Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Thursday, April 3, 2014

menjawab keraguan puak al-Quraniyyun

v  Kaum muslimin memiliki dua sumber yang asasi; al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran merupakan perutusan Tuhan manakala al-sunnah huraian Nabawi kepada al-Quran.

v  Maka asas Islam adalah al-Quran dan al-Sunnah, boleh juga kita katakan bahawa hanya dua ini sahaja sumber bagi agama ini, kerana ijmak, qias dan seumpamanya dari sumber-sumber hukum Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Sama ada dalam isu akidah, undang-undang, bimbingan kerohanian dan tarbiah semuanya mestilah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

v  Allah memelihara ketulenan al-Quran, (sesungguhnya kami yang menurunkan al-zikr( al-Quran ) dan kami yang akan memeliharanya). Berdasarkan ayat ini secara langsung al-Sunnah turut dipelihara oleh Allah. Jaminan Allah terhadap kesucian al-Quran agar terpelihara, maka terangkum juga jaminan akan terpeliharanya al-Sunnah/hadith, kerana al-Sunnah/hadith merupakan pentafsir dan huraian kepada al-Quran. Jika al-Sunnah hilang; dan al-Quran kekal, bermakna al-Quran kekal tanpa huraian untuk kita fahami, jadi apa faedah ayat-ayat keramat itu jika tidak dapat kita difahami.

v  Oleh sebab itu, kita katakan bahawa al-Sunnah juga terpelihara, sebagaimana terpeliharanya al-Quran, tetapi tingkatnya berbeza. Al-Quran tarafnya mutawatir (dari sudut periwayatan) maka kita tidak mungkin dapat mempertikaikan satu huruf pun dari lembaran-lebaran suci itu. Ada pun al-Sunnah dari sudut periwayatan tidak begitu, walau pun ada sebahagiannya bertaraf mutawatir, namun banyak darinya berstatus ahad (bukan mutawatir).

v  Mutawatir adalah system penyampaian berita yang tidak mungkin boleh di pertikaikan ketulenannya, kerana di riwayatkan dari satu kumpulan yang ramai kepada kumpulan yang ramai sehingga mustahil mereka dari masa dan tempat yang berbeza berpakat untuk berbohong. Sebagaimana kita meyakini kewujudan Negara China dan Brazil sedangkan kita belum melawat dan melihatnya. Kita juga meyakini berlakunya peperangan itu dan ini sedangkan kita tidak menghadirinya. Namun kita meyakininya sebagaimana kita melihat dan mendengarnya. Ada kaedah teologi menyebut; sebagaimana keyakinan itu boleh terhasil dengan sentuhan, penglihatan dan pendengaran, keyakinan juga boleh terhasil dengan berita yang kita yakini kebenarannya.

v  Allah menyediakan tokoh-tokoh yang menyampaikan hadith-hadith  kepada kita, bermula dengan para sahabat, yang mana mereka sangat-sangat menjaga al-sunnah. Sehingga ada diantara mereka merantau ke Mesir dari Madinah, demikian yang dilakukan oleh Abu Ayyub al-Ansari,  menempuh perjalan yang jauh untuk bertemu dengan ‘Uqbah ibn ‘Amir hanya untuk mencari satu hadith, Jabir ibn ‘Abdillah pergi ke Syam untuk menuntut satu hadith dari ‘Abdillah ibn ‘Unais dan ramai lagi dikalangan para ulama’- ulama’hadith.

v  Para ulama’ meletakkan istilah-istilah dalam ilmu hadith seperti disiplin ilmu-ilmu lain, dan berkembanglah ilmu ini sehingga ada syarat dan kaedahnya sehinggalah ia menjadi sebuah disiplin ilmu yang kukuh.
v  Antara apa yang dinyatakan oleh para ulama’ ialah definisi hadith sahih. Hadith yang sahih ialah :
o   ما اتصل سنده بنقل عادل تام الضبط من غير شذوذ ولا علة

o   Apa yang sanadnya (rangkaian periwayat)  bersambung-sambung, diriwayatkan dari orang yang adil, kuat ingatannya, dan kateria itu hendaklah di miliki oleh setiap rawi dari awal sanad sehingga yang terakhir, serta hadith itu mestilah tidak ada sebarang syaz dan kecacatan.

v  Hendaklah ada disana sanad; ia merupakan keistimewaan umat ini, serendah-rendah hadith yang maqbul (yang diterima) disisi kita, tidak dapat ditandingi oleh Taurat atau Injil. Mereka tidak mengenal system sanad, kitab Taurat atau Injil tidak mengenal perekod atau perawinya. Taurat umpamanya, ditulis berdasarkan ingatan orang yang tidak dikenali latar belakangnya dan sanadnya tidak bersambung. Injil pula langsung lenyap. Injil yang Allah turunkan kepada al-masih ‘Isa a.s hilang, yang ada hanya kitab-kitab yang disandarkan kepada ashabnya, terangkum didalamnya sebahagian sirah al-Masih dan sabda-sabdanya bercampur-campur, dan kitab-kitab Injil yang empat inilah yang diakui dan diiktiraf sebagai Injil daripada 70 Injil atau lebih. Tidak ada pada mereka asanid ( sanad ). Bahkan pegangan kita:

o   الاسناد من الدين, لولا الاسناد لقال من شاء ما شاء
o   “Sanad itu sebahagian dari agama, kalau bukan sanad nescaya akan berkata orang apa yang hendak dia kata”
Maka sanad dalam umat ini merupakan sebuah keistimewaanya, tidak ada pada agama lain dan ummat lain yang memiliki keistimewaan ini. Sanad merupakan perkara yang sangat penting dan hendaklah sanad itu muttasil (bersambung-sambung antara seorang perawi ke perawi berikutnya sehingga kepada Rasul, fulan itu mestilah mengambil serta berjumpa sendiri dari orang yang dia ambil.

v   Hadith sahih hendaklah perawinya tam al-dhabt (kuat ingatan) dan ‘adalah (adil), ini dari sisi agama dan akhlaknya, mestilah seorang perawi itu dikenali orang yang shalih tidak dituduh sebagai orang yang buruk akhlaknya, penipu, khianat, fasiq,  maka agamanya dipercayai dan akhlaknya diketahui umum terpuji. Dari segi fizikalnya pula ingatannya kuat, akalnya cergas, dan jika ia menulis hadith yang dihafalnya didalam kitab maka hendaklah dia sangat-sangat menjaga kitabnya. Bahkan yang terpenting bagi ulama’ hadith, mereka mensyaratkan hadith yang diriwayatkan selamat daripada sebarang syuzuz (keganjilan) dan ‘illah (kecacatan). Syuzuz ialah bercanggahnya teks hadith yang diriwayatkannya dengan teks hadith si fulan yang lebih thiqah (dipercayai) darinya.

v  Syarat-syarat yang ketat ini dikenakan bagi memastikan ketulenan berita yang disampaikan.

v  Dalam kajian ulama’ terhadap teks hadith, mereka dapat mengesan lemahnya sesuatu hadith atau palsunya dengan melihat kepada teksnya, ada tanda-tanda yang dapat dikesan oleh para sarjana hadith, kadang-kadang tandanya ada pada rawi dan kadang-kadang ada pada marwi( hadith yang diucapkan) seperti ia bercanggah dengan apa yang qath’ie dalam al-Quran, bercanggah dengan hadith yang mutawatir dan hadith yang sahih, bercanggah dengan hakikat ilmu atau sains, sejarah, apa yang disepakati akal dan manusia seluruhnya, bercanggah dengan reality kehidupan dan sunnatullah (ketentuan alam). Kesemua ini di kenali sebagai tanda ianya adalah palsu.



No comments:

Post a Comment