pun mereka yang melakukan secara sembunyi, dan terlepas hukuman dunia, urusan mereka di akhirat kelak.

(Yusuff al-Qaradawi: Malamih al-Mujtama’ al-Muslim alladzi Nansyuduh 167/171, Maktabah Wahbah Kaherah)

jangan campuri hal ehwal Islam

http://ridhuantee.blogspot.com/
(Sinar Harian 26 Mac 2012)

Minggu lalu saya telah dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah kepemimpinan baharu Prof Awang Sariyan. Tahniah! Inilah julung-julung kalinya DBP meraikan pandangan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Sebelum ini, ada segelintir pemimpin DBP sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sebenar dalam menjaga dan memartabatkan maruah bahasa jiwa bangsa.

Kami diminta memberikan input dari sudut keagamaan, walaupun ini bukanlah bidang kepakaran saya kerana saya bukanlah ustaz seperti yang digelar oleh khalayak. Saya hanya ilmuan kerdil bidang politik dan kerajaan. Itupun saya tidak berani menggelarkan diri saya pakar, kerana hanya kita sahaja tahu kemampuan diri kita sendiri. Berbanding kadangkala segelintir khalayak dengan mudah menggelar dirinya dengan gelaran pakar motivasi, sedangkan ijazah dan kepakarannya langsung tiada. Hanya kerana seseorang itu, termasuk ustaz dan ustazah pandai bercakap, maka mereka menggelarkan diri mereka pakar motivasi atau perunding motivasi. Persoalannya, siapakah yang melantik mereka? Apa kelayakannya? Apa yang nyata, dia melantik dirinya sendiri.

Saya telah membangkitkan beberapa perkara kepada DBP mengenai kedudukan bahasa Melayu daripada perspektif agama. Bahasa adalah mekanisme penting dalam merubah merubah kehidupan Melayu. Melayu asalnya menganut fahaman Buddha-Hindu, sebelum mereka memeluk Islam 600 tahun lalu. Penyebaran Islam dibawa melalui tiga penjuru, Arab, Cina dan India.

Sudah tentu dalam soal ini Islam disebarkan melalui bahasa. Bahasa adalah alat dakwah. Bahasanya sudah tentu bahasa Melayu. Mustahil pedagang Arab, Cina dan India datang ke Alam Melayu terus bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa mereka sendiri. Bagaimana mereka belajar? Bagaimana orang Melayu dapat memahami bahasa asing. Bermakna, orang asing atau orang luar kawasan terpaksa atau mesti berbahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah atau dakwahnya. Inilah yang berlaku di Alam Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca, dipelajari dan dipertuturkan seluas-luas untuk mencapai matlamat mereka yang mendatangi sesuatu tempat.

Persoalannya hari ini, kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat di kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini? Kita terpaksa berdakwah atau menyampaikan maklumat dalam bahasa ibunda mereka, bukan menggunakan bahasa rasmi negara. Dakwah tidak dapat berkembang luas kerana masalah bahasa. Lantaran, mualaf seperti kami disuruh dan dipaksa berdakwah kepada orang bukan Melayu menggunakan bahasa ibunda. Jika perkara ini berterusan, sampai bilakah mereka boleh memahami bahasa Melayu? Tidakkah mereka sepatutnya diwajibkan belajar bahasa Melayu. Akhirnya, dakwah terbantut, sehingga ke hari ini tidak sampai satu peratus bukan Melayu memeluk Islam.

Agak menjelekkan dalam satu seminar baru-baru ini di tempat saya sendiri, hanya kerana terdapat seorang pelajar Korea, secara tiba-tiba kita terus tukar medium bahasa daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kita sanggup korbankan kepentingan nasional/negara, hanya kerana seorang Korea yang berada dalam majlis tersebut. Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam negara yang berasaskan kenegaraan Melayu? Ini bukan insiden kali pertama, tetapi telah berlaku berulang-ulang kali. Hina sangatkah bahasa Melayu? Siapa yang sepatutnya belajar bahasa Melayu jika mereka berada dalam sebuah negara Melayu?

Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka. Cuma kita sahaja yang terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terluka dan berdarah, langsung tidak dipedulikan. Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu. Kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan negara. Kata-kata Malaysian first adalah satu penipuan besar dan lakonan yang amat licik, untuk menutup kelemahan mereka. Malangnya kita terus bersangka baik, kita takut negara tidak membangun, kita takut kehilangan undi, kita takut kehilangan bakat (brain drain). Bolehkah negara membangun jika rakyat tidak mempunyai semangat sayangkan negara atau kepentingan bangsa mengatasi patriotisme? Kita terlalu mengejar pembangunan, sehingga mengenepikan jati diri dan kepentingan nasional. Tidakkah kepentingan nasional dan jati diri ini yang melonjakkan pembangunan sesebuah negara? Kajilah sejarah negara-negara membangun. Jawapannya pasti ada.

Cuba lihat cara akhbar-akhbar ultra kiasu yang tidak faham agenda nasional, undang-undang dan kedudukan agama Islam. Puncanya adalah kerana masalah bahasa. Apabila bahasa tidak dikuasai mereka tidak akan dapat memahami budaya dan cara hidup sesuatu kaum, terutama kaum majoriti. Baru-baru ini seorang penulis biadab akhbar ultra kiasu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan bertindak seperti Perdana Menteri dan kabinet yang berkuasa ke atas kerajaan.

Ini berikutan dengan arahan Ahli Majlis Bandaraya Perlis yang mahu menurunkan iklan atau papan tanda perempuan yang mendedahkan aurat. Penulis biadab ini mempertikaikan, pada ayat mana pula di dalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? Sedangkan masyarakat Muslim terutama kumpulan pergerakan hak asasi kaum wanita sering mempertahankan hak wanita.

Ternyata ultra kiasu ini amat jahil mengenai kepentingan nasional dan agama Islam walaupun telah tinggal di Alam Melayu sekian lama dari generasi kepada generasi. Orang seperti perlu dihantar balik. Bayangkan jika sikap sosialisasi politik ini terus menerus diamalkan.

Perlu saya ingatkan, perkara berkaitan dengan kedudukan Islam dan adat istiadat orang Melayu berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Inilah sistem yang telah kita warisi sejak zaman berzaman apabila negara kita dijajah dan sistem ini kekal sehingga kini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tertakluk kepada orang bukan Melayu, apatah lagi ultra kiasu. Majlis Fatwa berhak untuk memberikan pandangan berhubung kait dengan kehidupan orang Islam dunia dan akhirat, perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi termasuk tarian, latihan yoga dan sebagainya seperti yang dibangkitkan.

Ini hal ehwal umat Islam. Jangan campurtangan. Kami, umat Islam tidak pernah campurtangan dalam kehidupan agama orang bukan Islam. Hormatilah, jangan biadab dan kurang ajar. Ultra kiasu ini sengaja mengundang bahaya.

Saya fikir, toleransi beragama di kalangan pemimpin-pemimpin Islam di negara sudah sampai kepada tahap maksima. Cuma kita mahu lihat sebaliknya, terutama ultra kiasu. Ada kalangan kita sanggup berada dalam majlis agama bukan Islam seperti perayaan Buddha, Thaipusam, Chinggay dan lain-lain lagi. Untuk melihat ultra kiasu memakai songkok dan baju Melayupun jauh sekali kerana mereka takut dikaitkan atau dilabelkan sebagai Melayu. Negara ini tidak akan kucar kacir dengan adanya Majlis Fatwa kebangsaan kerana Islam amat menghormati hak bukan Islam. Tetapi negara akan kucar kacir sekiranya ada ultra kiasu yang tidak menghormati, tidak berasimilasi dan terus mahu mencampuri hal-hal orang Islam, apatah lagi mengambil haknya.

ray n rare (3)





ray n rare (2)





ray n rare (1)