Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, April 1, 2014

bin kan pada siapa?

semalam ada org tanya bolehkah org yg masuk islam ber"bin"kan nama ayahnya yg asal, bukan dengan "abdullah"?

maka saya terfikir-fikir..akal saya mengelamun sehingga ke sanad-sanad (isnad) yang ada pada hadith.

dalam kitab karangan al-zahabi (siyar al-a'lam al-nubala'), saya dapati ada seorang sahabat nabi saw namanya IKRIMAH IBN ABI JAHAL. (beliau adalah anak abu jahal, ayahnya mati pada perang badar, ikrimah bertanggungjawab mengobarkan semangat kaum quraisy kemudian membawa kepada tercetusnya perang uhud demi membalas dendam dan beliau antara yang mengetuai peperangn tersebut selain khalid al-walid, ikrimah akhirnya memeluk Islam pada pembukaan kota Makkah dan menjadi muslim yang taat dan syahid dlm peperang yarmuk)

sebenarnya kalau kita semak sendiri dalam al-quran, teks al-quran dalam isu ini jelas:


Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-ahzab 5)

masalah bin anak zina dan anak angkat

1. anak yang lahir dari hasil yang tidak sah boleh di bin kan kepada lelaki yang mngagaulinya itu selepas mereka bernikah sekali pun anak itu lahir kurang dari 6 bulan selepas pernikahan.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

2. anak angkat mestilah dibinkan kepada ayahnya yang asal, haram menisbahkan atau membinkan anak kepada yang bukan bapanya, berdasarkan firman Allah yang jelas dalam isu ini,:

kata imam al-qurtubi dlm tafsirnya ketika mentafsirkan ayat kelima dari surah al-ahzaab:

 قَوْله تَعَالَى : " اُدْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ " نَزَلَتْ فِي زَيْد بْن حَارِثَة  . وَفِي قَوْل اِبْن عُمَر : مَا كُنَّا نَدْعُو زَيْد بْن حَارِثَة إِلَّا زَيْد بْن مُحَمَّد , 
 ayat ini diturunkan pada kes zaid ibn haarithah (anak angkat nabi saw), kata ibn Umar 'dahulu kami tidak memanggil zaid ibn harithah, kami memangil dengan zaid ibn muhammad'. bukti bahawa anak angkat berlaku pada zaman jahiliyyah dan islam, mereka mewarisi dan saling membela satu sama lain, sehinggalah Allah menasakhkan dengan firmannya Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah, maka Allah membatalkan hukum al-Tabanni ( membinkan selain ayah yang asal) dan melarang mutlaq penggunaan lafaz itu, dan Allah menyebut  perbuatan menasabkan anak kepada ayahnya lebih utama dan adil.  

No comments:

Post a Comment