Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Wednesday, October 15, 2014

Mengadili Suami Isteri Yang Berselisih



وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا 

Dan jika kamu khuatir ada persengketaan antara keduanya (iaitu antara suami dan isteri), maka kirimlah seorang hakim daripada keluarga si suami dan seorang hakim daripada keluarga si isteri. Jika kedua orang hakim itu bermaksud untuk memperbaiki keadaan, nescaya Allah memberi taufiq kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali. (An-Nisa':35)

Shaikh Muhammad bin Ali al-Sobuni menyatakan:
وهي ما إذا كان النفور لا من الزوجة فحسب بل من الزوجين ، فأمر بإرسال ( حكمين ) عدلين ، واحد من أقربائها والثاني من أقرباء الزوج ،
Apabila persengketaan itu bukan berpunca daripada isteri seorang, sebaliknya daripada kedua-dua belah pihak, maka Allah menyuruh untuk dilantik seorang hakim yang adil. Seorang daripada kerabat si isteri dan seorang lagi daripada kerabat si suami.

ليجتمعا وينظرا في أمرهما ويفعلا ما فيه المصلحة ، إن رأيا التوفيق وفّقا ، وإن رأيا التفريق فرّقا ،
Supaya mereka berdua dapat berkumpul dan meninjau urusan rumah tangga pasangan tersebut dan memutuskan apa yang patut untuk kebaikan semua. Jika mereka melihat, pasangan itu lebih elok kekal bersama, maka mereka kekal bersama. Jika mereka lihat pasangan itu elok dipisahkan, maka mereka dipisahkan.

فإذا كانت النوايا صحيحة ، والقلوب ناصحة بورك في وساطتهما ، وأوقع الله بطيب نفسهما وحسن سعيهما الوفاق والألفة بين الزوجين ، وما شرعه الله إنما جاء وفق الحكمة والمصلحة لأنه من حكيم خبير .
Seandainya niat mereka berdua betul, dan hati itu ikhlas untuk menjadi orang tengah mereka berdua, Allah akan meletakkan kebaikan pada usaha mereka menyatukan dan melembutkan hati kedua-dua pasangan. Apa sahaja yang Allah syariatkan pasti ada kebaikan dan manfaatnya kerana ia datang daripada yang Bijaksana dan Mengetahui.

No comments:

Post a Comment