Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Sunday, August 8, 2010

citer pendek: jAyYid...


Berpagi-pagi lagi Muhammad sudah keluar. Selepas solat subuh, tidak ramai, alam masih segar, tanpa hikuk-pikuk dunia, Muhammad menuju ke sebuah kedai runcit.

Perutnya sakit, semalaman tidak tidur, perutnya memulas kesakitan, meminta diberi sesuatu. Pagi itu, dia menuju ke kedai atas maksud itu.

Fikirannya tertumpu kepada Rayyib, sebuah yougert masam, ia baik untuk perut. Perut sang menderita. Muhammad punya cita-cita. .pelbagai, tapi kali ini cita-citanya ialah yougert masam itu.

Tiba di kedai, Muhammad bertegur sapa dengan penjaga kedai, memberi salam, sebagai penghormatan sesama muslim.
Muhammad tidak mahu banyak bicara kali ini, matanya melilau mencari si Rayyib, tatkala anak matanya bertentang mata dengan si Rayyib, bibirnya terukir manis sebuah senyuman.

Muhammad tidak menunggu , dia merampas si Rayyib dari peti tempat beradu si Rayyib lalu di bawanya ke kaunter pembayaran.
Di kauter, peniaga itu memulakan bicara, bertanya khabar. Peramah dan sopan. “Khaif haluk?” katanya. “el-Hamdulillah” Muhammad bersuara. Tidak kuat dan kurang jelas.
“Jayyid?” . “Oa’ , na’am, jayyid, jayyid”.

“Kaem?” tanya Muhammad, “Ethneen geineh we nuhs” bidas si penjual dengan dialek khas rakyat Mesir.

“Etfadhal” Muhammad memberi wang serta senyuman di wajah.

No comments:

Post a Comment