Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Friday, February 24, 2012

Sistem Kehakiman Dalam Fiqh Islam

Sesungguhnya syariat Islam dan syariat-syariat Ilahiyyah kesemuanya datang untuk menegakkan kebaikan (maslahah) kepada manusia. Wujudnya sistem kehakiman (qada’) di dalam masyarakat manusia merupakan salah satu cara untuk menegakkan kemaslahatan, ia melindungi hak-hak dan merupakan benteng daripada kehancuran, juga merupakan martabat tertinggi bagi merialisasikan keadilan dan memastikan kezaliman terhalang.

Keadilan merupakan salah satu daripada maqasid syara’ (tujuan-tujuan syara’) Islamiyyah, firman Allah Taala:

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan embawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka al-Kitan dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan (Al-Hadid 25)

القسط adalah العدل (adil). Keduanya seerti, apa jua cara jalan yang menyebabkan sampai kepada adil dikalangan manusia adalah dituntut dalam syara’, berkata Ibn Qayyim : “ Jika muncul tanda-tanda dan terang wajah keadilan melalui jalan apa pun ia, maka mengadap disitulah Wajah Allah dan agamnya, setiap jalan yang menghasilkan keadilan, maka ia daripada agama dan tidak bercanggah sama sekali” (al-Thariq al-Hukmiyyah; Ibn Qayyim, m/s 16)

Penghakiman adalah cara yang utama untuk memastikan keadilan terhadap manusia. Merialisasikan keadilan dalam semua hubungan sosial, ekonomi, politik, dan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dalam individu dan bernegara serta hubungan di antara sesama muslim malah hubungan muslim dan non muslim semuanya ditentukan oleh sistem kehakiman.

Untuk martabat yang tinggi ini, para Rasul telah menunjukkan contoh dan mereka telah pun melaksanakan penghakiman dikalangan manusia serta memerintahkan golongan sesudah mereka bagi melaksanakan pengadilan, firman Allah Taala:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ

Wahai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan benar (adil) (Shad : 26)

Dan firman Allah kepada rasul-Nya Muhammad saw:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

Maka demi Rabb-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya. (Al-Nisa’ 65)

Dan telah thabit bahawa Nabi saw melantik beberapa orang hakim di beberapa kawasan, seperti Mu’az ibn Jabal di Yaman dan di Mekah ‘Itab ibn Asid.

Para fuqaha’ r.a menyatakan bahawa syariat Islam mewajibkan di setiap masyarakat mempunyai Qada’ (sistem pengadilan) dan mereka menetapkan syarat-syarat yang mesti dipenuhi ke atas mereka yang dipertanggungjawabkan. Manakala syarat-syarat yang telah ditetapkan merupakan istinbath (pengeluaran hokum) daripada al-Quran, al-Sunnah, dan sember-sumber tasyri’ Islam yang lain. Malah mereka telah pun membincangkan bagaimana menthabitkan seseorang di hadapan hakim (Qadi) dan apa yang wajib bagi hakim untuk ia ikuti dan pelbagai lagi disiplin dan metodologi yang mesti dipatuhi.

Manhaj pengarang dalam kajian ini antaranya; memadai hanya menyebut pendapat-pendapat para ulama’ dalam masalah-masalah khilaf, serta menyebut dalil-dalilnya, dan perbincangan sekitar masalah tersebut, seterusnya pengarang tidak akan memilih satu pendapat melainkan setelah jelas bagi beliau bahawa pendapat itu paling kuat dari sudut dalilnya, kerana mentarjih sesuatu pendapat adalah seumpama mengeluarkan fatwa bagi pembaca, dan tidak boleh seseorang berfatwa kecuali telah kuat pada sangkaannya bahawa pendapat itu benar (al-Haq), dan jika pengarang tepat dalam pentarjihan pendapat-pendapat; ia merupakan kelebihan dari Allah Taala, manakala sekiranya ada kesilapan, ia daripada aku dan syaitan dan aku memohon keampunan kepada Allah tabarak wa taala.

Dr. Muhammad Ra’fat ‘Uthman

Professor Fiqh Perbandingan dan siasah syar’iah

Universiti al-Azhar.

Muqaddimah kitab النظام القضائى في الفقه الاسلامى

Penterjemah: Mr.Azril

No comments:

Post a Comment