Pages

About Me

My photo
nasr city, cairo, Egypt
Aku hamba MU. Anak hamba Mu. Ubun2 ku di tangan-Mu.Telah berlaku hukuman Mu pada ku. Adil keputusan Mu pada ku. al-imam al-qurtubi menulis tafsirnya kerana kata beliau; " كتبت تذكرتا لنفسي" aku menulis sebagai peringatan untuk ku.

Wednesday, October 15, 2014

tadabbur juz 6


Mencari Jalan Mendekatkan Diri Kepada Allah Dan Keutamaan Jihad]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah al-wasilah, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan. [Al-Maidah : 35]

Apakah itu al-Wasilah?
(1) sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah
(2) tempat paling tinggi di syurga kepada 'Arsy. Inilah wasilah yang dimaksudkan dalam doa selepas azan yang kita sebut: Berikanlah kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam al-Wasilah (iaitu tempat tertinggi di syurga) dan kelebihan...

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ " .
'Abdullh bin 'Amru bin al-As mendengar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila kalian mendengar muazzin melaungkan azan, sebutlah seperti mana yang muazzin sebut. Kemudian selawatlah kepada ku. Sesungguhnya siapa yang berselawat kepada ku dengan sekali selawat, maka Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat. Kemudian, mintalah kepada Allah agar diberikan kepada ku al-Wasilah. Sesungguhnya ia (iaitu al-Wasilah) adalah satu tempat di syurga. Tidak ada seorang pun yang dapat kedudukan itu melainkan seorang hamba daripada hamba-hamba Allah, dan aku berharap aku adalah orang itu. Sesiapa yang memohon kepada aku al-Wasilah, maka dia berhak mendapat syafaat. [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 747]

Dalam Musnad Ahmad disebutkan:
أعلى درجة في الجنة
Kedudukan paling tinggi di syurga [Musnad Ahmad, Shaikh Syu'aib al-Arnouth menyatakan sanadnya lemah]

Lalu bagaimana kita mahu mencari wasilah@mendekatkan diri kepada Allah?

Imam Qatadah berkata:
أي تقربوا إليه بطاعته والعمل بما يرضيه
mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan mentaatiNya dan melakukan apa yang Dia Redha.

Daripada wasilah inilah munculnya bab tawassul dalam doa. Secara ringkas tawassul dalam doa yang disepakati boleh ialah:

- menyebut nama-nama Allah dalam doa
- menyebut amalan kebaikan terdahulu yang pernah dibuat di dalam doa
- meminta orang soleh mendoakan kita

Selepas menyuruh mendekatkan diri kepada Allah, Allah menyuruh pula berperang di jalanNya memerangi musuh Allah. Ini menunjukkan keutamaan jihad peperangan. Sesungguhnya jihad perang adalah salah satu bentuk wasilah@mendekatkan diri kepada Allah, tetapi apabila ia dikhususkan dalam ayat ini, itu menunjukkan keutamaan dan kemuliaannya berbanding cara mendekatkan diri kepada Allah yang lain.

Renungilah hadis ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang kemunafiqan. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, hadis no: 4696]








No comments:

Post a Comment