Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Tuesday, October 14, 2014

Ahlu sunnah wal jamaah



Ahlu sunnah wal jamaah sebagaimana yang disebut oleh al-Safaarini  mempunyai 3 aliran, pertama : al-Asya’erah, pengikit abu Hasan al-Asy’ariy. Kedua: al-Maturidiyyah, pengikut Abu Mansur al-Maaturidiy. Ketiga: ahl al-Hadith,  pengikut Ahmad ibn Hanbal.

Untuk memahami Islam, cukup dengan mempelajari aqidah  melalui sistem ahl al-hadith, kerana dengan melalui madrasah ini mudah untuk memahami aqidah Islam. Aqidah Islam sebagaimana pada hari awal penurunannya dan sebagaimana yang diajarkan Muhammad  SAW kepada sahabatnya yang berlatar belakang  berbeza, ada yang bijak dan ada pula yang kurang bijak, ada yang moden dan ada yang agak kekampungan. Demikianlah hakikat agama ini, manusia berbeza-beza, namun semua muslim mestilah mengenal Tuhannya dan segala yang berkaitan dengan akidah. Jika aqidah terlalu berfalsafah dan diajarkan kepada orang yang kurang prestasi akalnya, dan kita katakan inilah akidah  Islam yang mesti difahami, maka ia memberat-beratkan apa yang tidak patut.

Namun untuk mendepani pemikiran2 luar seperti kristian dan falsafah, dua aliran lain dalam ahli sunnah iaitu al-Asya’erah & al-Maturidiyyah turut penting . oleh kerana itu, para ulama yang beraliran salaf yang menyokong kuat aliran hadith, kadang2 mereka menggunakan pendekatan al-Asya’erah & al-Maturidiyyah pada tempat2 yang kritikal dan pada waktu2 tertentu.

Alangkah indahnya jika perbezaan yang sedikit ini dapat kita satukan dalam khilaf yang harmoni, bukan dengan kafir mengkafir dan sesat menyesatkan.

No comments:

Post a Comment