Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Sunday, February 26, 2012

Jamaah Islamiah Sertai Muktamar Rabitah Antarabangsa ALUMNI al-Azhar

Rabitah Antarabangsa ALUMNI al-Azhar telah menanjurkan sebuah muktamar yang bertemakan "Feqh Murajaah Dalam Ilmu Feqah Islam Kontemporari" yang dihadiri oleh Dr. Hassan Syafie yang merupakan ketua Jabatan Penasihar Syeikh al-Azhar, Dr. Qasbi Zalat anggota Mujamma' al-Bu'uth al-Islami, Syeikh Karam Zuhdi pimpinan Jamaah Islamiah dan juga Dr. Najeh Ibrahim anggota Majlis Syura Jamaah Islamiah.

Ketua Jabatan Penasihat Syeikh al-Azhar Dr. Hassan Syafie menegaskan bahawa proses pembentukan diri dalam membina pandangan pemikiran dalam konteks pemikiran Islam ianya adalah berkait rapat dengan sifat benar dan keterbukaan. Ia juga ada kaitan dengan hujah nas yang berlaku melalui pengkajian yang seterusnya membawa kepada suatu destinasi iaitu kembali (muraja'at) membuat semakan semula.

Jelas disini walaupun sikap membuat semakan semula tersebut amat sukar dan mencabar, gerakan Islam kini juga telah melalui satu proses pemikiran kritis. Mereka memerlukan gerak kerja pengukuhan kepada beberapa pekara penting, yang mana perkara tersebut kurang mendapat perhatian disebabkan oleh pelbagai perkara yang mereka lalui. Sebagai contoh, kerja-kerja yang melibatkan bidang penyusunan dokumentari maklumat ilmiah dan penulisan, tanpa menyentuh pihak lain yang tiada kaitan atau menyalahi undang-undang. Gerakan Islam kini juga memerlukan aset besar yang mampu membawa sikap prihatin terhadap pengalaman masa lalu serta menyampaikannya kepada generasi yang mendatang agar mereka tidak terhumban dalam kesilapan.Di samping itu juga, disana terdapat beberapa amalan yang tampak memiliki sifat-sifat suci yang menjadi suatu amalan yang akhirnya ia menjadi sebuah sasaran

Menurut Dr. Qasbi Zalat Penasihat Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar, bahawa sepanjang pengalamanmya membaca abjad-abjad muraja'at al-Jamaah Islamiah, memang terdapat inisiatif menilai kembali sikap, secara tekun, dan tindakan itu tidak akan membawa sebarang kekurangan kepada jama'ah. Jelas kalau kita lihat inisiatif bermuraja'ah itu berlangsung dalam suasana penuh persetujuan dan pertimbangan yang wajar, dan bukan diatas sebab tekanan oleh regim-regim yang lalu sebagaimana yang diheboh-hebohkan.

Jika dilihat kepada apa yang disentuh dalam pertimbangan jama’ah kearah usaha bermurajaah semula perjuangan, kita dapati mereka telah cuba mengenal pasti beberapa doktrin kefahaman yang salah, lalu melakukan usaha pembetulan.

Sebahagian daripada kefahaman yang salah itu ialah kesilapan memahami konsep jihad dan ghuluw (melampau) dalam beragama serta meninggalkan sikap wasatiah dan kesederhanaan. Juga berpegang kepada aqidah takfir (mengkafirkan); melempar tuduhan kafir ke atas satu kupulan secara umum, memandang ringan dengan harga nyawa ahli al-kitab tanpa mengambil pertimbangan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.

Manakala Syeikh Karam Zuhdi pula menyambut baik jemputan Rabitah untuk membincangkan perkara yang menyentuh usaha muraja’at fikriyyah atau menyemak semula doktrin pemikiran yang dilakukan oleh Jamaah Islamiah dengan menyokong inisiatif al-Azhar yang merupakan menara ilmu dan ulama’ serta lambing kesederhanaan.

Tegasnya inisiatif menyemak semula doktrin pemikiran yang sedang dilakukan oleh jama’ah adalah merupakan bahtera penyelamat yang diutuskan oleh langit kerana kasih kepada Jama’ah Islamiah dan masyarakat Mesir, diatas satu tempoh masa yang disifatkan sebagai mendung.

Tambah beliau, usaha muraja’ah ini dilakukan bagi membetulkan hukum yang difahami secara salah lalu bertukar keadaan, dari kegelapan kepada lebih gelap sehinggalah Allah Taala memberi petunjuk kepada jama’ah dengan inisiatif mengulangkaji semula pemikiran jama’ah.

Syeikh Karam Zuhdi berkata, kesilapan yang menimpa gerakan Islam pada permulaan penubuhannya telah mengheret jama’ah kepada pertarungan berdarah, fikrah al-hakimiyyah atau konsep kehakiman dan tindakan mengkafirkan pemerintah yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah, lalu dengan itu ada di kalangan pendakwah muda menjadikan dirinya sebagai penghukum dan juga mujtahid kemudian berijtihad tanpa memiliki peralatan ilmu yang cukup.

Tambah beliau lagi, kepincangan kedua yang menimpa gerakan Islam ialah mengambil peranan sebagai wali al-amr atau pemerintah dalam membanteras mungkar dengan tangan. Maka berlakulah pertembungan berdarah. Itulah kenyataan yang ada dalam buku kami yang telah diterbitkan dan kami sampaikan kepada Jama’ah Islamiah yang sedang bekerja di medan dakwah di Mesir dan juga seluruh dunia.

Dr. Najih Ibrahim pula berkata, bahawa agama Islam merupakan agama yang paling awal menyeru kearah fikrah mengkritik diri sendiri, disebut dalam al-Quran sebagai “binnafs al-lawwamah” sehingga anggota jama’ah serta individu yang lain dapat mengambil manfaat serta membetulkan perjalanannya. Sesungguhnya inisiatif yang diambil oleh Jama’ah Islamiah ialah mempraktikan amalan mengkritik diri dalam kehidupan zaman moden ini.

Oleh kerana itu, Jama’ah Islamiah adalah kumpulan pertama yang mengiktiraf kesilapannya, lalu membetulkan fikrah, manakala terdapat pula beberapa gerakan Islam enggan menyemak semula pemikiran mereka dan membetulkan perjalanannya dengan anggapan langkah tersebut merupakan satu tindakan pengecut yang membawa kepada kemudaratan.

Tindakan tersebut juga boleh membawa jamaah kehilangan pengikut, namun Jama’ah Islamiah bersikap berani dalam perkara ini, kerana jamaah Islamiah tidak sekali-kali berusaha untuk mencapai pangkat dan kedudukan sehingga mengorbankan nyawa pengikutnya.

artikel ini akan diterbitkan di akhbar al-Ruwaq

terjemahan oleh: Mr. Wan Ahmed

No comments:

Post a Comment