Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Thursday, January 24, 2013

yakin..

 
 
 
percaya pada diri mu!!
musuh mu akan gentar 
walau apa jua kekuatannya...

manfaatkan musuh anda

Terimakasihlah Kepada Musuhmu

Berterima kasihlah terhadap musuh atau lawan lawanmu. Mereka tentu akan sentiasa mencari kelemahan dan keburukkanmu. Jika engkau mengetahui bahawa mereka sedang melakukan hal itu kepada kamu, maka kamu tidak perlu marah. Namun justeru pujilah Allah, kerana Dia telah menjadikan orang lain yang dapat memahami kekuranganmu, sebab kamu sendiri tidak mengerti kekurangan itu. Mereka akan berterus terang dalam menjelaskan kekuranganmu. Dengar baik baik apa yang mereka katakan tentangmu kerana hal itu lebih patut untuk memantau dirimu. Adapun teman kamu sendiri, maka ia tentu akan merasa malu dan segan untuk menunjukkan kekurangan itu.

Assyahid Imam Hassan Albanna.

Wednesday, January 23, 2013

فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ



أدلة الجمهور
1.       الكتاب  (فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ)
وجه الدلالة: أن القياس مجاوزة بالحكم عن الأصل الى الفرع, و مجاوزة اعتبار, لأن الاعتبار معناه العبور, وهو المجاوزة
والاعتبار مأمور به, لقوله: {فَاعْتَبِرُوا}
اعترض الخصم ب 3 أوجه:
1.       لا نسلم أن المراد بالاعتبار  هنا هو: القياس, بل الاتعاظ, فان القياس لا يناسب صدر الآية, لأن الآية {يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ} ,فقيسوا الذرة على البر.
أجاب المصنف: المراد بالاعتبار هو القدر المشترك بين (القياس و الاتعاظ), والمشترك بينهما هو (المجاوزة)..... فان القياس مجاوزة عن الأصل  الى الفرع...و الاتعاظ مجاوزة من حال الغير الى حال نفسه.
Dan brkenaan konteks ayat yg dikatakan tdk sesuai untk dikhususkn dgn qias: tdk sesemestinya jika tak sama titik persamaan antara  qias dan etti’azh, jika ada org yg ditanya ttng sesuatu masalah, kmudian dia menjawab dgn apa yg x ada kaitan, maka ia salah..namun sekiranya dia menjawab sesuatu yg ada kaitan antara keduanya, maka iabaik/ tepat.
2.       أنه لا يلزم من الأمر بالاعتبار الذي هو القدر المشترك الأمر بالقياس. فان القدر المشترك معنى كلى, والقياس جزئى من جزئياته, والدال على الكلى لا بدل على الجزئى.
وأجاب بوجهين:
v      مسلم, لكن قرينة دالة على العموم, وهى جواز الاستثناء..و الاستثناء معيار العموم.
Namun kata Isnawi, jawapan ini lemah, kerana istisnak…..
v      أن ترتيب الحكم على الشئ يقضي العلية..
Kata isnawi lagi, jawapan ini juga tdk kuat
3.       سلمنا ان الآية تدل على الأمر بالقياس , لكن لا يجوز التمسك بها, لأن التمسك بالعموم, انما يفيد الظن, والشارع اجاز الظن في المسائل العملية / الفروع..
وأجاب المصنف:
أنا لا نسلم  أنها العملية, لأن المقصود من كون القياس حجة  انما هو العمل به.... و العملية يكتفى فيها بالظان.
hari ni ponteng kerja..tp alhamdulillah wat keje manfaat jugak ari ni...huuhu...so kene ingat la ni...smoga najah ..amin ya Rabb...tp ni baru kulit je kot...huhu semoga Allah memberi kekuatan untk menamatknnya, dan hapal....

senyuman kecil terukir

bismillah

hari ini, lawatan perdana menteri Malaysia  ke wilayah bergolak Ghazza, media arus perdana memaparkan lawatan tersebut dan saya menelitinya.. pd asasnya sebagai seorang rakyat Malaysia, saya cukup berbangga atas lawatan ini, mana tdknya, dgn lawatan ini hubungan Malaysia-Gaza/Falastin akan lebih intim disamping membawa manfaat kepada masyarakat yg sangat2 memerlukan bantuan dan sokongan ..

tahniah...

cuma sya tersenyum seketika,, dalam keadaan suasana politik semasa, pilihan raya semakin hampir dan lawatan ini berlangsung...sya bukan mahu bersangka buruk dgn mengatakan beliau mahu meraih undi, tidak.. sya bukan bomoh dan Allah yg mengetahui rahsia hati.. sy memuji beliau atas usaha dan kerja buatnya yg mudah-mudahan sangat2 bermanfaat kepd saudara kita..

dan sy mendoakn kebaikn kepd beliau semoga pemimpin2 dunia Islam lain turut mencontohinya khususnya dunia arab..

juga smga kta sma2 menginsafi penderitaan yg dialami kaum manusia di belahan dunia lain, sekian.


Sunday, November 4, 2012

Semut dan Sulaiman a.s

pagi-pagi lagi sebelum subuh dah ada orang call..tak tahu sapa.."allo.as-salamu3alaikum..allo..allo"
tak der..sepi tanpa bicara..meninggalkanku kesorangan atas kesepian..

tapi al-hamdulillah. . . .

mari saya kisahkan apa yang telah dikisahkan alQuran dalam kisah Sulaiman.
Sila rujuk surah Semut (al-Naml) ayat 16-19



  •   وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ
  • وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
  • حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
  • فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ 
    الصَّالِحِينَ

    [16]Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”.

    [17]Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

    [18](Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.


    [19]Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.



    Ada beberapa perkara yg boleh dimanfaatkn bersama:

    1. Ilmu dalam sesuatu bidang itu merupakan karunia Allah, harus disyukuri, ia bukan lah medan untuk bermegah-megah.

    2. Maka dalam Kisah ini, Nabi Sulaiman mendahulukan doanya dengan memohon kesyukuran sebelum memohon amal soleh. Syukuri nikmat Tuhan dan berbuatlah kebaikan, kebaikan yg dilakukan tanpa hati yg bersyukur tidak memanfaatkan syurga yang diwarisi. hati sombong bukan sifat manusia syurgawi.

    3. Ulama' tafsir dahulu kala memberikan alasan yang kurang tepat ketika mengulas tentang mengapa semut betina yang awal menyeru. Kata mereka denga pelbagai andaian, antaranya kerana dia nampak atau perasan trlebih dulu dan lain2.. kemudian ilmu manusia brkembang dan mendapati bahawa sebenarnya komuniti semut sebenarnya dipimpin oleh SEMUT WANITA, dan maha benar lah firman Allah.

    4. Ayat ini mengisyaratkan betapa pentingnya amalan Amar makru dan nahi mungkar. Hatta dalam kelompok haiwan yang tidak difahami bahasa komunikasinya kecuali mereka yg diberi kelebihan oleh Allah untuk memahaminya.

    5. Ada dalam sebuah hadith, bahwa Rasulallah pernah membuat sebuah anologi yg menarik; ibarat sebuah kapal yg besar, dipenuhi manusia sini dan sana di setiap ruang, ruang atas dan bawah. yg atas memiliki air minum, yg bawah tidak. jika ada manusia jahil di ruang bawah mahukn air, dengan menebuk lubang pd bahagian dasar kapal, dengan tidak ada seorang pun yg menegur dan menasihat nescaya keseluruhan penduduk kapal turut karam.

    sekian.

    perut lapaq nk cari fino n lansyun.lansyun lahmah dih hagah nadifah. \0/


  • Wednesday, October 24, 2012

    Nafar Dalam Menuntut Ilmu

    وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
    Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
    122 : al-Taubah

    Dalam ayat ini al-Quran mengkritik masyarakat muslim mereka pergi ke medan perang seluruhnya. Sedangkan  ketika itu jihad merupakan perkara yang besar, terutama pada peringkat awal turunnya Islam, umat Islam ditindas dari segala sudut dan mereka merasakan ujian dalam beragama. 

    Namun al-Quran mengarahkan agar umat Islam jangan menghabiskan tenaga mereka untuk berjihad sahaja, dengan melupakan perkara penting lain yang sangat diperlukan oleh sebuah ummat, kerana ummat Islam memiliki risalah ketuhanan dan kemanusian sejagat. 

    Oleh itu al-Quran mewajibkan sebahagian umat Islam untuk belajar memahami agama dan mendalami rahsia-rahsianya, agar setelah kembali mereka menjadi pengajar dan pendakwah.

    Al-Quran menggunakan ungkapan yang cukup indah ketika menggunakan perkataan "nafar" (pergi) yang digunakan untuk jihad. Kerana mencari ilmu dan memahami agama termasuk dalam jihad di jalan Allah.

    Islam sangat menghormati akal dan minda, seperti mewajibkan untuk mencari ilmu kepada seseorang mulim dan muslimah, adanya tuntutan mencari ilmu semenjak lahir hingga mati, menetapkan hukum fardu kifayah untuk mencari ilmu yang diperlukan oleh ummat, mengakui peranan akal yang mampu menghasilkan keyakinan serta menolak sangkaan dan hawa nafsu, menolak ikut-ikut secara buta (taqlid), menyeru untuk merenungi ciptaan di langit dan di bumi dan segala yang diciptakan Allah dan lain-lain.

    fiqh maqasid syari'ah


    1.       Allah Taala mencipta apa jua ciptaan bersama hikmah dan alasan. Termasuk juga urusan syariat yang berupa suruhan dan larangan mempunyai sebab dan alasan tersendiri. Maha Bijak dalam segala ciptaanNya dan perintahNya. Dia tidak akan membuat hukum dengan sia-sia dan sewenang-wenangnya.

    2.       Seorang ahli fiqh tidak berpada hanya berdiri di atas teks-teks agama, kerana ia akan memesongkannya dari jalan lurus kemudian berburuk sangka kepada Allah dan RasulNya.

    3.       Allah tidak mengharapkan apa-apa dari hambaNya. Segala perintah dan laranganNya, halal dan haram  tidak langsung bermanfaat dan memudaratkanNya.

    4.       Segala hukum yang Allah putuskan merupakan manfaat dan maslahah untuk manusia dunia dan akhirat, juga menjauhkan  mereka dari sebarang kerosakan dunia dan akhirat.

    5.       Ibn al-Qayyim berkata: “ Dasar dan asas syariat adalah kebaikan manusia di dunia dan di akhirat. Ia mengandungi keadilan, rahmat, kepentingan umum, dan hikmah”.

    6.       Apa itu maqasid syari’ah? Ia adalah tujuan yang menjadi  target  teks dan hukum-hukum untuk direalisasikan dalam kehidupan manusia, baik berupa perintah, larangan dan keharusan, untuk kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan ummat seluruhnya.

    7.       Mendalami rahsia dan maksud-maksud syariat yang ada dalam agama bukanlah bererti menolak teks atau nas-nas al-Quran dan al-Sunnah khusus, sehingga kita memegang maksud-maksud yang umum dan mengabaikan nas-nas yang jelas.

    8.       Tetapi haruslah kita memahami teks-teks syariat yang khusus dalam ruang lingkup maqasidnya yang umum, sehingga ianya berjalan seiringan tidak secara terpisah.