Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Wednesday, October 24, 2012

Nafar Dalam Menuntut Ilmu

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
122 : al-Taubah

Dalam ayat ini al-Quran mengkritik masyarakat muslim mereka pergi ke medan perang seluruhnya. Sedangkan  ketika itu jihad merupakan perkara yang besar, terutama pada peringkat awal turunnya Islam, umat Islam ditindas dari segala sudut dan mereka merasakan ujian dalam beragama. 

Namun al-Quran mengarahkan agar umat Islam jangan menghabiskan tenaga mereka untuk berjihad sahaja, dengan melupakan perkara penting lain yang sangat diperlukan oleh sebuah ummat, kerana ummat Islam memiliki risalah ketuhanan dan kemanusian sejagat. 

Oleh itu al-Quran mewajibkan sebahagian umat Islam untuk belajar memahami agama dan mendalami rahsia-rahsianya, agar setelah kembali mereka menjadi pengajar dan pendakwah.

Al-Quran menggunakan ungkapan yang cukup indah ketika menggunakan perkataan "nafar" (pergi) yang digunakan untuk jihad. Kerana mencari ilmu dan memahami agama termasuk dalam jihad di jalan Allah.

Islam sangat menghormati akal dan minda, seperti mewajibkan untuk mencari ilmu kepada seseorang mulim dan muslimah, adanya tuntutan mencari ilmu semenjak lahir hingga mati, menetapkan hukum fardu kifayah untuk mencari ilmu yang diperlukan oleh ummat, mengakui peranan akal yang mampu menghasilkan keyakinan serta menolak sangkaan dan hawa nafsu, menolak ikut-ikut secara buta (taqlid), menyeru untuk merenungi ciptaan di langit dan di bumi dan segala yang diciptakan Allah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment